Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Putrajaya Ke-25

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat numismatik seperti Hans semestinya gembira apabila Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Penubuhan Putrajaya ke-25 (Putrajaya25)Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada hari ini di Perdana Putra, Putrajaya. Selepas hampir setahun Bank Negara Malaysia menyepi daripada mengeluarkan sebarang duit syiling terbaru maka berita ini adalah satu perkara yang cukup indah buat para pengumpul syiling.


SPESIFIKASI DUIT SYILING PERINGATAN

1) Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)

Duit syiling ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan setiap keping beratnya ialah 31.1 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM253 sekeping. Sebanyak 1,000 keping sahaja ditempa.

2) Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini diperbuat daripada campuran beberapa logam terutamanya tembaga dalam kemasan tanpa kilat dan setiap keping beratnya ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan harga jualannya RM13.20 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling perak berwarna (pruf) dan duit syiling emas Nordic (pruf). Set ini akan dijual pada harga RM308 setiap set dan hanya 1,000 set sahaja disediakan. 


INFO HARGA DAN BUTIRAN SETIAP JENIS DUIT SYILING

Duit Syiling Peringatan 25 tahun Putrajaya Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 25 tahun Putrajaya Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 15,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST) 


REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN DUIT SYILING



Perkataan SAMBUTAN JUBLI PERAK PUTRAJAYA dengan kesan terapung (floating effect) dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Di bahagian tengah, dipaparkan imej Bangunan Perdana Putra yang melambangkan pusat pentadbiran negara, berlatarbelakangkan imej samaran Jambatan Seri Wawasan dan Mercu Tanda Putrajaya. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-25 (1995-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) di bahagian bawah duit syiling.


REKA BENTUK BAHAGIAN BELAKANG DUIT SYILING



Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan Putrajaya25 dipaparkan di bahagian tengah duit syiling, berlatarbelakangkan corak susunan jubin lantai di Dataran Putra. Penggunaan frosting effects yang berbeza akan memastikan latar belakang kelihatan halus dan memberikan kesan kontras bagi menyerlahkan lagi warna logo rasmi. Nilai muka dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.


JUALAN DUIT SYILING PERINGATAN

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan dimana setiap pembeli hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Maklumat lanjut tentang tempahan, pembayaran dan penghantaran akan diumumkan kepada orang ramai pada 25 September 2020.

P/S : Tak Sabar Hans Nak Beli Syiling Ini! Harap-Harap Nama Hans Tersenarai Antara Yang Dapat Kesemua Koleksi Syiling Peringatan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Putrajaya Ke-25 Ini. Doakan Untuk Hans! Amin!


10 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. CANTIK SYILING BERNILAI MERAKAM SEJARAH DIJADIKAN KOLEKSI

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. yes
      menarik sangat untuk sesiapa yang kumpul syiling :)

      Padam
  3. Peminat duit syiling mesti jatuh hati dengan syiling versi ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      kitaorang yang kumpul tak kisah pun lawa ke tak
      memang akan beli
      tapi yang nih nampak macam lawa juga lah

      Padam
  4. Balasan
    1. tak baca sampai habis lah nih
      cuba tengok perenggan akhir tu :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama