Perbezaan Emas 916 Dan Emas 999

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jangan pelik kalau anda semua baca tentang emas di blog ini kerana Hans sememangnya minat membeli emas sejak mula bekerja lagi. Cuma sewaktu dahulu Hans lebih terdedah kepada emas perhiasan atau emas 916 dimana Hans mendapat makluman bahawa bagus untuk menyimpan emas ini sebagai satu aset dalam jangka waktu yang lama. Memang betul emas 916 ini juga memberi pulangan sewaktu harga emas lebih tinggi berbanding pada harga awal yang Hans beli namun apabila Hans dikenalkan dengan syarikat menjual emas iaitu Public Gold oleh seorang rakan telah membuatkan Hans semakin celik tentang emas. Sebenarnya, emas ini mempunyai gred-gred tertentu untuk membezakan jumlah emas yang ada di dalam satu-satu item. Di Malaysia terdapat dua gred emas yang sangat popular di kalangan orang awam iaitu Emas 916 dan Emas 999Apakah perbezaan antara Emas 916 dan Emas 999 ini? 



Emas 916 seperti yang Hans nyatakan sebentar tadi ialah emas perhiasan dimana ianya terdiri daripada gelang, rantai, cincin dan anting-anting di kedai-kedai emas seperti yang anda beli di Habib, Poh Kong, Wah Chan dan sebagainya. Emas 916 sememangnya dipakai oleh golongan wanita sebagai perhiasan diri. Angka 916 ini bermaksud 91.6 peratus emas berada di dalam barang kemas tersebut dan selebihnya ialah logam-logam lain untuk memastikan barang kemas cantik untuk dibentuk dan tahan daripada kerosakan seperti kemek dan sebagainya. Berbeza dengan Emas 999 dimana emas ini sangat sesuai dijadikan aset simpanan serta pelaburan jangka panjang jika harga emas melonjak sangat tinggi berbanding dengan harga asal yang kita beli. Emas 999 ini kita boleh lihat pada item-item seperti gold bar, jongkong dan dinar. Angka 999 ini pula bermaksud 99.9 peratus emas berada di dalam item tersebut tanpa campuran logam lain seperti emas 916.



Jika anda seorang wanita, membeli Emas 916 itu tidak lah merugikan kerana ianya boleh anda pakai setiap hari. Tetapi, bagi lelaki pula ianya merugikan kerana anda hanya boleh membeli dan menyimpan emas di rumah bagi mereka yang beragama Islam. Boleh lah kalau nak bagi dekat ibu, kakak atau adik perempuan untuk dipakai tetapi takut nanti ianya tidak lagi menjadi milik anda. Hahahaha! Tetapi, perbezaan ketara dapat dilihat dari sudut penjualan semula emas ini dimana Emas 916 mempunyai susut nilai yang sangat tinggi apabila dijual semula kepada kedai emas iaitu lebih kurang 20 peratus hingga 30 peratus. Ianya belum lagi ditolak jika emas anda mempunyai kerosakan, sijil emas hilang atau sebagainya yang menyebatkan susut nilai menjadi lebih tinggi. Silap haribulan kedai emas pun tak mahu beli atau menggunakan faktor-faktor ini untuk membeli emas anda dengan harga lebih murah.



Berbeza apabila anda membeli emas 999 di Public Gold dan menjualnya semula kepada Public Gold dimana susut nilai harganya hanya dibawah 10 peratus. Semakin berat emas yang anda beli maka semakin rendah susut nilainya. Ini bermakna semakin banyak wang yang anda peroleh apabila menjual emas 999 berbanding emas 916. Sejak Hans tahu tentang kewujudan dan kelebihan emas 999 ini memang Hans sekarang hanya membeli emas 999 sahaja sebagai simpanan masa hadapan.



Alhamdulillah! Sudah 2 tahun Hans bersama dengan Public Gold dimana Hans bermula sebagai pembeli emas biasa dengan mereka sebelum mengambil keputusan untuk menjadi Dealer Public Gold selepas mempercayai kredibilit mereka yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Hans sebenarnya rasa sedih kerana lambat mengetahui tentang kewujudan Public Gold ini. Jika tidak Hans yakin jumlah simpanan emas Hans pasti semakin banyak kerana Public Gold sangat memudahkan Hans menyimpan emas. Ini Hans akan kongsikan dalam artikel akan datang tentang Mudahnya Membeli Emas Dengan Public Gold.



Kepada sesiapa yang berminat untuk mula membeli dan menyimpan emas 999 dengan Public Gold, anda boleh berhubung dengan Hans melalui nombor whatsapps dibawah. Klik sahaja! Jangan malu-malu.

Whatsapps (Mohamad Hanis Dealer Aktif Public Gold - PG00263208):


7 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. mmg berbaloi2 saving emas ni..dulu beli jugak, pastu masuk hosp nak operate, jual sikit..dpt buat cover mane yang patut.. hihi

    ردحذف
  2. Betul. Emas ni, satu pelaburan. Boleh guna di waktu sesak.

    ردحذف
  3. alhamdulillah, aida dari 2015 da pun miliki dinar & gb 999.
    dah pun lebih 40g hans. ketepikan duit dan tukar kpd emas 999.
    2 je target aida utk emas 999 tu - gi haji dan pendidikan anak2.
    bila sampai waktunya, tukarkan kembali kepada ringgit malaysia.

    tahun ni, beralih membeli brg kemas 916 pulak utk diri sendiri.
    kebetulan 2 bulan lepas ada offer dari satu kedai di Melaka.
    selamat la hampir rm5k aida tukarkan menjadi brg kemas 916.

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم