Seronoknya Raya Dengan SpongeBob SquarePants Di WCT Malls

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang peluang untuk anda membawa anak-anak kesayangan untuk bertemu dengan dua rakan baik mereka yang pastikan disukai dan disayangi iaitu SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick Star yang akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di daratan buat kali pertama di WCT Malls.


Dengan bertemakan ‘Seronoknya Raya’, Hans pasti kemunculan kedua-dua watak animasi terkenal ini iaitu SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti akan menceriakan bukan sahaja kanak-kanak malahan pengunjung dewasa yang berkunjung atau datang membeli-belah di Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan gateway@klia2 kerana anda berpeluang beramah mesra dan bergambar dengan dua watak siri animasi ini.


Apa yang lebih menarik, ruang legar WCT Malls akan dihiasi dengan pelbagai hiasan berasaskan dunia siri animasi kegemaran ramai tersebut sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20 dimana anda dapat melihat rumah nenas bawah laut, belon SpongeBob SquarePants terbesar dan pelbagai lagi sudut yang menarik untuk anda bergambar bersama anak-anak. Selain itu, turut disediakan juga kawasan jualan cenderahati termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baharu, mainan mewah, t-shirt dan pelbagai lagi yang menarik buat anda jadikan kenang-kenangan. Selain itu juga beberapa program amal turut dianjurkan menggunakan #SeronoknyaMenolong iaitu :


A Library of Hope

Program ‘A Library of Hope’ Para pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baharu atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Buku-buku boleh diletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.


Denim Donation Drive

Dalam usaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung menyumbang denim baharu atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik. Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mehupun terpakai di kotak sumbangan di tingkat CC bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2019.


Catat Malaysian Book of Records bagi Belon Karakter Kartun Terbesar

Pengunjung Paradigm Mall JB berpeluang menyaksikan belon SpongeBob SquarePants terbesar, dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Selain itu, terdapat juga 20 patung SpongeBob SquarePants bersaiz sebenar dan pengunjung boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenangan dalam media sosial mereka. Paradigm Mall JB turut meraikan kejayaan mencatat


Jadi, segeralah hadir ke WCT Malls: Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan gateway@klia2 untuk meraikan Ramadan dan Raya yang bermakna dan penuh dengan keceriaan bersama anak-anak anda. 

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama