Lokasi Sarapan Makanan Pantai Timur Di Grannies Kiosk Melawati

Kalau anda sukakan kelazatan makanan sarapan pagi dari Pantai Timur pasti anda akan suka bila berkunjung ke Grannies yang telah membuka kiosk sulungnya di Restoran Mak Lang yang terletak berdekatan dengan Melawati Mall di Melawati.


Grannies Kiosk Melawati
📍Restoran Sajian Mak Lang,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
(Berdekatan Melawati Mall)

🕖 Waktu Operasi:
7 pagi – 12 tengah hari (setiap hari)

📞 Katering / Tempahan: 
013-9075199


Sebenarnya, Grannies ini bukan sebuah jenama kedai makan yang baru. Ramai orang terutamanya sekitar Kuala Lumpur telah mengenali jenama ini yang sudah bertahan hampir 8 tahun sejak tahun 2018 dimana sebelum ini makanan-makanan mereka boleh dibeli di lebih 20 kafe dan restoran sekitar Lembah Klang seperti di La Cucur dan Kueh Cafe.


Nak tahu sedap tak sedap, lihat sahaja kepada orang-orang kenamaan serta selebriti terkenal Malaysia yang memang menggemari juadah disini seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Neelofa.



Hans berkesempatan bersarapan di Grannies Kiosk Melawati dan semestinya pelbagai menu sarapan gaya Pantai Timur dijual disini seperti:
✅️ Nasi Dagang Ikan
✅️ Nasi Pulut Rendang Daging
✅️ Nasi Lemak Sambal Ikan
✅️ Nasi Goreng Ikan
✅️ Laksa Kuah Putih
✅️ Laksa Kuah Merah
✅️ Pulut Lepa (Pulut Panggang)
✅️ Pulut Tapai
✅️ Keropok Lekor
✅️ Pelbagai Lagi Makanan Lain


Sempena Grannies Makan Makan Fiesta, Hans turut terlibat di dalam sesi DIY Your Nasi Dagang Platter yang melibatkan blogger, media dan KOL yang hadir. Diberi masa selama 20 minit untuk menghasilkan platter nasi dagang paling kreatif menggunakan pilihan lauk serta hiasan yang disediakan oleh Grannies, sememangnya aktiviti ini sangat menghiburkan.


Grannies Kiosk Melawati menawarkan ruang makan yang luas, selesa dan bersih. Tempat ini juga mesra OKU dimana laluan ramp disediakan untuk memudahkan mereka yang menggunakan stroller dan kerusi roda untuk datang makan disini. Kemudahan parkir kereta pun banyak dan luas.


Selain makan disini atau bungkus untuk makan di rumah, Grannies turut menyediakan servis katering untuk pelbagai jenis majlis seperti:
• Parti Hari Lahir
• Gathering
• Majlis Pejabat
• Hi-tea
• Hari Keluarga


Jadi, kalau ada sesiapa selepas ini yang rindu nak makan Nasi Dagang yang memang asli dari Terengganu atau menu-menu Pantai Timur yang lain, tak perlu susah-susah nak ke Terengganu atau Kelantan. Datang sahaja ke Grannies Kiosk Melawati.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama