Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini, Texas Chicken Malaysia telah mengembalikan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat untuk jangka masa terhad sempena Ramadan dan Syawal kali ini. Menu hebat ini kembali semula atas permintaan tinggi pelanggan pada setiap tahun sejak gandingan popular ini mula diperkenalkan empat tahun yang lalu.


Kehangatan Ayam 8 Lada ini pasti menambat rasa dengan salutan unik dan lazat gabungan lapan jenis lada iaitu lada hijau Thai, lada merah, lada hitam, jalapeno, chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho. Pilihan hangat untuk yang berani mencuba dan semestinya sukakan rasa pedas yang menyengat! 

Sempena musim perayaan tahun ini, Texas Chicken juga memperkenalkan set Sampul Duit Raya dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam. Set sampul Raya ini diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan syarat pembelian yang ditetapkan.

Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Tham Yue Foon menyatakan Texas Chicken Malaysia sentiasa mendengar permintaan pelanggan kerana sokongan mereka penting untuk Texas chicken  terus berkembang. Memandangkan Ayam 8 Lada merupakan pilihan kegemaran rakyat Malaysia, Texas Chicken malaysia  memutuskan untuk mengembalikan tawaran masa terhad ini sempena Ramadan dan Hari Raya selain promosi dan diskaun sedia ada untuk dinikmati semua. Selain itu, sempena bulan Ramadan yang mulia, Texas Chicken Malaysia turut menyumbang kepada masyarakat dengan membekalkan 1,500 hidangan Texas Chicken yang disediakan segar kepada rumah kebajikan dan masjid serta surau terpilih di sekitar restoran untuk buka puasa dan moreh.

Menu Rahmah Texas Chicken

Texas Chicken turut memperkenalkan kombo Menu Rahmah pada 7 Mac 2023 yang boleh didapati setiap hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang dalam menyahut usaha kerajaan Malaysia menurunkan kos sara hidup dengan menawarkan hidangan lengkap pada harga RM5.

Sempena bulan puasa, Texas Chicken akan menawarkan Menu Rahmah dari 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari di hampir 90 cawangan Texas Chicken seluruh negara. Di samping itu, dalam kerjasama eksklusif dengan rakan penghantaran makanan, Menu Rahmah juga boleh didapati melalui foodpanda sepanjang Ramadan.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama