Review Filem Gundala

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Alhamdulillah Hans telah menerima jemputan daripada pihak TGV Pictures untuk menghadiri tayangan media filem Gundala bertempat di TGV KLCC pada 20 Disember 2019 yang lepas. Filem ini telah dicanang-canang oleh beberapa orang rakan media yang telah menontonnya lebih awal di Jakarta sebagai salah sebuah filem adiwira Indonesia yang sangat menarik dan kualitinya telah meninggalkan jauh sama sekali karya-karya adiwira Malaysia buat masa ini. Hans pula berpandangan sebaliknya dimana walaupun tidak dinafikan filem ini sememangnya berjaya membuatkan filem-filem adiwira Malaysia kelihatan terlalu keanak-anakan dan terkebelakang namun sukar untuk Hans mengatakan bahawa filem ini adalah filem yang terbaik. Karya ini bukannya lemah tetapi ia masih dilihat mempunyai kekurangan di dalam beberapa perkara.



P/S : Kepada anda yang ingin tahu apakah ulasan Hans tentang filem adiwira dari Indonesia ini, silalah rajin-rajinkan diri anda membaca ulasan @ review Hans untuk filem Gundala dengan klik pautan di bawah gambar poster filem tersebut. Selamat membaca :) 


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama