Urusan Harian Lebih Mudah Dengan Aplikasi SemuaPay

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk perkongsian kali ini, Hans nak war-warkan satu aplikasi terbaru yang sangat menarik terutama buat anda yang gemar membeli emas, bermain permainan video mahu pun yang suka berniaga di atas talian iaitu aplikasi SemuaPay.

Mungkin ini adalah kali pertama anda mendengar tentang aplikasi SemuaPay ini tetapi untuk pengetahuan semua, aplikasi ini sebenarnya sangat unik dan menarik kerana ia betul-betul memudahkan urusan harian anda. 

APA ITU SEMUAPAY?

Untuk makluman semua, SemuaPay merupakan satu aplikasi pembayaran online yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang dihasilkan oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dan aplikasi ini bukan sekadar digunakan untuk pembayaran online sahaja tetapi turut memberi peluang kepada pengguna untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi dengan kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi ini. 


APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN SEMUAPAY?

Aplikasi SemuaPay ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. Anda hanya perlu tambah nilai di dalam walet aplikasi SemuaPay ini dan boleh terus melakukan pelbagai urusan seperti:

1) Membeli emas

2) Membayar pelbagai jenis bil bulanan seperti bil telefon, TNB, Astro dan lain-lain.

3) Anda boleh membuka e-kedai @ kedai online untuk menjual pelbagai barangan.

4) Boleh bermain serta tambah nilai akaun PUBG MOBILE anda dan pelbagai permainan video online lain yang cukup menarik.

5) Membeli data internet atau membayar prabayar telefon anda dengan mudah.

6) Menjana pendapatan sampingan dengan menyelesaikan tugasan-tugasan mudah yang ada di bahagian butang Viral.

7) Pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan melalui aplikasi SemuaPay.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAFTAR AKAUN SEMUAPAY SEBAGAI PENGGUNA?

Cara untuk mendaftar juga sangat mudah. Hanya dengan pembayaran serendah RM10 seumur hidup, anda sudah boleh menggunakan aplikasi SemuaPay tanpa perlu risau untuk memperbaharui akaun anda. Klik SemuaPay untuk daftar akaun anda. 

Anda hanya perlu muat turun aplikasi SemuaPay dan ikut sahaja arahan yang telah tersedia seperti mengisi nama, nombor telefon dan email. 

Kemudian pilih pakej keahlian sebagai pengguna dimana anda boleh memilih antara satu daripada empat pilihan yang tersedia iaitu Pakej Keahlian, Pengguna, Komuniti Usahawan dan VIP.

Seterusnya anda hanya perlu menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi ini dengan gembira kerana pilihan yang anda lakukan sememangnya bijak dan berbaloi.


APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI SEMUAPAY INI?

Apa yang lebih menarik perhatian Hans ialah setiap urusan pembelian dan pembayaran menggunakan aplikasi SemuaPay ini akan memberikan anda pulangan semula wang tunai atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai cashback. Memang seronok sangat kerana anda boleh mengumpul rebat yang anda peroleh dan ianya boleh digunakan untuk membayar bil-bil yang akan datang. Jimatkan?

SemuaPay juga turut melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022 yang merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. Bagi Hans usaha ini memang bagus kerana ia membantu pengguna untuk menjana pendapatan sampingan dengan mudah.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM1,000,000 yang ditawarkan kepada pemenang pada setiap bulan mengikut jumlah mata ganjaran yang terkumpul. Lebih membuatkan Hans teruja ialah pengguna aplikasi SemuaPay juga boleh menebus emas juga sebagai ganjaran. Memang terbaik!


Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Muat turun sekarang aplikasi SemuaPay di telefon pintar anda untuk memastikan urusan harian anda menjadi lebih mudah. Untung-untung menang pelbagai hadiah menarik kan? Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman sosial media SemuaPay seperti yang Hans kongsikan dibawah ini:

Laman Sesawang:

Facebook:

Instagram: 

#SemuaPay  #Gold  #Cashback  #PUBGMOBILE 

38 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. mantap apps makin memudahkan

    BalasPadam
  2. Ok, nanti I nak download

    BalasPadam
  3. Senang betul dalam satu apps macam² kita boleh buat. Best².. nak try download la macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. download cepat-cepat yer. macam-macam function ada

      Padam
  4. Memang mudah merangkumi semua. Best sangat.

    BalasPadam
  5. Mudah betul kalau ada semua pay ni kan

    BalasPadam
  6. Menarik betul aplikasi SemuaPay ni, zumal pun nak install juga la...

    BalasPadam
  7. Macam2 apps dah sekarang. Blh beli emas lg tu.

    BalasPadam
  8. Menarik ni...bab memudahkan ni kakak suka...

    BalasPadam
  9. Wow..ada cashback! Okay, sis nak download. Senang lah..satu apps je banyak benda boleh settle.

    BalasPadam
  10. Wah. Nampak dia cover semua utiliti... Senang la macam ni.. 👍

    BalasPadam
  11. Menariknya aplikasi SemuaPay ni.. macam2 aktiviti boleh dilakukan

    BalasPadam
  12. Mudah bila guna app macam ni..cepat kerja..siap ada cashback lagi

    BalasPadam
  13. senang ada apps camni maklumlah
    semuanya bayar online je sekarang nie.

    BalasPadam
  14. Menarik apps gini . senang nak buat payment . siap ada cashback . search jap

    BalasPadam
  15. Menarik ni ada cashback. Itu yg kita cari

    BalasPadam
  16. My friends also using this app, memang mudah dan secure

    BalasPadam
  17. Mantap..semua dalam satu..terbaik 👍👍😀

    BalasPadam
  18. Menarik ni! Semua dalam satu. Ada peluang menang emas juga

    BalasPadam
  19. Apps macam ni memudahkan semua urusan..nanti nak cuba guna juga ni..thanks share😊

    BalasPadam
  20. Wow.. aplikasi yang cukup memudahkan kehidupan.. yang tak tahan tue boleh beli emas🤩

    BalasPadam
  21. Sekarang semua Di hujung jari. Akan Cuba application ni nnt

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama