Isnin, 23 Jun 2008

Insiden Hari Ini Ditempat Kerjaku!!

Hari ini aku punyalah berdebar-debar nak bagi surat berhenti kerja.
Sampai jer dekat department toy's, aku tanya Kak Yati nampak personal(tauke cina kerek tuh) tak?
Dia kata ada dalam bilik..Aku risau tul nak bagi "surat cinta" aku nih dekat dia.. Selepas aku dah memberanikan diri, aku pun melangkahlah pergi kebiliknya dengan penuh yakin.
Sekali dia takder plak dah dalam bilik dia...haih...tension tul aku...aku baru nak berani dia pula xder dalam bilik....adess!!

Kali kedua aku pegi bilik dia selepas sekali lagi memberanikan diri aku...dia ada tapi dalam bilik dia ada boss paling tinggi dekat situ dengan abang wan.....
Hish,aku xleh jumpalah kang diorang tau aku berhenti mesti kecoh satu pasaraya tu...
Lepas tu aku nampak abang Wan keluar...so aku masuk buat kali ketiga....ada lagi boss tu...aku xkira...aku dengan berani mati dan tanpa segan silunya pun ketuk pintu...Tauke cina tu tanya," U ada apa nak jumpa I?"
Aku baru keluarkan surat dari poket tetiba dia terkejut," Aiya, asal U mau stop kerja?"
Aku nak tergelak pun ada. Macam dia dah tahu jer kalau keluar surat tu tanda nak berhenti lah tu.
So, aku cakaplah aku nak sambung belajar(padahal dah nak masuk semester 4 dah pun). Lepas tu dia dengan muka agak kecewa pun benarkanlah tapi dia tanya aku nak berhenti lepas check stock atau sebelum tu. Aku cakap lepas check stock. So, dia kata okay!

Lepas aku keluar tu, Boss yang paling atas dekat situ datang sembang dengan aku. Dia tanya dapat sambung study dkt mana lah. Macam-macam. Lepas tu dia pujilah sebab aku nak sambung study. Sedih jer dia berlalu pergi meninggalkanku menjaga bahagian stationery. Haha3!
Rasa kerugianlah tu sebab aku antara pekerja rajin yang berdedikasi(xpernah lewat datang dan balik).Haha!

Hari nih juga semua pekerja yang parking motosikal bawah basement kena keluarkan motor masing2. Haih, nasib aku dah nak berhenti. So, dalam masa terdekat nih terpaksalah keluarkan RM1 sehari untuk parking motor aku.

Lepas tu plak aku tertinggal pula kunci motor aku dekat motosikal aku. Nasib abang yang jaga parking tu kejar aku pastu dia bagi kunci tu. Wah, sebegitu cuai rupanya aku nih hari nih. Kalau tidak nangis berlagukan pasaraya tulah sebab motorsikal aku hilang. Haha!

Apapun insiden hari nih mengajar aku bermacam-macam perkara yang akal aku pun tidak pernah memikirkan atau cuba memikirkan.

SETIAP PENGALAMAN ITU ADA HARGANYA. KITA MUNGKIN MAMPU MENDENGAR TAPI KITA TIDAK DAPAT MERASAI. APABILA MENDAPAT PELUANG MERASAI, BERSYUKURLAH KERANA KITA ADALAH ANTARA INSAN YANG TERPILIH UNTUK MERASAI PENGALAMAN ITU!

5 ulasan:

  1. haha..ceh pandai tol
    ko kelentong tauke tu..
    nak smbung blaja blik kononnya tu
    padahal nk msk sem br..
    bijak2..
    leh la ak try wat lak next sem..
    hehe..


    ~batrish~

    BalasPadam
  2. tirumacam[annyss]23 Jun 2008 1:59 PG

    aku tau dah hang tipu sunat..
    ta pe.. tau keh tu pon bukan bersunat pon...hahhahah,..cam ta de kena mengena jek..

    yeah.. ta sabau nak jumpe ko 2 minggu lagik..huhuhu=)

    BalasPadam
  3. "Rasa kerugianlah tu sebab aku antara pekerja rajin yang berdedikasi(xpernah lewat datang dan balik)"

    tak tahan aku. ;p

    BalasPadam
  4. berkenaan pertanyaan saudara itu, boleh saya jawab begini, saya seorang wartawan dan editor sebuah majalah dan ahli UMNO bahagian Kuala Kangsar, Kawasan Rafidah Aziz, semua ahli-ahli UMNO peringkat cawangan sebenarnya sudah semakin muak dan kecewa dengan sikap ketua-ketua bahagian UMNO yang mereka dakwa terlalu pengecut untuk berkata benar..

    BalasPadam
  5. hoho besh baca blog ang
    mcm baca ovel pun ada
    baguih2
    cube try wat novel tgk!
    hehhehe

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com