Review Filem Dua Garis Biru

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah berjaya menonton sebuah filem Indonesia yang berjudul Dua Garis Biru di TGV Cinemas Jaya Centre pada  4 Oktober 2019 yang lepas. Pada Hans, filem ini sebenarnya telah memaparkan satu kisah yang sangat menarik dan berjaya menyentuh isu taboo di kalangan penduduk Muslim Asia Tenggara berkenaan dengan isu remaja terlanjur serta anak tidak sah taraf. Apa yang membuatkan Hans teruja ialah berkenaan dengan cara penyampaiannya yang bukan sahaja disusun dengan cukup baik tetapi juga dengan kaedah yang bijak tanpa perlu menggunakan teknik ceramah yang meleret-leret sehingga ia kelihatan seperti satu ceramah yang panjang.



P/S : Kepada yang nak baca ulasan @ review Hans untuk filem Indonesia yang menarik ini, anda boleh klik link di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama