Raja Muda Perlis Berbasikal Demi Menyantuni Golongan Asnaf

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman hujung minggu Hans yang cukup menarik apabila berpeluang menyertai satu program amal yang bukan sahaja bermanfaat tetapi juga mendekatkan Hans dengan golongan asnaf yang sebenarnya masih ramai di Malaysia terutamanya di kawasan Kuala Lumpur. 


Apa yang membuatkan program ini lebih menarik bagi Hans kerana buat julung kalinya Hans berpeluang mengayuh basikal bersama Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 yang berlangsung sekitar kawasan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat pada 28 April 2019 yang lepas.


Program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun serta Pengerusi MAIWP Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee.


Program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 yang turut disertai lebih daripada 100 orang peserta ini dimulakan dengan acara senaman ringkas serta bacaan doa sebelum konvoi berbasikal ke lima buah rumah asnaf sekitar Kampung Datuk Keramat ini dimulakan bagi menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan harian buat mereka yang terpilih.


Untuk maklumat semua, konvoi berbasikal untuk program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 ini memerlukan para peserta mengayuh basikal sejauh 3 kilometer. Hans sendiri melihat program sebegini sangat baik bukan sahaja di dalam mendekatkan kita dengan golongan asnaf tetapi juga merapatkan hubungan antara para pemimpin dengan golongan rakyat sendiri. Hans sehingga kini masih terasa keseronokan kerana dapat mengayuh basikal seiring dengan Raja Muda Perlis sepanjang program tersebut berlangsung.


Kehidupan di ibu kota Kuala Lumpur sememangnya sangat mencabar terutama apabila mempunyai tanggungan keluarga yang besar. Keluarga asnaf yang pertama kami temui untuk menyampaikan sumbangan dan beramah mesra ini bukan lah golongan yang mengharapkan bantuan semata-mata kerana kedua-dua suami isteri bekerja sehingga kini namun disebabkan gaji mereka berdua berada di dalam kategori 'cukup makan' serta bilangan anak yang agak ramai menyebabkan keluarga ini pernah mengalami kesusahan hidup sehingga bayaran sewa rumah serta bil utiliti tertunggak. Jadi, secara tidak langsung bantuan yang diberikan ini setidak-tidaknya memberikan satu sinar baru buat mereka sementara menantikan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.


Seterusnya program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 meneruskan lagi misi kayuhan dengan melawat keluarga-keluarga asnaf seterusnya yang terdiri daripada ibu tunggal warga emas, ahli keluarga OKU serta pasangan suami isteri yang menghidap masalah kritikal. Siapa sangka di kawasan rumah teres sebegini sebenarnya terdapat ramai keluarga yang sebenarnya bertarung dengan kehidupan dunia demi mendapatkan sesuap nasi untuk kelangsungan hidup. Apa yang membuatkan Hans terkedu dan pada masa yang sama bersyukur dengan kehidupan yang dilalui apabila melawat satu rumah keluarga asnaf dimana di dalam rumah tersebut tinggal lima buah keluarga besar yang menjadikan ruangan kawasan keluarga tersebut kelihatan sangat kecil dan menyedihkan. 


Alhamdulillah, Hans sangat teruja dan begitu gembira dapat menyertai program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 kali ini kerana program ini berjaya membuka mata Hans untuk menulis dan menyampaikan sendiri apa yang Hans lihat dan rasai buat semua pembaca blog www.hanshanis.com kali ini. Hans setuju program sebegini diperbanyakkan lagi dan diteruskan dari semasa ke semasa untuk membuka mata lebih ramai masyarakat di luar sana untuk membantu dan seterusnya mencari kaedah-kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan serta kesusahan yang dihadapi oleh golongan asnaf seperti ini. Hans turut berharap agar lebih ramai pemimpin kita di Malaysia mengikut jejak langkah Raja Muda Perlis untuk sentiasa turun padang mendekati golongan asnaf. 


Konvoi berbasikal sempena program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019 kali ini berakhir di lokasi Masjid Al-Akram. Program diteruskan pula dengan penyampaian sumbangan oleh Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyampaikan bantuan tunai dan barangan keperluan harian kepada 100 asnaf yang hadir di Masjid Al-Akram. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadan yang akan datang.


Menerusi program ini juga, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berharap agar mesej utama yang mereka ingin sampaikan kepada masyarakat iaitu zakat yang dikutip daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah diagihkan semaksimum mungkin kepada golongan asnaf.


Hans ingin mengucapkan tahniah buat pihak MAIWP yang telah banyak menganjurkan program-program agihan zakat untuk membantu golongan asnaf. Jadi, Hans sendiri ingin menyeru kepada anda semua agar sentiasa bermurah hati memberi bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadan ini, marilah kita sama-sama beramal dan menunaikan tanggungjawab membayar zakat demi membantu golongan-golongan asnaf yang memerlukan ini. Sekarang nak bayar zakat pun sangat mudah hanya menerusi PPZ MAIWP dan sudah terbukti bayaran zakat anda telah diagihkan kepada pihak-pihak yang layak menerima zakat. In Sha Allah, tindakan anda membayar zakat pasti akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah S.W.T.

81 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Memang bertuah dapat join program-program macam ni.

    ردحذف
  2. Alhamdulillah... Seronok tengok semakin ramai golongan atasan membantu golongan kurang bernasib baik.. Yeah! Lama tak jumpa Tengku selepas tamat belajar di Perlis dulu..huhu.. Yengku memang best

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      memang seronok
      owh belajar dekat perlis ker dulu?

      حذف
  3. Terbaik apabila kerabat diraja turun padang mencemar duli demi rakyat.

    ردحذف
  4. Terbaik apabila kerabat diraja turun padang mencemar duli untuk rakyat.

    ردحذف
  5. Kerabat skrg pun dah dekat dgn rakyat... Mmg salute dgn MAIWP sbb sentiasa jaga kebajikan asnaf di bandar.

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      bagus aktiviti dan program yang MAIWP buat nih

      حذف
  6. Alhamdulillah..seronok tengok bila kerabat diraja turut serta dalam aktiviti rakyat..moga aktiviti bersama rakyat ni berterusan..

    ردحذف
    الردود
    1. yups
      Hans pun harapkan benda yang sama
      seronok dapat kayuh basikal dengan Raja Muda

      حذف
  7. Alhmdulillah..raja muda perlis sanggup trun padang untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      kita pun kena sama-sama bantu mulai sekarang :)

      حذف
  8. Bestnya dapat join aktiviti amal macam ni. Sekurang kurangnya ia membuka mata kita melihat kesusahan orang lain .Harap aktiviti macam ni akan diteruskan pada masa akan datang .

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      siapa sangka kan disebalik rumah teres ramai orang hidup dalam kesusahan

      حذف
  9. Alhamdulillah. Berjiwa rakyat ;)

    ردحذف
    الردود
    1. betul
      harap pemimpin-pemimpin lain ikut contoh Raja Muda Perlis nih :)

      حذف
  10. Wah terbaik, semoga tengku sentiasa dirahmati begitu juga yg telah menjayakan program tersebut. Semoga lebih banyak golongan yg susah dibantu wlu dgn apa cara sekalipun

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu
      harap-harap lebih ramai membantu dan membayar zakat
      amin

      حذف
  11. Alhamdulillah..dah dekat bulan Ramadan ni tentu ada yg tidak dpt menyambutnya terutama golongan asnaf

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu kak
      setidak-tidaknya ringan sikit beban mereka

      حذف
  12. Alhamdulillah.. semoga semuanya terus diberkati Tuhan.

    ردحذف
  13. alhamdulillah.... pihak istana peduli dengan rakyatnya.

    ردحذف
    الردود
    1. walaupun Raja Perlis tetapi tetap mengutamakan rakyat seluruh Malaysia :)

      حذف
  14. Alhamdulillah..Raja yang berjiwa rakyat..

    ردحذف
  15. Terbaik lah. Berjiwa rakyat dan patut dicontohi. Dan tahniah buat MAIWP.

    ردحذف
  16. Alhamdulilah, teruskan usaha murni ini.

    ردحذف
    الردود
    1. harap-harapnya program macam ini sentiasa diteruskan

      حذف
  17. Seronok kan dapat join program macam ni.. Kita dapat tengok sendiri kehidupan asnaf..

    ردحذف
    الردود
    1. yer
      setuju sangat
      memang dah tengok depan mata rasa sedih dan simpati

      حذف
  18. Seronok ada raja muda yg mesra rakyat..

    ردحذف
  19. Aktiviti sihat tambah pula dgn pahala..

    ردحذف
  20. Wah... Beruntungnya awak dapat kenangan berbasikal dengan Raja Muda Perlis. Porgram yang bagus!

    ردحذف
  21. Alhamdulillah. Semoga negeri-negeri lain mengikuti jejak langkah Tuanku

    ردحذف
  22. Program ni menarik, seronok sesekali bt aktiviti berbasikal ni

    ردحذف
    الردود
    1. yes
      lama tak berbasikal..sekali basikal dengan Kerabat Diraja...nasib tak jatuh masa bawa...haha

      حذف
  23. Alhamdulillah, bagus ya ada program sebegini, dapat mendekatkan diri dengan golongan asnaf dan dalam masa yg sama dapat membantu mereka yang memerlukan. kalau ada peluang memang sis nak join program2 macam ni

    ردحذف
  24. Baiknya Raja Muda Perlis, berjiwa rakyat :)

    ردحذف
  25. Bagusnya ada aktiviti kayuhan macam ni. Boleh mengeratkan silaturrahim juga kan..

    ردحذف
  26. Bagussnyaa. Mmg berjiwa rakyat.. Lg srnok kalo dpt join skli kan

    ردحذف
  27. Rasanya dah banyak tahun Raja Muda Perlis ni buat aktiviti 'kayuh amal' ni... Untung org org perlis.

    Hans boleh follow tiap2 tahun la lepas ni.. 👍👍👍

    ردحذف
  28. Seronok bila Raja Muda Perlis berjiwa rakyat. Lagi rakyat sayang

    ردحذف
  29. Wah bagus yer.. camni raja berjiwa rakyat

    ردحذف
  30. Terbaiklah.. Macam ni la raja disayangi ramai

    ردحذف
  31. Tbaik kerabat di raja sekarang. Sggup turun padang jmpa rakyat jelata

    ردحذف
  32. Tuanku Raja Muda memang dekat di hati rakyat

    ردحذف
  33. Alhamdulillah Raja Muda berjiwa rakyat..

    ردحذف
  34. Bagus la buat aktiviti macam ni. Boleh bersenam sambil beramal kan? Nak2 pulak kerabat diraja.

    ردحذف
    الردود
    1. ya
      itu yang Hans syukur sangat tu dapat sertai program macam nih :)

      حذف
  35. Bagus ada program macam nie kan..

    ردحذف
    الردود
    1. alhamdulillah
      memang sangat bagus
      membantu yang memerlukan

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم