Bufet Ramadan 2019 : Felda D'Saji

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang iaitu di lima cawangan Felda D’Saji Sdn Bhd bersempena dengan Bufet Ramadan Sajian Warisan yang bakal berlangsung pada bulan Ramadan 2019 nanti


BUFET RAMADAN SAJIAN WARISAN FELDA D'SAJI 

Harga (Bergantung Kepada 5 Cawangan Pilihan):
RM55 - RM93 (Dewasa)
RM28 - RM44 (Kanak-Kanak Berumur 4-12 Tahun)

Nombor Telefon:
+603 2698 8302

Gulai Kawah Daging Tetel Dan Batang Pisang
 Urat Keting Masak Minang
 Pais Ikan
 Rendang Pucuk Ubi
 Siput Sedut Dan Batang Keladi Masak Lemak
 Asam Pedas Daging Tetel
 Botok-Botok Ikan Tenggiri
Cendawan Kukur Masak Lemak

Hans sangat tertarik dengan hidangan-hidangan warisan disini terutamanya menu Cendawan Kukur Masak Lemak yang membuatkan Hans menambah nasi disebabkan kelazatan rasanya yang berjaya membawakan ciri masakan masak lemak Negeri Sembilan dengan baik. Antara 150 hidangan lain yang turut ditawarkan oleh Felda D’Saji Sdn Bhd dalam pakej istimewa bufet berbuka puasa pada bulan Ramadan di lima cawangannya di sini ialah Gulai Kawah Daging Batang Pisang, Gulai Urat Keting, Kambing Golek, Asam Pedas Daging Tetel dan banyak lagi yang cukup untuk membuatkan anda rambang mata.

 Aneka Sambal
Aneka Salad
Sotong Dan Udang Goreng

Buat pengetahuan semua, terdapat lima cawangan yang menawarkan Bufet Ramadan Sajian Warisan Felda D’Saji ini dimana anda boleh memilih untuk berbuka di Dewan Perdana Felda, Laman Gemilang Kelana Jaya, Orchard Villa Gombak, Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa atau Lake Cempaka Villa Bangi. Namun, setiap cawangan mempunyai harga yang berlainan dan anda boleh merujuk laman sosial Felda D'Saji untuk maklumat lanjut. 

Aneka Cucur Goreng
Mee Udang

Nampak meriah tak hasil air tangan Hans menyediakan mee udang seperti gambar di atas? Memang kuah mee udang dekat sini terbaik dan menyelerakan. Hans agak teruja sebenarnya menikmati hidangan mee udang di Bufet Ramadan Sajian Warisan Felda D’Saji kerana kelazatan kuahnya yang penuh dengan rasa udang dan bahan-bahan wajib menjadikan menu ini wajib dicuba andai anda datang berbuka puasa disini.

Kambing Bakar
 Sup Tulang
 Nasi Goreng Nenas
 Spaghetti

Berita baik buat sesiapa yang ingin menikmati hidangan-hidangan Bufet Ramadan Sajian Warisan Felda D’Saji tetapi sukar untuk hadir ke lokasi-lokasi yang menyediakan bufet ini disebabkan kesibukan tuntutan kerja. Anda kini sudah boleh tersenyum lebar kerana pihak Felda D'Saji turut meneruskan perkhidmatan D’Saji Delivery di sekitar Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan ini dengan harga pesanan serendah RM250 yang boleh dinikmati oleh 12 hingga 15 orang.

Pecal
Ubi Rebus

Aneka Pencuci Mulut
ABC Corner

Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di salah satu daripada 5 cawangan yang menawarkan Bufet Ramadan Sajian Warisan Felda D'Saji iaitu sama ada di Dewan Perdana Felda, Laman Gemilang Kelana Jaya, Orchard Villa Gombak, Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa atau Lake Cempaka Villa Bangi maka bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Semestinya menu-menu warisan yang disediakan di sini menawarkan satu pengalaman berbuka yang pasti tidak dapat dilupakan oleh anda semua di tahun 2019 ini. Semoga anda gembira berbuka puasa di Bufet Ramadan Sajian Warisan Felda D'Saji nanti.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama