The Chicken Rice Shop Kembalikan Menu Jodoh Anda : Grilled Butter Chicken

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini The Chicken Rice Shop (TCRS) kembali menggembirakan Hans dan juga anda semua apabila mereka kembali membawakan menu yang menjadi kesukaan peminat TCRS dimana menu ini memberikan anda satu aura seakan-akan sedang menemui jodoh yang cukup sempurna sifatnya. Menu yang Hans maksudkan ini ialah Grilled Butter Chicken (GBC) yang cukup lazat untuk menambat hati agar jatuh cinta dengan keunikan rasa menteganya yang mewah bermula sekarang sehingga 17 Januari 2021.



Hans sememangnya cukup suka dengan hidangan Grilled Butter Chicken (GBC) yang menawarkan isi peha ayam tanpa tulang serta diselaputi oleh sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah. Jika tahun lepas Hans berkesempatan menikmati hidangan ini sebanyak dua kali. Tetapi, nampak gayanya untuk tahun ini kemungkinan besar rekod tersebut dapat dipecahkan kerana sewaktu artikel ini ditulis, Hans sendiri sudah dua kali menikmati hidangan GBC ini. Serius! Memang rasanya sangat sedap! Kepekatan mentega serta rasanya yang seimbang dan menyerap masuk ke dalam isi ayam semestinya akan membuatkan anda rasa tidak puas jika hanya makan sekali.



Menurut June Song yang merupakan Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Grilled Butter Chicken (GBC) adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. Mentega bukan hanya sekadar ramuan biasa tetapi ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan kepada rakyat Malaysia yang pasti akan jatuh cinta berulang kali dengan menu Grilled Butter Chicken ini.



Hans sendiri mengakui bahawa menu Grilled Butter Chicken (GBC) daripada TCRS ini merupakan antara menu yang Hans cukup nanti-nantikan untuk dikeluarkan semula. Alhamdulillah kerana Hans berkesempatan lagi untuk menikmati hidangan istimewa ini pada penghujung tahun 2020. Rasa seronok itu ibarat seperti bakal menamatkan zaman bujang pula. Hahaha!


Untuk makluman semua, harga untuk set Grilled Chicken Butter ini sangat murah. Set ini disertakan bersama nasi ayam, sayur Pak Choy dan sup serta sambal dengan harga jualan cuma RM21.90 sahaja. Kuantiti ayamnya banyak dan kuah menteganya memang sangat berhantu sebab rasanya betul-betul sedap. Nasib makan dekat restoran TCRS tadi. Kalau makan dekat rumah memang Hans jilat-jilat pinggan sebab serius Hans jatuh hati betul dengan hidangan Grilled Butter Chicken (GBC) ini. 


Selain itu, anda juga boleh mencuba 4 jenis minuman boba yang sedap dan cukup unik sempena jualan Grilled Butter Chicken (GBC) ini seperti Boba 3 Layer, Boba Teh Tarik, Boba White Coffee dan Boba Hainan Coffee. Setiap jenis minuman cuma berharga RM10.90 sahaja. Hans berpeluang mencuba minuman Boba 3 Layer sebentar tadi dan Hans memang rasa macam nak beli lagi satu. Rasa manisnya sekata. Senang cakap memang sedap lah!


Pengumuman istimewa buat anda semua yang sedang membaca ulasan Hans untuk hidangan Grilled Butter Chicken (GBC) kali ini. Pihak The Chicken Rice Shop sedang menganjurkan Peraduan GBC Jodoh Anda! dimana 10 pemenang yang bertuah bakal memenangi baucar The Chicken Rice Shop. Cara nak sertai pertandingan ini tersangatlah mudah dimana anda hanya perlu: 

1. Muat turun penyertaan anda di salah satu media sosial seperti Facebook / Instagram Stories & Instagram Feed / Tiktok.

2. Anda perlu membeli mana-mana set Grill Butter Chicken di The Chicken Rice Shop dan anda perlu mengambil gambar hidangan tersebut.

3. Buka Instagram Stories anda dan cari filter "Fake Video Call".

4. Pilih gambar grill Butter Chicken dengan klik 'Add The Photo / Add Media'

5. Muat naik video tersebut di salah satu media sosial seperti Facebook / Instagram Stories & Instagram Feed / Tiktok.

6. Pastikan anda Tag @thechickenriceshop dan letakkan tanda pagar #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrillButterChicken di posting anda

7. Pastikan laman sosial anda di dalam tetapan 'Public'.



Jadi, apa anda tunggu lagi? Tak akan anda nak tengok Hans seorang sahaja menikmati menu jodoh Grilled Butter Chicken (GBC) yang lazat ini? Anda pun wajib cuba makan sebab memang berbaloi sangat. Jadi, cepat-cepat lah berkunjung ke semua cawangan The Chicken Rice Shop untuk menikmati menu yang cukup dinanti-nanti ramai ini. Hans yakin anda pasti tidak akan menyesal sebab kuantiti yang banyak, servis yang mantap dan rasa yang lazat akan membuatkan wang yang anda laburkan untuk menikmati hidangan ini cukup berbaloi. Selamat menjamu selera dan ingat satu perkara penting ini - The Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam! Kok Kok Kok Kok!



Laman Sesawang The Chicken Rice Shop:

Facebook The Chicken Rice Shop:

Instagram The Chicken Rice Shop:



8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama