Koleksi Ekslusif Kurta Raya Saiz Besar 2024 Keluaran BOBROCK Clothing (BRC)

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan Men’s Plus Size Clothing atau baju bersaiz besar yang sangat sesuai untuk para lelaki bersaiz comel di Malaysia ini. Maklum sahaja lah, kebiasaannya baju kurta yang dijual kini kebanyakkan untuk lelaki-lelaki yang saiz badan mereka kurus. Jadi, usaha yang dilakukan oleh butik yang cukup ekslusif iaitu BOBROCK Clothing (BRC) yang berani mengambil inisiatif menjual baju kurta Plus Size Fashion untuk lelaki yang bersaiz besar bermula daripada saiz XL sehingga 6XL wajar diberi pujian. Jadi, boleh lah para lelaki yang bersaiz comel ini bergaya sakan pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana terdapat 4 jenis kurta lelaki plus size yang anda boleh beli dan gayakan nanti.

PLUS SIZE KURTA ADAM 3.0 


Koleksi kurta terkini yang Hans cadangkan untuk para lelaki sekalian cuba adalah Plus Size Kurta Adam 3.0. yang sangat cantik ini. Material Oxford-Cotton yang digunakan memang sangat berkualiti kerana membuatkan si pemakai berasa tidak panas. Hans faham kerana selalunya lelaki yang bersaiz besar memang mudah berpeluh. Jadi, kalian tidak perlu risau kerana material kainnya sangat mesra menyerap peluh.



Pakaian saiz besar lelaki ini didatangkan dengan saiz bermula XL sehingga 6XL. Menampilkan kolar cekak musang tradisional yang terletak elok di bahagian leher. Lebih menarik kerana anda boleh kancing butang kurta ini sehingga habis tanpa rasa ketat. Memang cukup selesa kerana kurta ini membuatkan si pemakai mudah untuk bernafas kerana kainnya yang tidak berat! Kurta Adam 3.0 yang didatangkan dengan lengan panjang ini turut menawarkan enam pilihan warna yang menarik untuk si jejaka iaitu Hitam, Putih, Ungu, Hijau Pine, Royal Blue dan Pink Berry. 


Bermula daripada harga RM159 sehingga RM179, Hans pasti si pemakai akan tampil segak bergaya kerana jahitan Kurta Adam 3.0 kali ini lebih tersusun, kemas dan semestinya tahan lasak. Dengan keistimewaan yang ada pada kurta ini tidak hairan lah jika Hans katakan si pemakai akan lebih selesa untuk berhari raya seharian walaupun kerap berubah lokasi kunjungan nanti.


PLUS SIZE KURTA TELUK BELANGA 2.0


Tetapi, Hans faham memang ada juga sebahagian yang tidak menggemari pakaian yang berkolar. Jadi, jangan risau kerana anda boleh mencuba Kurta Teluk Belanga 2.0 ini. Pilihan warna juga banyak dan menarik. Antara warna yang ditawarkan untuk Kurta Teluk Belanga kali ini ialah warna Coklat, Navy Blue, Grey Pewter, Hitam, Putih dan Maroon. 


Kurta saiz besar ini dijual dengan harga RM149 sehingga RM169, Kurta Teluk Belanga ini menampilkan 2 poket di kiri dan kanan yang sangat membantu untuk anda meletakkan barang-barang asas seperti kunci, telefon dan sebagainya. Keselesaan memakai kurta ini juga terjamin kerana penggunaan material Oxford-Cotton yang memberi keselesaan kepada si pemakai yang akan sentiasa berasa sejuk kerana material ini cepat menyerap dan mengeringkan peluh di badan.



PLUS SIZE KURTA EUSOF


Antara yang menarik juga untuk tahun 2024 ini kerana BOBROCK Clothing (BRC) turut menawarkan rekaan kurta baharu iaitu Plus Size Kurta Eusof. Didatangkan dengan pilihan warna yang ‘trendy’ seperti Burgundy, Biru Muda, Putih, Hitam, Ungu Muda, Navy blue dan Hijau Zaitun. Menggunakan fabrik Cotton Satin yang berkilat membuatkan kurta ini tampak lebih elegan dan ‘classy’. Semestinya sangat sesuai buat anda terutama mereka yang kerap menghadiri acara-acara keramaian di luar sana.


Bermula daripada harga RM129 sehingga RM149, jahitan pada kurta ini juga sangat kemas, tersusun dan sekata di dalam dan luar baju. Kolar kurta ini juga tidak mencekik leher si pemakai dan kelihatan sangat kemas apabila memakainya. Lenih menarik kerana bahagian lengan menutup siku untuk membuatkan pemakai kelihatan lebih bergaya. Selain itu, kurta ini turut menampilkan ‘Curved hemline’ yang memberi keselesaan kepada si pemakai serta memberi imej lebih kemas dan cantik. Terdapat dua poket sisi dengan ruang seluk yang luas dan selesa yang pastinya membuatkan anda tampil lebih kacak.


KURTA PRINTED (3 DESIGN)

Cuma Hans yakin pasti ada yang ingin tampil lebih berani yang kurta yang mempunyai corak yang menawan. Jangan risau kerana BOBROCK Clothing memahami jiwa dan kehendak anda sehingga mereka mengeluarkan Kurta Printed 3 Design yang versatil in iaitu Kurta Dharma, Kurta Nadeem dan Kurta Paisley. Menggunakan material Japanese Cotton yang lebih berkualiti tinggi dengan satu poket dada di bahagian dada, Hans pasti si pemakai akan kelihatan lebih menyerlah dan ceria.

Kurta Dharma

Kurta Nadeem

Kurta Paisley

Jadi, kini saiz badan yang besar bukan lagi penghalang buat jejaka comel yang bersaiz besar untuk tampil lebih kemas dan bergaya di Hari Raya atau sebarang majlis keramaian dengan baju raya plus size keluaran kedai baju saiz besar lelaki iaitu BOBROCK Clothing.  Buat anda yang berminat untuk mendapatkan baju raya saiz besar iaitu 4 jenis kurta yang ditawarkan oleh BOBROCK Clothing ini, anda boleh layari laman sosial mereka seperti di bawah:

Facebook: 

Instagram: 

TikTok: 

Laman web: 



Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama