Semarak Merdeka Night Run 2019 Bersama Kugiran Masdo

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Sempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan dan juga Hari MalaysiaHans ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan sebuah acara yang cukup menarik iaitu Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 yang akan dianjurkan pada 15 September ini bertempat di Universiti Malaya. Apa yang menjadikan acara kali ini unik ialah ia bukan sekadar mencari para peserta untuk menyertai larian tetapi juga memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati dan menghargai erti sebenar kemerdekaan yang telah kita semua nikmati selama 62 tahun ini dengan cara yang tersendiri.


Semestinya daya penarik untuk Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 ini ialah kemunculan serta penglibatan Kumpulan Kugiran Masdo sebagai “Rakan Artis Larian Semarak Merdeka Night Run” yang sememangnya dikenali dan diminati ramai rakyat Malaysia disebabkan lagu-lagu dendangan mereka yang cukup merdu dan bertemakan kugiran 60-an. Kumpulan Kugiran Masdo bakal memeriahkan lagi acara dan secara tidak langsung pastinya membakar semangat para peminat mereka yang terdiri daripada golongan anak muda untuk lebih menghayati sambutan kemerdekaan dan juga sambuatan Hari Malaysia pada tahun ini. Apa yang lebih membanggakan ialah kumpulan Kugiran Masdo turut menyatakan penglibatan mereka dalam acara ini merupakan salah satu cara bagi mereka untuk menghayati kemerdekaan dan menzahirkan rasa cinta pada Negaraku Malaysia dengan bersama sama mengajak anak anak muda dan generasi muda Malaysia bersama sama meraikan sambutan Hari Merdeka dan Malaysia dengan semangat cintakan negara dengan penuh iklas dan tulus.


Jadi, kepada anda semua terutama buat peminat kumpulan Kugiran Masdo, jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 ini kerana terdapat pelbagai hadiah khas edisi terhad yang bakal diberikan kepada anda. Antara hadiah-hadiah menarik yang disediakan adalah seperti 100 slot khas “Meet & Greet Session With Kugiran Masdo” semasa hari acara, Medal Larian Limited Edition Kugiran Masdo, dan juga T-Shirt Khas Larian dengan Tandatangan Masdo yang akan diberikan kepada anda yang bertuah jika anda mendaftar untuk Larian Semarak Merdeka Night Run 2019.

Sebagai info tambahan, terdapat 3 kategori larian pada tahun ini iaitu:

Larian 3KM:
Begginers & Family Run

Larian 5KM:
Patriot Run

Larian 10KM:
Vision Run 

Selain daripada berpeluang berlari bersama kumpulan Kugiran Masdo, anda yang menyertai Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 ini juga bakal berlari dengan beberapa orang lagi selebriti tanahair lain seperti Keena Mentor, Taufik Hanafi Paskal, Arman Ma, Zarina Maharaja Lawak, dan ramai lagi. Apa yang pasti membuatkan anda lebih teruja kerana acara larian ini turut menawarkan hadiah cabutan bertuah melebihi RM20,000 ribu ringgit. Selain itu, terdapat juga hadiah misteri untuk kategori Pakaian Beragam Terbaik yang bakal dimenangi oleh peserta larian pada hari kejadian. 


Untuk makluman semua, acara Semarak Merdeka Night Run 2019 kali ini bertemakan “Glow In The Dark” dan ianya juga bakal menonjolkan pengisian yang bercirikan kejayaan Malaysia sejak era 60-an sehingga sekarang. Antara yang menarik adalah dendangan Lagu lagu Patriotik, persembahan seni rakyat dan Persembahan “LED Colours Of Drum“ yang akan memainkan lagu-lagu Patriotik yang semestinya sentiasa kekal di ingatan dan menjadi siulan rakyat Malaysia. Hans juga yakin anda semua pasti teruja dengan acara kali ini kerana pelbagai gerai pameran dan jualan serta food truck turut disediakan kepada para pengunjung sepanjang hari acara berlangsung nanti.


Kepada semua pembaca serta para runner sekalian, jangan berfikir terlalu lama untuk menyertai Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 ini kerana Hans percaya dengan pelbagai tawaran menarik, hadiah istimewa dan ekslusif serta semestinya pengalaman yang indah bersama Kugiran Masdo bakal anda rasai sepanjang menyertai acara yang hebat ini. Untuk menyertai atau mengetahui lebih lanjut tentang  program hebat ini, anda boleh layari pautan yang Hans kongsikan seperti di bawah:

Laman Sesawang:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama