Menyebut sahaja slogan ikonik “Terlajak Laris”, sudah pasti jenama D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenama tempatan yang diasaskan oleh usahawan selebriti tersohor, Dato’ Sri Aliff Syukri ini telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri kecantikan dan kesihatan sejak hampir dua dekad lalu. Setelah lebih 10 tahun beroperasi di Persiaran Prestij, Kota Damansara, Wisma D’Herbs kini tampil dengan wajah baharu yang lebih moden, eksklusif dan mesra pelanggan.
Selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan pengguna, Wisma D’Herbs telah melalui proses pengubahsuaian menyeluruh dengan konsep butik yang lebih luas dan tersusun, sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan menyeronokkan. Ruang butik yang sebelum ini hanya tertumpu kepada satu seksyen khas kini telah diubah suai menyerupai sebuah ekspo mini, membolehkan pelanggan melihat dan mencuba pelbagai rangkaian produk D’Herbs dalam suasana yang lebih kondusif.
Bukan sekadar pusat jualan, Wisma D’Herbs berwajah baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti ruang solat yang selesa, kafe mini, ruang permainan kanak-kanak, serta kawasan rehat lengkap dengan sofa untuk keselesaan pengunjung. Kesemua kemudahan ini disediakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat, sama ada seisi keluarga mahupun pelanggan individu, dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang menyenangkan.
Menurut Pengarah Urusan D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Aliff Syukri, pembaharuan Wisma D’Herbs ini bukan sahaja bertujuan memastikan jenama D’Herbs kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran yang semakin mencabar, malah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong perniagaan D’Herbs sejak penubuhannya hampir 20 tahun lalu.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif D’Herbs Holdings, Datin Sri Nur Shahida berkata, sempena pelancaran rasmi Wisma D’Herbs berwajah baharu pada 31 Januari, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang khas buat para pengunjung. Antaranya termasuk Jualan Lelong Harga Runtuh, Pertandingan Mewarna dan Bouncing Castle untuk kanak-kanak, Pertandingan Berhias, serta Pertandingan Makan Kuaci Terpantas yang pastinya mencuit perhatian pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.
Majlis pelancaran ini turut akan diserikan dengan kehadiran duta beg AS iaitu Izara Aishah dan Sally Whoo, selain penampilan istimewa artis jemputan seperti Amelina dan Sherry Alhadad yang dijangka memeriahkan suasana. Sebagai penghargaan kepada pelanggan, 100 pembeli terawal akan menerima goodies bag misteri eksklusif. Selain itu, pengunjung yang membuat pembelian bernilai RM300 dalam satu resit akan menerima cenderamata khas berupa payung D’Herbs. Manakala pembelian minimum RM200 dalam satu resit pula melayakkan pelanggan untuk menyertai putaran ‘lucky wheel’ serta cabutan bertuah yang turut disediakan sepanjang hari pelancaran.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pelancaran Wisma D’Herbs berwajah baharu yang akan berlangsung pada 31 Januari (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam di Persiaran Prestij, Kota Damansara. Pelancaran ini merupakan julung kali diadakan dengan skala sebegini dan dijangka memberikan pengalaman membeli-belah yang unik serta mengujakan kepada para pengunjung.
Kemuncak majlis pelancaran akan berlangsung pada jam 5.50 petang bagi sesi perasmian rasmi Wisma D’Herbs, manakala pada jam 8.00 malam, acara cabutan bertuah utama berupa sebuah Perodua Bezza akan disempurnakan oleh Izara Aishah khas buat pelanggan yang telah membeli koleksi beg AS sebelum ini.






Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com