Majlis Pelancaran Program Zero2Hero Dan Perasmian Kelab Agrotani Lembah Subang 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, pada 10 September 2022 bersamaan hari Sabtu yang lepas, Hans berkesempatan menghadiri majlis Perasmian Kelab Agrotani Lembah Subang 2 dan Pelancaran Program "Zero2Hero" yang dirasmikan oleh YB Juwairiya Zulkifli bertempat di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, Selangor.


YB Juwairiya Zulkifli merupakan Setiausaha Politik kepada Dato Menteri Besar Selangor dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan berkongsi pelbagai info menarik buat rakyat Selangor. Antaranya ialah Pakej Kita Selangor 2.0 yang baru-baru ini telah diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar sebanyak RM551.56 juta dan telah diperuntukkan dalam 3 strategi utama iaitu:

Strategi 1 - Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat

Strategi 2 - Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi Usahawan di Selangor

Strategi 3 - Kawalan Kesihatan mengekang penularan wabak.


Apa yang menarik perhatian Hans ialah berkenaan Strategi 2 yang bertujuan untuk membantu Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi Usahawan di Selangor melalui:

1) RM10 juta bagi Program Jaminan Bekalan dengan sasaran melahirkan 1000 Agropreneur dalam tempoh 5 tahun akan datang.

2) RM1.5 juta bagi Program Agro Prihatin bagi manfaat kepada 200 orang Penternak dan Petani.

3) RM1.93 juta bagi Program peningkatan hasil meliputi Pengeluaran Produk Proses Baharu

4) RM80 juta Pinjaman Hijrah Selangor bagi membantu 80,000 usahawan melalui modal awalan


Selain itu, rakyat Selangor juga akan turut dibantu oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri melalui program Jelajah Ehsan Rakyat ke seluruh negeri bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan pada harga yang murah. Jualan ihsan rakyat melalui 6 produk utama dengan harga 30 peratus lebih murah akan berlangsung selama 3 bulan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negeri Selangor. Untuk mengetahui lokasi jualan ihsan rakyat, anda boleh melihatnya di laman Facebook PKPS.


Jadi, Penubuhan Kelab Agrotani dan Kebun Komuniti merupakan satu langkah awal untuk memberi bimbingan dan latihan kepada mereka yang berminat sebelum menceburi industri pertanian yang lebih besar. Secara tidak langsung, ekonomi penduduk dapat dijana, pendapatan mereka juga bertambah dan membantu merancakkan sektor ekonomi Selangor. Mengikut maklumat yang Hans terima, kelab ini sebenarnya tidak aktif buat sementara waktu iaitu sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP). Jadi, mulai sekarang mereka akan memastikan ahli kelab mampu menjadi antara 30 ahli usahawan tani dengan menghasillan produk tani dan memberi manfaat kepada penduduk sekitar. Hasil pertanian dari Kebun Komuniti ini akan dijadikan Produk Komersial Makanan Retort dan dijual di pasaran.


Pada majlis yang sama turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Kelab Agrotani Lembah Subang 2 bersama Syarikat Korporat RBLION Sdn. Bhd. bagi Pembangunan Keusahawan dan Pengkormersialan Produk Makanan melalui kaedah Retort. Pihak mereka akan membantu peserta untuk menghasilkan produk yang tahan lama sehingga 2 tahun dengan harga yang murah dan memberi pulangan yang tinggi agar dapat memajukan kelab dan penduduk. Sasaran awal pengeluaran mereka ialah sebanyak 400 paket sehari. Bantuan lain seperti baja, teknologi, latihan dan makmal juga turut disediakan agar masing-masing boleh menimba ilmu untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. 


Selain itu, majlis turut menyaksikan sumbangan 200 pek makanan, beras dan barang dapur yang diagihkan kepada 200 penduduk disini untuk membantu meringankan beban hidup mereka.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama