Rumah Botol Terengganu

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah terlibat di dalam Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival yang berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober 2019 di daerah Besut dan Setiu, Terengganu. Jadi, sepanjang empat hari empat malam Hans berada di bumi Terengganu sememangnya terdapat pelbagai memori menarik yang ingin Hans kongsikan kepada semua pembaca.



Jadi, lokasi seterusya yang dilawati oleh Hans pada hari ketiga program ini ialah melawat Rumah Botol yang merupakan salah satu lokasi tarikan pelancongan terbaharu yang terletak di Kampung Baru Penarik, Setiu, Terengganu.



Rumah Botol ini telah diusahakan oleh Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk Tengku Mansur atau lebih dikenali sebagai Ayah KuWalaupun sudah berumur lebih daripada 74 tahun, beliau masih aktif memungut botol kaca di tepi pantai dan menjadikan ia sebagai hobi sejak tahun 2005 lagi. 


Apa yang menariknya tentang koleksi botolnya yang telah menjangkau lebih daripada 4000 botol ini, setiap botol tersebut mempunyai pelbagai bentuk serta warna unik yang menarik dimana ianya datang dari pelbagai negara seperti Mexico, Amerika Syarikat, Perancis dan Filipina.


Inisiatif ini bermula apabila Ayah Ku tidak mahu melihat pelancong atau pengunjung cedera disebabkan terpijak kaca ketika bermain atau berjalan di kawasan pantai di kawasan Kampung Baru Penarik ini. Jadi, beliau mula mengutip botol-botol tersebut dan menyimpannya di Rumah Botol ini sehingga sekarang.


Jadi, kepada sesiapa yang datang bercuti di sekitar Setiu, Terengganu ini terutamanya jika akan melalui kawasan Kampung Baru Penarik, silalah kunjungi Rumah Botol ini kerana terdapat pelbagai keunikan yang anda boleh lihat ada pada koleksi simpanan Tengku Mohd Ali ini. Masuk adalah percuma!

P/S : Antara Lokasi Menarik Lain Yang Boleh Dibaca Sepanjang Program Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Setiu Wetlands Festival Adalah Seperti Dibawah:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama