Teater Purbawara ‘Batu Belah’

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Siapa disini minat menonton teater? Kali ini Hans ingin kongsikan info berkenaana Teater Purbawara ‘Batu Belah’ yang bakal dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 11 sehingga 13 Ogos 2023.


Persembahan teater yang penuh dengan tradisi melayu ini akan menampilkan nyanyian gurindam, seni silat, tarian tradisional, terdapat unsur kekaguman dan aksi semuanya di bawah satu pentas.


Untuk makluman semua, Batu Belah mengisahkan satu keluarga yang tidak punya apa-apa, ayah meninggal dan ibu merajuk lari hingga ditelan batu, semuanya kerana keperluan keluarga dalam serba kekurangan. Percayalah kerana ketentuan Allah yang berkuasa, akhirnya siapa sangka keterlantaran adik dan kakak ke Desa Kerayong, dibela oleh seorang nenek dari kecil hingga dewasa dan dibawa TUAH seekor ayam jantan seseorang dapat bertakhta sebagai raja muda seterusnya berkahwin dengan seorang puteri jelita?


Dalam dunia yang dipinjamkan buat sementara, berleluasa sifat dengki dan tamak dan inilah yang merosakkan kestabilan sesebuah Negeri. Bagaimana mungkin, dapat diyakinkan segala yang buruk ada nohtahnya. Lantas, ‘Batu Belah’ mengajak semua kanak-kanak, para remaja, pemimpin keluarga dan para pemimpin mengambil pengajaran melalui kisah duka dan indah ini.


Menarik bukan? Teater ini menampilkan pelakon popular Datuk Jalaluddin Hassan, Zack Kool, Lan Zailan serta pempegaruh terkenal Pangiran Aduka dan ramai lagi. Tiket pula dijual pada harga RM25 sahaja. Sebarang maklumat atau pertayaan boleh terus hubungi media sosial rasmi mereka iaitu:


Instagram:

Facebook:

Telefon:
0125550170 (Ika Angah)

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama