Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, 31 Ogos lalu telah menjadi satu lagi tarikh penuh makna apabila FlyHigh Education Centre menganjurkan siri Jelajah PKSK di Shah Alam. Lebih istimewa, sesi ini turut disertai oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan pertama Malaysia dan menjadi inspirasi jutaan rakyat tidak mengira peringkat umur.
Bersama barisan Guru Ikon FlyHigh, pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 telah dibimbing secara dekat tentang teknik menjawab, strategi pantas, serta persediaan PKSK 2025. Hans melihat ramai ibu bapa menarik nafas lega kerana melalui bengkel ini mereka mendapati anak masing-masing bukan sahaja lebih faham tentang format ujian terkini malah mereka semakin yakin dengan keupayaan diri sendiri.
Bengkel ini bukan sekadar kelas biasa. Sebaliknya padat dengan aktiviti, latihan simulasi, perkongsian strategi serta suntikan motivasi untuk para pelajar. Antara isi penting yang dipelajari ialah:
- Teknik Menjawab Soalan PKSK – mengenal pasti kata kunci & menjawab dengan pantas
- Strategi KBAT – cara berkesan mengurus soalan aras tinggi tanpa panik.
- Format PKSK 2025 – pendedahan format terkini agar pelajar tidak ketinggalan.
- Simulasi Ujian – pengalaman sebenar menjawab soalan seolah-olah PKSK sebenar.
- Motivasi & Keyakinan Diri – inspirasi daripada Dato’ Sheikh Muszaphar yang membangkitkan semangat pelajar.
Ramai ibu bapa memberi maklum balas positif. Ada yang berkata anak mereka pulang dengan wajah ceria, lebih berdisiplin, malah sudah mula membuat ulang kaji tanpa disuruh. Salah seorang ibu peserta Bengkel PKSK 2025, Dr. Syaza menjelaskan yang dia sangat bersyukur kerana adanya FlyHigh yang boleh menerangkan dengan jelas kerana beliau sendiri tidak arif dengan format PKSK. Kini dia yakin bahawa anaknya telah bersedia.
Kenapa PKSK Sangat Penting?
Ramai yang mungkin belum sedar bahawa PKSK adalah pintu masuk utama ke sekolah berprestij seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Tanpa persediaan, ramai pelajar yang sebenarnya cemerlang dalam akademik boleh gugup ketika menghadapi ujian ini. PKSK bukan sahaja menguji pengetahuan, tetapi juga cara berfikir, pengurusan masa, kreativiti dan keyakinan diri.
Sebab itu, FlyHigh komited menganjurkan bengkel PKSK supaya anak-anak benar-benar bersedia, bukan sekadar “main cuba nasib”!
Datang Lagi Ke Terengganu!
Selepas kejayaan di Shah Alam, ramai ibu bapa di Pantai Timur meminta agar bengkel ini kembali diadakan semula disana. Jadi, atas permintaan ramai maka FlyHigh membawakan khas buat mereka yang berada di Terengganu:
* Bengkel Semuka PKSK Terengganu
* 14 September 2025 (Ahad)
* 8.00 pagi – 6.00 petang
* MRSM Kuala Terengganu
* Yuran: RM199 sahaja
Apa Yang Anak Anda Akan Dapat di Terengganu?
Isi kandungan dipadatkan lagi! Antara fokus utama:
- Analisis Soalan Terkini – contoh soalan realistik berdasarkan trend PKSK.
- Teknik Mudah & Pantas – cara menjawab sistematik tanpa membuang masa.
- Tips Temuduga SBP/MRSM – persediaan tambahan untuk sesi temuduga.
- Bimbingan Intensif – guru Ikon FlyHigh pakar dalam PKSK & persediaan SBP/MRSM.
- Aktiviti Motivasi – suntikan semangat untuk terus berusaha.
Kenapa Bengkel Ini Sangat ‘Rare’?
✅ Simulasi sebenar PKSK
✅ Bimbingan terus daripada guru berpengalaman
✅ Anak-anak dilatih untuk berfikir di luar kotak
✅ Tempat TERHAD – hanya pelajar terpilih dapat peluang ini
PKSK hanya sekali untuk pelajar Tahun 6. Keputusan inilah yang menentukan laluan ke sekolah menengah elit.
Daftar Sekarang – Slot Terhad!
PKSK 2025 semakin hampir. Jangan tunggu saat akhir – sediakan payung sebelum hujan.
Daftar segera sebelum slot penuh:
Wasap.my/60105093732
Wasap.my/60105403732
Wasap.my/60108158408
Wasap.my/60103023750
Peluang Terbaik Anak Kejar Impian
Setiap anak mempunyai potensi yang besar. Dengan bimbingan yang betul, persediaan rapi, dan motivasi yang kuat, mereka bukan sahaja mampu berjaya dalam PKSK malah berpeluang menempatkan diri di sekolah berprestij yang menjadi idaman ramai. Jadi, buat para ibu bapa di Terengganu, inilah peluang terbaik untuk membantu anak-anak anda. Jumpa anda semua di MRSM Kuala Terengganu pada14 September 2025!
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com