Street Churros Halloween Review

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa di kalangan para pembaca disini yang merupakan peminat Churros? Kalau anda nak tahu, baru-baru ini Hans berkesempatan untuk menikmati menu edisi terhad Street Churros Halloween di salah satu cawangannya yang terletak di One Utama.


Untuk makluman anda, Street Churros ini sebenarnya berasal dari Korea Selatan dan ia berkonsepkan kafe yang menawarkan pelbagai jenis menu churros yang sangat menarik dan menggiurkan. Jika di Malaysia, penggemar churros lebih suka menganggap menu ini sebagai makanan pencuci mulut yang seronok dijamah pada waktu petang. Paling penting semua hidangannya sesuai untuk dimakan oleh sesiapa pun tidak mengira kanak-kanak, dewasa mahu pun warga emas.


Jadi, menu Street Churros Halloween ini mempunyai dua keping churros serta tiga jenis air yang sangat menarik dan lazat untuk anda cuba. Hans sendiri telah berjaya mencuba menu-menu dibawah ini yang termasuk di dalam Street Churros Halloween iaitu:

1) Dua Keping Spooky Witches Churros
2) Minuman Black Magic Lemon
3) Minuman Creepy Muddy Milk Tea Dengan Black Pearls
4) Minuman Creepy Muddy Milk Dengan Black Pearls.


Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama Hans menikmati menu Churros ini. Selalunya Hans hanya sekadar melihat rakan-rakan yang berkongsi tentang churros dan memuji-muji rasanya yang manis dan lazat. Jadi, apabila Hans berkesempatan merasai sendiri churros ini maka memang Hans akui Spooky Witches Churros ini memang sangat lembut di bahagian dalamnya dan rangup pada bahagian luar. Rasa manis Churros ini pun ringan dan enak apabila ianya mencair di dalam mulut. Apa yang lebih menarik ialah setiap churros ini dihidangkan secara panas dan inilah yang membuatkan Hans sangat gembira menikmati churros yang sangat lazat ini.


Seterusnya, Hans mencuba tiga minuman yang terdapat di dalam menu edisi terhad Street Churros Halloween ini iaitu Black Magic Lemon, Creepy Muddy Milk Tea Dengan Black Pearls dan Creepy Muddy Milk Dengan Black Pearls. Ketiga-tiga minuman ini menawarkan pengalaman rasa yang sangat berbeza. Black Magic Lemon (Kanan Di Dalam Gambar) memberikan gabungan rasa manis masam yang sangat menyegarkan pada sedutan kali pertama. Manakala Creepy Muddy Milk Tea Dengan Black Pearls (Kiri Di Dalam Gambar) pula menawarkan satu rasa manis yang sangat sedap. Tetapi, Hans paling suka sekali ialah Creepy Muddy Milk Dengan Black Pearls (Tengah Di Dalam Gambar) kerana rasanya yang manis, berlemak dan betul-betul kena dengan citarasa Hans. Ditambah pula dengan kelembutan Black Pearls yang ada di dalam minuman ini membuatkan Hans begitu seronok menikmati kelazatannya. Sedar-sedar dah habis minum. Hehehe!


Menu edisi terhad Street Churros Halloween ini hanya dijual di dalam masa yang sangat terhad di cawangan-cawangan Street Churros. Jadi, memang untung sangat buat sesiapa yang dapat merasa menu-menu menarik dan unik untuk edisi terhad kali ini.



Jadi, pastikan anda tidak terlepas untuk menikmati kesemua menu yang terdapat di Street Churros. Selamat mencuba! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sosial mereka seperti yang Hans kongsikan di bawah:

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram: 


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama