Uptown Puchong Night Bazaar : Belanja RM10 Dan Dapatkan Semula Tunai RM3 Dengan Boost e-Wallet

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berpeluang untuk menghadiri majlis Perasmian e-Tunai Rakyat @ Boost e-Wallet serta Sambutan Tahun Baru Cina 2020 bertempat di Uptown Puchong Night Bazaar.


Majlis yang dirasmikan oleh  YB Ng Sze Han, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru yang turut dimeriahkan dengan kehadiran dif-dif terhormat yang lain berlangsung dengan jayanya. 



Turut memeriahkan majlis adalah pengunjung Uptown Puchong Night Bazaar sendiri yang terpesona dengan aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program seperti tarian singa, upacara Yee Sang, membakar mercun serta pemberian Ang Pow dan limau mandarin kepada mereka yang terpilih dan bertuah.



Hans dimaklumkan bahawa Uptown Puchong Night Bazaar merupakan antara uptown perintis yang menawarkan Boost e-Wallet sebagai salah satu cara pembayaran kepada para pengunjung yang datang ke sini. Dianggarkan hampir 60 peratus daripada 200 lot kedai disini sudah mengaplikasikan Boost e-Wallet untuk di dalam sesi urus niaga mereka.



Apa yang lebih menarik buat anda yang mengunjungi dan membeli-belah di mana-mana kedai yang menggunakan Boost e-Wallet di Uptown Puchong Night Bazaar ini ialah anda akan memperoleh kembali RM3 Cashback di dalam aplikasi Boost jika anda berbelanja sebanyak RM10Memang satu tawaran promosi yang sangat menarik dan menguntungkan jika anda membeli-belah menggunakan Boost e-Wallet disini. Jadi, promosi ini berlangsung di dalam waktu yang terhad maka jangan lepaskan peluang untuk memperoleh penjimatan yang sebegitu banyak apabila anda berkunjung ke Uptown Puchong Night Bazaar nanti. 



Selain itu, Hans juga bersetuju dengan motif menggalakkan para peniaga di Uptown Puchong Night Bazaar ini untuk memberi fokus kepada perkhidmatan bayaran secara online seperti Boost e-Wallet ini kerana ia bukan sahaja memudahkan peniaga dari segi tidak perlu terlalu banyak menyimpan wang tunai di dalam kedai tetapi juga membantu dari sudut keselamatan serta daripada kehilangan wang tunai akibat dicuri.



Hans juga turut mengambil peluang untuk menemuramah beberapa peniaga disini yang telah menggunakan Boost e-Wallet dimana mereka menyatakan semakin ramai pelanggan mereka yang memilih untuk membayar menggunakan perkhidmatan e-Wallet seperti Boost berbanding menggunakan wang tunai. 


Jadi, kepada para pembaca sekalian yang masih belum memuat naik aplikasi Boost e-Wallet di dalam telefon pintar anda maka silalah berbuat demikian dengan segera kerana terdapat pelbagai tawaran dan promosi menarik yang sangat menjimatkan dan semestinya menguntungkan anda sebagai pengguna. Selamat membeli-belah di Uptown Puchong Night Bazaar dengan Boost e-Wallet selepas ini.

2 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. waalaikumussalam. sangat menarik ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      lepas nih bawa phone jer pergi shopping dekat uptown puchong
      ehehehe

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama