Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa dikalangan para pembaca disini yang merupakan peminat ayam goreng? Sebenarnya Hans mahu berkongsi satu berita baik buat anda yang sememangnya sangat gemar makan ayam goreng dimana Restoran Marrybrown sedang menjalankan promosi tawaran istimewa yang diberi nama Jimat Jumaat. Promosi ini membolehkan anda untuk menikmati 10 ketul ayam iaitu 5 ketul ayam goreng rangup dan 5 ketul nugget ayam yang sangat lazat bermula dari hanya RM19.90 sahaja.
Tawaran Jimat Jumaat yang sangat istimewa ini berlangsung pada hari Jumaat sahaja selama 7 minggu bermula pada hari Jumaat, 20 September 2019 dan bakal berakhir pada hari Jumaat, 1 November 2019 ini. Hans pun sebenarnya kebetulan berada di pusat membeli-belah Citta Mall pada 20 September yang lepas selepas solat Jumaat. Jadi, sewaktu tengah runsing memikirkan nak makan tengahari dekat mana sambil berjalan-jalan mencari tempat makan dan akhirnya Hans ternampak Restoran Marrybrown mengadakan promosi Jimat Jumaat ini. Memandangkan Hans memang peminat ayam goreng dan sukakan ayam goreng maka Hans pun memang tak melepaskan peluang lah kan. Murah lah beb sebab 5 ketul ayam goreng ditambah dengan 5 ketul nugget ayam, Hans hanya perlu bayar RM21.10 (harga termasuk cukai SST) sahaja. Kalau dekat restoran makanan segera yang lain mahu pun kalau harga asal ayam goreng yang dijual di Marrybrown tanpa promosi istimewa ini, serius memang anda tak akan dapat atau jumpa harga yang sangat murah yang hanya boleh didapati sempena promosi Jimaat Jumaat ini.
Tambahan pula sekarang ini, kerajaan Malaysia sendiri pun menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong syarikat mahupun produk keluaran dan buatan masyarakat Malaysia sendiri. Jadi, inilah masanya untuk anda mencuba 10 ketul ayam istimewa sempena promosi Jimat Jumaat di Marrybrown yang merupakan jenama Malaysia yang bermula di sebuah kawasan kedai Jalan Wong Ah Fook di Johor Bahru sejak tahun 1981 lagi dan sehingga kini masih bertahan dengan gahnya. Itu tandanya jenama Marrybrown sememangnya kuat dan diterima bukan sahaja oleh penduduk Malaysia bahkan pelancong luar negara sendiri yang juga menyukai hidangan disini.
Berbalik semula kepada promosi Jimat Jumaat Marrybrown ini, Hans ingin maklumkan kepada para peminat ayam goreng sekalian bahawa anda hanya boleh menikmati promosi ini hanya dengan makan di restoran Marrybrown sahaja. Tidak boleh tapau atau bungkus untuk dimakan di rumah yer. Hans sendiri menyukai perkara ini dimana inilah masanya untuk anda hadir ke cawangan Marrybrown berdekatan rumah anda bersama keluarga tersayang mahu pun rakan-rakan rapat untuk sama-sama berkongsi dan menikmatinya secara beramai-ramai. Semestinya lebih meriah dan mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Hans juga ingin mengingatkan para pembaca sekali bahawa promosi Jimat Jumaat ini hanya didatangkan dengan 10 ketul ayam iaitu 5 ketul ayam goreng rangup dan 5 ketul nugget ayam tanpa minuman dan anda sebagai pelanggan boleh memilih untuk menikmati ayam goreng original atau spicy.
Untuk maklumat para pembaca sekalian, tawaran promosi Jimat Jumaat ini sah di semua cawangan Marrybrown yang wujud dekat Malaysia ini kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua cawangan yang berada di kawasan lapangan terbang. Anda boleh menikmati 5 ketul ayam goreng rangup dan 5 ketul nuget ayam dari harga RM19.90 dimana harga tertakluk pada 6% Cukai Perkhidmatan (jika berkenaan). Jadi, selepas cukai maka harga keseluruhan cuma RM21.10 dan anda bukan sahaja dapat menikmati ayam goreng sepuas hati tetapi juga masih dapat menjimatkan wang anda dengan banyaknya berbanding membelinya pada harga bukan promosi Jimat Jumaat. Jadi, pastikan anda tetapkan hari Jumaat anda pada minggu akan datang dengan menyerbu cawangan Marrybrown untuk menikmati tawaran istimewa ini sementara stok masih ada.
Kalau tadi Hans ada nyatakan yang promosi Jimat Jumaat ini hanya boleh dinikmati di restoran Marrybrown sahaja. Jadi, Hans tersangat lah gembira memandangkan perut Hans pun memang lapar sangat-sangat. Jadi, setakat 5 ketul ayam yang rangup dan lazat serta 5 nugget ayam yang sedap itu langsung tidak menjadi masalah buat Hans untuk menghabiskannya dengan begitu berselera sekali. Tetapi, Hans memang puas hati sebab ayam goreng di Marrybrown yang Hans makan semalam memang saiznya boleh tahan besar tidak kira bahagian mana sekali pun sama ada kepak ayam, paha ayam mahu pun bahagian dada ayam. Serius Hans memang puas hati sangat-sangat lah. Berbaloi betul beli sebab harga murah tapi saiz dan kuantiti besar serta banyak. Hans juga tertarik dengan rasa ayam goreng rangup Marrybrown ini sama ada yang asli mahu pun yang pedas kerana kedua-duanya memang sedap dimakan tambah-tambah sewaktu ayam sedang panas. Nugget ayam Marrybrown pun memang lazat dan disebabkan sedap sangat maka sedar-sedar dah kosong bekas berisi nugget ayam itu. Hans pun tak sedar bila Hans habiskan. Hahahaha!
TERMA DAN SYARAT PROMOSI JIMAT JUMAAT:
1. Promosi ini hanya sah pada hari Jumaat sahaja - 20/9, 27/9, 4/10, 11/10, 18/10, 25/10 dan 1/11.
2. Makan di restoran sahaja.
3. Tawaran ini sah di semua cawangan Marrybrown kecuali di cawangan Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.
4. 5 ketul ayam goreng rangup & 5 ketul nuget ayam dari harga RM19.90.
5. Harga tertakluk pada 6% Cukai Perkhidmatan (jika berkenaan).
6. Sementara stok masih ada.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Silalah berkunjung segera ke cawangan Marrybrown berdekatan anda pada hari Jumaat ini untuk menikmati sendiri promosi Jimat Jumaat yang disediakan untuk para peminat ayam goreng rangup Marrybrown. Hans yakin anda bukan sahaja akan menyukai keunikan rasa ayam goreng dan nugget ayam disini tetapi juga akan berpuas hati dengan tawaran harga yang sangat murah dan cukup berbaloi. Selamat menjamu selera di Marrybrown pada hari Jumaat akan datang dan pastikan hari Jumaat anda berakhir dengan pengalaman yang indah apabila dapat menikmati 10 ketul ayam yang lazat dan rangup di Marrybrown ini nanti!
Bolehlah terjah MB pada hari jumaat
ردحذفterjah jangan tak terjah
حذفbawa keluarga makan
heheh
Wow.... Macam best jer. Lambat pulak nak hari jumaat. He He He
ردحذفesok jumaat
حذفsila serbu
hahaha
Boleh la Zumal beli hari Jumaat nanti 🤭
ردحذفhehe yer zumal
حذفmakan dekat sana tau
Wow best! Boleh try nanti..tak penah lgi mkn ayam marrybrown ni
ردحذفowh sila cuba
حذفsedap juga :)
Wow best! Boleh try nanti..tak penah lgi mkn ayam marrybrown ni
ردحذفyer yer
حذفkena cuba makan
rugi tak cuba oit
kira macam kfc promo selasa set pun 19.90,
ردحذفtergoda akak tgk ayam goreng MB tuh, nnti nk ajak edy ngn aiyan la try
hehehehe
حذفyups
tapi yang 5 ketul ayam + 5 ketul nugget
mugrahhh sbb byk..berbaloi kalau makan dengan family nih. tapi tak boleh bawak balik jela..ni kalau makan sorang kne time lapa betoi nI haha
ردحذفyups
حذفkena makan ramai-ramai
kalau selera macam Hans bolehlah habiskan semua seorang
hahahahaha
Kena pergi macam Nie mmg berbaloi sgt2 rasa mcm rugi plak jika tak pergi
ردحذفhahahaha
حذفyes
sementara diorang tengah buat promo jumaat sebulan nih
baik terjah secepat mungkin :)
Nanti nak cuba lah..tak pernah lagi mkn dekat Marrybrown..
ردحذفhehehehe
حذفyer ker?
hah pergi lah cuba sementara harga murah nih
nak cuba
ردحذفwajib cuba
حذفhehehe
nak try la nnt
ردحذفjangan lupa ajak Hans sekali
حذفbelanja Hans yer
hahaha
Suka ayam goreng MB..memang sedap! Jumaat ni kena pergi lah, berbaloi dah harga tu.
ردحذفowh
حذفpeminat setia MB lah nih
terbaik
Yummehh.. boleh laa pergi Jumaat ni, berbaloi2 dahtu
ردحذفbetul tu
حذفpergi seorang ker?
larat ker habiskan tu?
hahaha
Yummehh.. bolehla pergi Jumaat ni. Sementara masih ada promo. Ayuhh beramai-ramai!!
ردحذفayuh ayuh ayuh
حذفMemang feveret ayam marry brown ni... Kena ajak suami g MB nampaknya Jumaat ni.. Hehe
ردحذفyes
حذفajak lah suami
karang jenuh sis nak habiskan 5 ketul ayam tu
hahaha
Wow, bestnya!
ردحذفmemang best
حذفhehehe
Akan cuba nanti
ردحذفcuba hari jumaat nih yer
حذفMarybrown fried chicken is one of my choice meal anytime! Crispy and best gila....
ردحذفowh yer ker
حذفnanti ajak Hans makan sekali
hahaha
Will go eat during the weekend with family 😀
ردحذفwahhh
حذفterbaik
semoga gembira menjamu selera di Marrybrown jumaat nanti
Wow. Cool post thanks for sharing ❤️
ردحذفwelcome balenciazril
حذفWow cool post thanks for sharing ❤️
ردحذفberapa banyak kali nak komen daaa? hahaha
حذفTerus rasa nak makan kat sini..balik seremban nanti la
ردحذفhehehe
حذفsila-sila
jumaat nih pergi Marrybrown okay
Wow...macam best deal..min boleh makan all 5 ketul sekali, sure kenyang sampai susah Jalan..
ردحذفhahaha
حذفjalan senang jer
bernafas susah
hahaha
Menarik nii..bila² free boleh pii
ردحذفhari jumaat yer
حذفNak try jugak la nanti .
ردحذفtry jangan tak try
حذفberbaloi-baloi
Looks good
ردحذفterbaik
حذفhehehe
Hehe haven't had marrybrown for a while
ردحذفso this time kena cuba lah
حذفhehehe
aoh my oh my oh my....i is memang suka ayam Marybrown lagi² dia punya nasi lemak...fuhh junaat ni nak pg terjah MB lah...baloi² sangat tu... Awesome
ردحذفkali nih makan ayam dia puas-puas yer bro
حذفLooks good😋
ردحذفplease belanja me
حذفhahahaha
Oh my memang suka mkn ayam marrybrown.. Sedappp
ردحذفso ini lah masanya untuk makan ayam dia puas-puas
حذفpergi hari jumaat tau
Wah berbaloi2 ni. Nk g lah Jumaat minggu ni
ردحذفyes
حذفpergi satu keluarga
mesti meriah
hehehe
Bolehlah serbu MB lepas ni.
ردحذفserbu hari jumaat nih tau
حذفSumpah sedap ayam dia. Dah lama tak makan marrybrown sebenarnya. Dah banyak improve dah.
ردحذفyes
حذفdulu-dulu awal-awal Hans tak suka
tapi sejak makan burger korea dkt sini terus suka
rasa ayam dia pun sedap
Nanti bolehlah pergi mb makan ayam goreng ni.. Fav suami dgn anak sy suka makan bubur pedas
ردحذفkali nih makan ayam goreng puas-puas pula
حذفhehehe
Wow.. murah tu. Boleh la try nanti
ردحذفtry hari jumaat noh
حذفMurahhh.. Jumaat nanti nak pergi marry brown laam
ردحذفesok dah jumaat
حذفsila pergi segera
hehehe
Lama tak makan dekat Marry Brown. Boleh lah ke sana nanti mkn ayam puas2.
ردحذفboleh-boleh
حذفcepat-cepat pi makan :)
Wahhh.. Murah murah. Lama gila x gi makan MB.
ردحذفhah
حذفkena pi makan sekarang juga
haha
tak sabar nak tunggu Jumaat sebab set promo ni. Dah la ayam sedap, murah pulak tu!
ردحذفtau xpa
حذفpuas makan
Bestnye ade promosi jimat jumaat nie..ayam pun besaq2..berbaloi nie bawak ank2 makan kt marrybrown msti dpa suka..
ردحذفberbaloi sangat-sangat
حذفmesti depa gembira dapat makan ayam puas-puas
Murahnya. Berbaloi baloi sangat kalau dapat beli ni. Makan pun kenyang
ردحذفitulah
حذفmemang berbaloi-baloi
Jarang betul la masuk Marrybrown. Pernah masuk sekali je masa duduk Mersing ni. Tu pun sebab anak anak nak..
ردحذفإرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com