Duit Syiling Peringatan Ulang Tahun LKIM Ke-50

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kepada peminat numismatik seperti Hans semestinya berasa sangat gembira apabila Bank Negara Malaysia telah pun mula mengambil tempahan para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan duit syiling peringatan Ulang Tahun LKIM Ke-50. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam satu majlis di Wisma LKIM pada 14 April 2022.

Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf)

Duit syiling ini mempunyai berat 31 gram dan diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga jualan RM253 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Duit syiling ini mempunyai berat 8.5 gram dan diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping. Sejumlah 10,000 keping telah ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk Set 2 dalam 1 untuk jualan. Set ini berharga RM308. Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian. 


INFO HARGA DAN BUTIRAN SETIAP JENIS DUIT SYILING

Duit Syiling Peringatan 50 tahun LKIM Perak Sterling Berwarna
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)

Duit Syiling Peringatan 50 tahun LKIM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)

Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)


REKA BENTUK BAHAGIAN HADAPAN DUIT SYILING

Tulisan “50 TAHUN LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA” dipaparkan pada sekeliling kiri duit syiling. Imej pada syiling itu memaparkan pemandangan dari udara seorang nelayan menarik pukatnya. Pukat yang dipenuhi dengan ikan segar dari laut biru (syiling perak sterling berwarna sahaja) melambangkan kemahiran dan pengalaman nelayan itu serta rezeki yang terdapat di perairan Malaysia.


REKA BENTUK BAHAGIAN BELAKANG DUIT SYILING

Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, disusuli dengan logo rasmi jubli emas LKIM pada bahagian tengahnya. Ukiran ombak tiga dimensi (3D) melambangkan cabaran dan peluang yang dihadapi LKIM dalam memartabatkan industri perikanan. Nilai muka “10 RINGGIT” dan “1 RINGGIT” pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.


JUALAN DUIT SYILING PERINGATAN

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan dimana setiap pembeli hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum lima duit syiling emas Nordic (B.U). Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. 

5 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم