Bufet Ramadan 2024 : Berbuka Puasa Ditemani Haiwan Comel Di D'Pine Loghouse @ Farm in The City

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik dan lazat yang anda boleh cuba untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan tahun ini iaitu di D'Pine Loghouse @ Farm in The City yang berkonsepkan kampung dan ditemani oleh haiwan-haiwan comel yang berada di dalam Farm in The City yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. 

BUFET RAMADAN 
D'PINE LOG HOUSE 
FARM IN THE CITY

Alamat:
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Tarikh:
13 Mac 2024 - 7 April 2024

Harga Promosi Early Bird:
RM88 (Dewasa)
RM55 (Kanak-Kanak)
*Tawaran Sah Sehingga 20/03/2024

Harga Asal:
RM98 (Dewasa)
RM58 (Kanak-Kanak)

Untuk Tempahan:
+60389413099

Instagram:
@farminthecity 

Menariknya disini kerana terdapat lebih 88 juadah yang anda boleh cuba. Antara yang menarik adalah seperti Kerabu Pucuk Paku, Ayam Bakar, Sotong Salted Egg, Daging Salai Masak Lemak dan Bihun Sup. Selain itu, anda juga boleh menu-menu lain yang tidak kurang hebatnya disini seperti kambing grill, shellout, gulai daging, dan pelbagai lagi yang menarik. 

GULAI DAGING KAWAH
KERABU
AYAM BALADO
PULUT KUNING
ANEKA PENCUCI MULUT
AYAM PANDAN THAI
SHELLOUT 
KAMBING PANGGANG
ROTI JOHN
ASAM PEDAS PARI
AYAM BAKAR
ANEKA BUAH-BUAHAN

Seperti yang Hans kongsikan, suasana berbuka disini akan mengingatkan anda kepada kampung halaman. Lebih menarik kerana berdekatan dengan tempat makan ini terdapat Farm In The City yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan comel yang pastinya menghiburkan pencinta haiwan serta anak-anak kecil yang pastinya teruja dapat bermanja dengan haiwan-haiwan yang jinak. 



Jadi, kini pihak mereka sedang menjalankan beberapa promosi yang sangat menarik iaitu:

✅Beli pakej Buffet 1 pax dan anda akan menerima baucar tiket masuk Farm In The City dimana jika anda beli 1 tiket dan anda akan menerima PERCUMA 1 TIKET.

✅Beli 10 pax Buffet dan anda akan menerima 1 pax Buffet secara PERCUMA. 


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menempah bufet ramadan di D'Pine Loghouse @ Farm in The City sekarang. Hans jamin anda pasti puas hati berbuka disini bersama keluarga tersayang! Selamat berbuka dan menjamu selera di sini pada bulan Ramadan nanti.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama