Kain Washable Silk Percuma Untuk Penduduk Tanah Merah Kelantan

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan hadir di dalam Acara Penyerahan 67,000 Kain Washable Silk kepada YB Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz yang berlangsung di Jakel Shah Alam dalam suasana yang cukup santai. Apa yang menariknya disini ialah semua 67,000 pasang kain Washable Silk ini akan diberi serta diagih-agihkan kepada 67,000 penduduk Tanah Merah, Kelantan tanpa mengira agama, mahu pun kaum.


Kerjasama erat yang terjalin di antara YB Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz dengan Jakel Shah Alam Trading Sdn Bhd kini telah memasuki tahun ketujuh dimana ini merupakan sebahagian daripada cara beliau untuk menghargai para penduduk Tanah Merah, Kelantan yang sentiasa memberi kepercayaan kepada dirinya untuk memimpin mereka dengan memilih dirinya sebagai Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan sejak sekian lama.


Hans sebenarnya agak tertarik untuk mengetahui kenapa pada kali ini, kain Washable Silk daripada Jakel menjadi pilihan beliau untuk diberi kepada semua penduduk Tanah Merah. Jawapan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah ini amat menarik dimana beliau menyatakan pemberian kain Washable Silk yang berwarna tanpa sebarang corak ini adalah lebih baik, selamat dan bersesuaian dengan semua golongan penerima. 


Hal ini kerana ia membolehkan para penduduk Tanah Merah, Kelantan tidak kira lelaki atau perempuan untuk memanfaatkan kain tersebut dengan menghasilkan baju melayu, baru kurung, jubah atau sebarang pakaian mengikut kesukaan dan citarasa mereka sendiri nanti. Bagi Hans ini adalah satu langkah yang menarik dan bijak oleh ahli parlimen Tanah Merah tersebut di dalam menghargai sokongan yang diberikan oleh penduduk Tanah Merah, Kelantan kepada beliau.


YB Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz juga turut berharap sumbangan 67,000 pasang kain  Washable Silk dari Jakel yang menelan kos sekitar RM2 juta ini dapat menggembirakan semua penduduk Tanah Merah dan secara tidak langsung dapat membantu juga golongan penduduk yang kurang berkemampuan. 


Hans turut dimaklumkan bahawa kesemua 67,000 pasang kain Washable Silk ini akan diberikan kepada setiap penduduk di kawasan Tanah Merah secara berperingkat mengikut dimana mengikut jangkaan semua kain Washable Silk ini akan selesai pengagihannya dalam masa sebulan setengah. Untung betul penduduk Tanah Merah di Kelantan!


P/S: Jakel sedang mengadakan Jualan Jumbo setahun sekali sehingga 16 September ini. Bagi menghargai pelanggan setia Jakel, Jakel memberikan harga runtuh serendah RM0.90 sen. Jadi, tunggu apa lagi? Sila serbu Jakel sekarang!

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama