Nikmati Harga Serendah RM2.90 Dengan Aplikasi Marrybrown Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau sesiapa yang sentiasa mengikuti blog Hans pasti tahu bahawa Hans merupakan salah seorang peminat setia burger keluaran Marrybrown. Apabila Hans terlihat begitu ramai rakan berkongsi tentang aplikasi Marrybrown yang menawarkan beberapa hidangan dengan harga serendah RM1 pada minggu lepas maka Hans memang terus muat turun lah aplikasi tersebut untuk dapatkan menu-menu kegemaran Hans yang dijual disana.


Menariknya aplikasi Marrybrown ini menawarkan pelbagai menu yang boleh dilihat pada senarai great deals yang ada di aplikasi tersebut. Bukan sekadar harga jualannya murah daripada harga biasa tetapi anda boleh digunakan untuk makan di sana atau bawa pulang ke rumah


Macam Hans memang tapau bawa pulang ke rumah untuk dijadikan makanan berbuka. Antara menu yang tersenarai di dalam great deals tersebut ialah:

1) Potato Wedges
2) Onion Rings
3) Mushroom Soup
4) Chicken Nugget
5) Bubur Ayam Combo
6) MB Kiddy Meals Chicken Burger
7) Boba Tea
8) Hotouch Burger Combo
9) Cheesy Burger + Cheesy Wedges
10) Tower Burger Combo


Memang puas hati betul bila Hans dapat berbuka dengan pelbagai menu Marrybrown yang Hans suka. Untuk makluman, anda bukan sahaja boleh beli menu Marrybrown dengan harga yang murah tetapi juga boleh membuat pesanan secara secara pickup, drive through pickup atau pesanan melalui khidmat penghantaran seperti Grab Food, Food Panda atau Shopee Food.


Jadi, muat turun aplikasi Marrybrown secara percuma sekarang di https://mbapp.marrybrown.com/ dan nikmati pelbagai tawaran menarik yang tersenarai di bahagian great deals. Cara-cara untuk anda tebus menu-menu yang ditawarkan tersebut adalah seperti dibawah:

1. Buka aplikasi Marrybrown dan klik pada bahagian Deals. Kemudian klik Available Deals.

2. Klik menu yang anda ingin beli pada senarai Available Deals. Kemudian klik Redeem Now.

3. Selepas itu, anda perlu klik pada bahagian My Reward untuk lihat adakah senarai menu yang anda tebus tadi tertera di bahagian ini.

4. Kemudian klik gambar tersebut untuk dapatkan QR Code dan tunjukkan pada pekerja di bahagian kaunter untuk diimbas masuk ke dalam sistem sebelum proses pembayaran.


Mudah bukan? Hans memang sarankan untuk anda muat turun aplikasi Marrybrown ini kerana terdapat pelbagai kelebihan selain daripada tawaran harga yang murah. Antaranya ialah:

1. Kumpul mata dan tebus menu yang ditawarkan di bahagian Point Redemption.

2. Percuma seketul ayam goreng untuk penebusan kali pertama buat anda yang baru mendaftar sebagai ahli.

3. Diskaun bulan kelahiran sebanyak 40%.

4. Kemas kini promosi terbaru Marrybrown terdapat di dalam aplikasi.

5. Membuat pesanan makanan tanpa sentuhan (Contactless Ordering)


Jangan lupa untuk semak senarai cawangan Marrybrown yang menawarkan great deals ini di https://mbapp.marrybrown.com/participating-outlets sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, anda boleh layari laman sesawang dan sosial media mereka dibawah:

Laman Sesawang: 

MB App: 

Facebook: 

Instagram: 

YouTube: 

Telegram: 

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBApp

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama