The Manhattan FISH MARKET Menyambut Ramadan dan Syawal Dengan Sajian Kampung Kat Sea-Nie

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans berkesempatan berkunjung ke The Manhattan FISH MARKET sempena kempen Kampung Kat Sea-Nie yang bermula dari bulan Mac 2023 ini dimana mereka menawarkan pelbagai pilihan enak yang diinspirasikan oleh rasa tempatan untuk meraikan Ramadan dan perayaan yang akan datang ini.


The Manhattan FISH MARKET menyambut tradisi ini dengan memperkenalkan beraneka juadah makanan laut baharu untuk pelanggan menikmatinya sama ada di restoran untuk pengalaman yang istimewa, bungkus untuk dibawa pulang dan dinikmati di keselesaan rumah sendiri ataupun membuat pesanan penghantaran makanan supaya ia sampai terus ke rumah. Menu ini sesuai untuk pesanan individu, keluarga besar, dan semua saiz pesanan diantaranya.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd, Daniel Chan Lek Seong yang berharap para pelanggan dapat meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai tanpa perlu risau tentang persiapan makanan berbuka. Selain itu, beliau berharap agar ramai mencuba pilihan makanan laut terbaharu yang ditawarkan dan minuman yang enak daripada juadah Kampung Kat Sea-Nie di The Manhattan FISH MARKET.

Untuk tahun ini, The Manhattan FISH MARKET telah memperkenalkan pelbagai hidangan istimewa iaitu:


Asam Sambal Manhattan Fish ‘N Chips Alaskan Pollock
(Harga : RM36.00)
Ikan disalut tepung nipis dan digoreng hingga keemasan membuatkan setiap gigitan rangup di luar dan lembut di dalam. Dihidangkan dengan sos Asam Sambal yang dimasak bersama pes asam jawa, sos yang pedas dan masam ini amat sesuai dijadikan sos untuk mencicah. Sajian ini sesuai untuk penggemar sambal yang suka akan rasa pedas. Ia juga dihidangkan bersama kerepek.


Baked Sambal Belado Cherry Snapper
(Harga : RM35)
Dibalut dan dipanggang di dalam aluminium foil untuk memastikan aroma dan perisanya kekal supaya pelanggan dapat menikmati keenakan dalam setiap suapan. Ia disajikan dengan nasi herba bawang putih dan brokoli untuk melengkapkan sajian. Ikan Cherry Snapper dilumurkan dengan sos Sambal Belado pedas dan hangat yang dibuat oleh The Manhattan FISH MARKET sendiri dengan menggunakan campuran cili merah pedas yang ditumis, bawang merah, bawang putih, dan rempah-ratus.


Baked Whole Siakap
(Harga : RM65)
Sesuai dikongsi bersama sehingga 3 orang. Sosnya yang diinspirasikan oleh Korea mempunyai gabungan rasa pedas dan menyelerakan. Fillet ikan disapukan dengan sos merah yang enak dan dibakar hingga empuk dan lembut. Meneruskan dengan tema makanan Korea, cendawan enoki dan kubis dibakar bersama untuk mendapatkan rasa makanan Korea yang lebih asli. Pilihan ini sempurna untuk pelanggan yang ingin mencuba gabungan makanan tempatan dan Korea.


Lychee Mint & Katira
(Harga RM12.00)
Untuk dinikmati bersama hidangan-hidangan baharu, The Manhattan FISH MARKET juga memperkenalkan dua minuman baharu. Lychee Mint ialah minuman sejuk dengan aroma pudina, limau nipis, dan sirap laici yang memberikan sedikit rasa manis. Minuman ini sesuai untuk berbuka puasa di bulan Ramadan kerana ia menyegarkan dan tidak begitu berkarbonat. Untuk rasa yang lebih lokal, pelanggan boleh mencuba Katira, minuman berperisa pandan yang diperkaya dengan sirap pandan The Manhattan FISH MARKET bersama biji selasih dan susu sejat. Minuman ini mempunyai penampilan yang khas dan memberikan rasa susu selepas setiap hirupan.


Set menu kombo juga tersedia untuk kumpulan pelanggan yang lebih besar. Untuk masa terhad sahaja, pelanggan boleh mencuba Platter Berdua untuk 2 orang, Makan Bersama Platter untuk 4 orang dan Makan Beramai Platter untuk 6 orang. Menu Kampung Kat Sea-Nie boleh didapati di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET bermula 6 Mac sehingga 21 Mei 2023.


Pesanan penghantaran makanan juga terdapat di GrabFood, foodpanda dan ShopeeFood serta boleh dibungkus tanpa sentuhan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang dan media sosial seperti dibawah :

Laman Sesawang:

Instagram:

Facebook:

#MFMWithYou  #TheManhattanFISHMARKET  #MFMMY  #KampungKatSeaNie

1 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. menarik harga promosi ni, boleh laa nanti kak ana pii try :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama