Bob Rock Clothing Tampil Dengan Koleksi Bahamas Untuk Lelaki Bersaiz Besar

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Secara jujurnya Hans mengenali dan mempunyai ramai kawan lelaki yang bersaiz besar. Menurut pengamatan Hans mereka ini sering kali menolak untuk menghadiri majlis-majlis rasmi dan keraian atas sebab kesukaran untuk mendapatkan pakaian saiz besar yang sesuai digayakan dengan bentuk badan mereka atau Plus Size Fashion yang sesuai dengan bentuk badan.



Tetapi, hal tersebut tidak menjadi masalah pada waktu sekarang kerana Hans mempunyai solusinya untuk menyelesaikan masalah mereka dan juga para pembaca khususnya lelaki yang bersaiz besar. Hans telah mengetahui tentang satu laman sesawang bernama Bob Rock Clothing (BRC) yang merupakan entiti perniagaan Plus Size Clothing Online Malaysia dan menawarkan Men’s Plus Size Clothing secara dalam talian.


Untuk anda yang baru tahu tentang kewujudan tentang Bob Rock Clothing (BRC) ini, mereka merupakan sebuah kedai baju saiz besar lelaki yang semestinya menawarkan pakaian saiz besar lelaki sebagai pilihan buat para lelaki untuk bergaya.


Buat para lelaki yang bersaiz besar, anda tidak perlu risau lagi memikirkan tentang pakaian baru anda kerana anda masih boleh bergaya dengan pakaian yang cantik dan selesa melalui koleksi terbaru daripada Bob Rock Clothing (BRC) iaitu Bahamas Collection


Koleksi terbaru ini menawarkan tema yang sama seperti Baju Hawaiian, Baju Pantai, Baju Aloha dan Baju Resort dan ditawarkan dengan harga yang sama iaitu cuma RM109 sahaja. Setiap jenis tema pakaian juga didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu:

1) Bahamas Luke Shirt (Brown & White)


2) Bahamas Summer Shirt (Blue & Yellow)


3) Bahamas Humming Shirt (White & Black)


4) Bahamas Beach Shirt (Peach & Navy Blue)


CIRI-CIRI BAJU BOB ROCK CLOTHING (BRC)

Hans melihat kelebihan yang ada pada baju-baju yang dijual di Bob Rock Clothing (BRC) ini bukan sahaja sekadar terletak pada saiz dan harganya yang murah sahaja. Tetapi, ciri-ciri baju yang ada pada setiap koleksi BRC ini memang akan membuatkan si pemakainya berasa selesa dan lebih yakin pada penampilan diri mereka. Antara ciri-ciri baju BRC yang menarik dan anda perlu tahu ialah:

1) Baju di Bob Rock Clothing (BRC) menggunakan kain contoh Satin. Jadi, memang anda akan selesa sepanjang hari bila memakai pakaian BRC.

2) Potongan baju adalah A-Cut untuk memberi keselesaan di bahagian perut. Jadi, tak perlu nak tahan nafas atau nak cuba menyembunyikan lagi perut anda selepas ini.

3) Saiz baju di Bob Rock Clothing (BRC) terdapat dari saiz XL hingga 6XL. 

4) Baju-baju di Bob Rock Clothing (BRC) sesuai digayakan untuk sebarang majlis kasual, semi-formal atau pun sewaktu bercuti.

5) Kain yang digunakan untuk baju pula sangat ringan, lembut dan tidak mudah berkedut.

6) Masalah peluh mudah diatasi kerana pakaian BRC berfungsi untuk cepat menyerap dan mengeringkan peluh di badan.

7) BRC juga ada keluarkan pakaian untuk Hari Raya. Jadi, pakaian mereka memang sesuai untuk dipakai sewaktu Hari Raya nanti. 

8) Baju-baju BRC dihasilkan mengikut potongan orang Asia. Jadi, anda tidak perlu risau pakaian menggelebeh atau terlalu panjang seperti baju-baju bersaiz besar yang anda beli di negara Eropah kerana ketinggian mereka berbeza dengan orang Asia.


Hans ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Bob Rock Clothing kerana berjaya membantu  para lelaki Malaysia yang bersaiz besar di luar sana untuk kembali yakin bergaya dengan fesyen terbaru, moden dan versatil melalui koleksi terbaru mereka iaitu Bahamas Collection. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan pakaian pilihan anda di Bob Rock Clothing, anda boleh layari laman sesawang dibawah untuk memilih dan membuat pembelian:

Laman Sesawang Bob Rock Clothing (BRC): 

Koleksi Terbaru BRC:

Shopee:

Lazada:


Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama