Sucikan Najis Mughallazah Dengan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans sangat bersemangat untuk berkongsi dengan anda semua terutama umat Islam tentang produk terbaru dari Safi iaitu Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria yang memberikan anda solusi mudah dan pantas untuk menjalankan proses menyucikan najis mughallazah.


Produk yang telah mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dirumus dengan 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara. Ia dihasilkan di kilang Safi yang merupakan pengeluar utama produk-produk kosmetik halal dan telah diuji secara dermatologi yang dapat membantu untuk membasmi kuman.


Untuk makluman para pembaca, sertu ialah menyucikan diri daripada najis mughallazah (anjing dan khinzir serta terbitannya) yang terkena pada badan, pakaian, tempat ataupun permukaan. Ia dilakukan secara tujuh kali basuhan dengan air mutlak dan salah satunya air bercampur tanah (sebaiknya pada basuhan pertama). Berbeza dengan sertu, samak ialah menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) untuk sebarang kegunaan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain. Isu sertu seringkali menjadi permasalahan terutamanya bagi masyarakat Islam yang sering terdedah kepada najis mughallazah dan sukar mendapatkan tanah liat yang bersih dan suci. Ini menjadi dorongan bagi Safi untuk memenuhi keperluan bersuci, sebagaimana yang diwajibkan dalam agama Islam dan Safi berasa bangga untuk berada di sisi mereka kala diperlukan.




Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dapat memudahkan masyarakat Islam dalam aplikasi sertu terutamanya jika terdapat situasi yang tidak diingini atau dielakkan yang melibatkan najis mughallazah, seperti di klinik veterinar, pekerja penghantaran makanan, anggota polis skuad anjing pengesan dan anggota bomba. Kaedah mudah sertu menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Berikut adalah langkah-langkah mudah menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria:

1) Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut.

2) Basuhan pertama adalah dengan campuran sedikit Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan sehingga air menjadi keruh.

3) Selepas itu, diikuti basuhan anggota badan/tempat yang ingin disucikan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria boleh didapati dalam pek tiub 300 gram. Masyarakat Islam yang ingin melakukan proses sertu kini boleh mendapatkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di pasar raya dan pasar raya besar atau secara atas talian melalui Shopee pada harga RM15.90 sahaja.

#SafiSkrubMandianSertuAntibakteria  #SafiWashwashTanpaWasWas  #WashwashTanpaWasWas

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama