Sabtu, 4 Mei 2013

Demam Pilihan Raya Umum 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah Hans mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman di utara hanya semata-mata untuk mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum 2013 yang bakal berlangsung pada hari ahad bersamaan 5 Mei 2013 ini. Perang poster dengan pelbagai bentuk replika serta kreativiti dipamerkan sepanjang pilihan raya kali ini dan sepanjang Hans hidup ini merupakan pilihan raya yang amat sengit selepas pilihan raya tahun 1998 kalau tak silap Hans lah.


Setiap parti menjanjikan pelbagai janji manis kepada bakal-bakal pengundi dan juga membayangkan pelbagai bencana jika parti itu menang atau parti itu terus memerintah. Masing-masing mengeluarkan fakta, teori dan sebagainya untuk mengukuhkan hujah masing-masing. Setiap parti juga ada pengikutnya tersendiri. Ada yang setia! Ada yang pernah setia! Ada yang dianggap pembelot! Ada yang dulu dihina tetapi kini diangkat sebagai sebahagian daripada ahli parti! Segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik demi sebuah kuasa yang diidamkan oleh setiap parti yang bertanding.


Di media-media arus perdana seperti saluran televisyen atau akhbar kebanyakannya menyokong kerajaan sebelum ini manakala di media-media baru seperti internet dan blog pula kebanyakannya menyokong parti yang lagi satu. Satu pertandingan yang menarik dan pengundi-pengundi yang wujud pula bagi Hans ada 4 golongan iaitu :-

1) Pengundi Tegar Barisan Nasional : Pasti Mengundi BN

2) Pengundi Tegar Pakatan Rakyat : Pasti Mengundi Pakatan

3) Pengundi Atas Pagar : Masih 50-50 dalam membuat keputusan

4) Pengundi Rosak : Tidak tahu/Tidak suka/Tidak yakin dengan kedua-dua parti dan menjadikan undi mereka undi rosak


Ramai yang bertanya kepada Hans siapa yang Hans akan undi. Sebenarnya Hans kini tergolong dalam golongan yang ketiga dimana Hans pun masih belum pasti siapa yang Hans akan undi. Hans pernah tergolong dalam golongan 1 dan juga golongan 2 buat seketika tetapi kemudian berubah menjadi golongan yang ketiga. Itulah masalahnya bila banyak membaca! Hahaha! Jadi, untuk memudahkan Hans untuk menjawab soalan daripada ramai orang maka Hans pun menjawab undi adalah rahsia sambil tersenyum dan ini respon daripada beberapa orang yang Hans terima :-

1) Penyokong Barisan Nasional : Undilah sapa pun yang nak undi tapi sebelum undi tu fikirlah masak-masak tentang masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita nanti. Jangan nanti menyesal tak sudah.

2) Penyokong Pakatan Rakyat : Undi BN lah tu. Jangan percaya sangat dengan BN tu. Cuba tengok prestasi negeri-negeri di bawah pakatan rakyat dan bandingkan dengan BN.

3) Penyokong Atas Pagar : Tak payah nak rahsia sangat! Setakat 1 undi hang tu bukan depa kisah sangat pun! Tak luak pun!

4) Penyokong Ker? : Buang masa jer undi nih! Semua pun sama jer! Waktu nak mengundi janji yang bukan-bukan. Lepas mengundi apa pun tak dak!


Hah! Begitulah lebih kurangnya! Cuma satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah apabila pihak penyokong parti yang menjadi minoriti di sesuatu kawasan mengasingkan diri atau diasingkan oleh penyokong parti yang menjadi majoriti disesuatu kawasan akibat pilihan parti masing-masing yang tidak sama. Sedih juga kadang-kadang melihat situasi sebegini tetapi moga-moga lepas selesai pilihan raya nanti masing-masing kembali mengeratkan silaturahim. Jangan biarkan perbezaan fahaman politik meleraikan ikatan saudara sesama Islam yer. Selamat mengundi kepada semua yang layak mengundi!

P/S : Masih 50/50 Dalam Memilih Pihak Mana Yang Harus Diundi! Kalaulah Dekat Kawasan Tempat Tinggal Aku Nih Ada Calon Macam Tok Mun....Mungkin Aku Akan Undi Dia! Sebab? Aku Pun Tak Pasti! Apa-Apapun Aku Harap Aku Membuang Undi Yang Bijak Pada Ahad Ini! Hahaha!

Selasa, 30 April 2013

Melancong Ke Singapura

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah, pada pukul 2.30 petang, 27 April 2013 bersamaan hari Jumaat yang lepas Hans bersama 3 orang rakan sempat masuk ke Singapura sekejap untuk melihat-lihat apa yang menariknya yang ada di Singapura nih. Kebetulan pula Hans memang waktu itu berada di Johor atas urusan kerja jadi alang-alang dah bawa passport tu maka redah jer lah masuk ke dalam kan. Hahaha! Jadi, ini adalah pengalaman Hans sepanjang berada di Singapura dalam tempoh yang singkat nih!

Satu kesilapan besar apabila masuk ke dalam Singapura ialah anda masuk tanpa membeli AutoPass Card di bahagian Imigresen dan itulah yang berlaku terhadap Hans dan rakan-rakan. Nasib baik antara kami berempat nih, ada seorang nih namanya Tengku yang memang banyak kali dah datang ke Singapura untuk bercuti dan dia lah yang memberitahu kami betapa pentingnya AutoPass Card nih. Untuk pengetahuan anda, fungsi AutoPass Card nih ibarat SmartTAG dan uniknya Singapura nih ialah segala urusan pembayaran seperti pembayaran tol, parking kereta dan segala jenis saman memerlukan AutoPass Card nih. Tol di Singapura bukan seperti di Malaysia kerana tol mereka tidak mempunyai kaunter seperti di Malaysia. Jadi, apabila masuk ke dalam Singapura tanpa memiliki atau kehilangan AutoPass Card adalah satu malapetaka besar kepada anda yer kerana anda tidak boleh keluar dari Singapura dan pelbagai urusan perlu dibuat seperti membuat laporan polis, berjumpa dengan kedutaan Malaysia dan banyak lagi urusan yang perlu dilakukan. Selain tu korang perlu membayar saman sebanyak 500 Dollar Singapore! 1 Dollar Singapore bersamaan RM2.45 tau! 500 dollar bersamaan RM1200 lebih macam tu yer! Hah! Kau ada RM1200? Takkan kau masuk Singapura semata-mata nak bayar saman? Cuak macam nak mati kut masa tu!

Sebenarnya, rakan Hans iaitu Fizo sudah bertanya kepada pegawai imigresen Singapura dekat mana boleh dapatkan AutoPass Card sebelum keluar dari situ. Kata pegawai tersebut beli di depan tetapi keluar-keluar jer dari imigresen tu terus ke jalan besar! Serius Hans cuak! Disebabkan Hans dan rakan-rakan sudah membawa kenderaan keluar dari bahagian imigresen jadi kami tidak boleh berpatah balik untuk membeli autopass card tu. Jadi, rakan Hans pun pergi bertanya kepada pegawai imigresen di tepi jalan dan katanya di hadapan ada kaunter autopass serta 7E dan kami berempat boleh dapatkan autopass di situ. Tetapi, kawan Hans si Tengku yang selalu datang Singapura tu kata untuk dapatkan AutoPass Card nih kena isi borang dan segala macam lagi tetapi dekat 7E tu hanya boleh tambah nilai AutoPass Card sahaja! Memang betul kata si Tengku tu! Dekat kaunter putih AutoPass macam dalam gambar tu dan juga dekat 7E tidak ada menjual AutoPass Card yer! Hah! Aku sudah gila! Gila! Hahaha! Mampus! Jadi, macam mana nak dapatkan AutoPass Card nih? Sila dapatkan di Land Transport & Authority yang berada di Sin Ming dengan jarak perjalanan sejauh 12 kilometer! 12 kilometer? Alahhh!!! Naik kereta kan? Kan? Bukan jauh sangat pun kan? Hah! Memang tak jauh tetapi kau tahu ker jalan nak ke sana? Tak tahu kan? Hahaha! Untuk pengetahuan anda, papan tanda di Singapura nih bukan seperti di Malaysia yer! Kalau di Malaysia senang sebab di papan tanda tu sudah diletak nama tempat yang kita nak tuju tetapi kalau di Singapura, mereka letakkan nama lebuhraya mereka di papan tanda tu untuk menghubungkan sesuatu tempat. Ibaratnya anda bertanya macam mana nak pergi KLCC dari bla bla bla dan anda akan dengar ayat seperti ini,"You lalu ikut KESAS! Kemudian ikut LEKAS! Kemudian ikut NKVE!" Semuanya guna nama lebuhraya jer! Mahunya tak gila kalau tak ada GPS!! Jadi, jika anda ingin melancong ke Singapura sila pastikan anda ada GPS! Kalau tak ada GPS sila pastikan wang yang anda bawa banyak sebab nak buat bayar saman bagai yer! Hahaha!

Nasiblah si Tengku tu bawa GPS! Senang sikit cari Sin Ming nih! Sudahlah jalan dekat Singapura nih susah nak cari papan tanda U-Turn! Kalau buat perangai macam dekat Malaysia sesuka hati jer U-Turn mahunya kena saman beratus dollar. Jadi, sabar jer lah! Hahaha! Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga memiliki AutoPass Card walaupun terdapat sedikit kesukaran. Untuk pengetahuan anda, Land Transport & Authority hanya dibuka pada pukul 8 pagi ker 9 pagi macam tu lah dan ditutup pada pukul 5 petang. Alhamdulillah Hans dan rakan-rakan sampai dekat sana pukul 3.45 petang. Buatnya terlewat memang bermalam dalam kereta lah jawabnya. Dekat Singapura nih apa yang Hans suka ialah kebersihan dan susunan landskap yang memang cantik. Walaupun dekat gambar di atas tu ada botol air tepi tu tetapi serius memang susah nak jumpa sampah dekat tepi-tepi jalan Singapura. Kalau dekat Malaysia? Senang gila nak cari sampah! Hahaha! Memang Malaysia dan Singapura sangat berbeza! Seronok juga dekat Singapura nih ialah bandarnya memang banyak dengan pokok! Jadi, rasa sejuk dan nyaman jer mata nih memandang! Tetapi, satu perkara yang Hans tak berkenan dengan sikap segelintir rakyat Singapura ialah sikap pemandunya yang tak boleh nak bertolak ansur! 

Antara keempat-empat orang nih, yang nak sangat masuk Singapura nih ialah Hans sebab misi Hans nak cari perfume. Kata orang harga perfume dekat sini murah-murah! Jadi, Hans dan rakan-rakan pun pergi lah ke Orchard Road. Dekat situ Hans pergi ke Lucky Plaza dan pergi lah tengok-tengok harganya. Sebenarnya memang harga perfume dekat sini murah tetapi Hans pergi beli perfume dekat tempat lain. Lain kali kalau Hans datang lagi ke Singapura nih memang Hans akan beli perfume dekat Lucky Plaza di Orchard Road nih sebab harganya lagi murah. Dekat sini memang ramai orang dan keadaan jalan pun bersih dan wangi jer! Hans suka lah tempat nih! 

Lepas dah habis cuci-cuci mata dekat sini jadi berjalan lah kejap tengok suasana di Orchard Road nih. Banyak betul orang yang bagi brochure lah flyer lah sewaktu Hans berjalan dekat sini. Dekat sepanjang jalan nih juga ramai betul penjual aiskrim. Fuh! Tergoda kejap iman tetapi tahan jer lah nafsu sebab malas nak makan aiskrim! Ada satu bahagian dekat tangga di hadapan pasaraya nih terdapat replika orang yang baca surat khabar dan disebabkan kelihatan unik maka Hans pun pergi lah bergambar sekejap! Hahaha!

Tengok lah betapa ramainya orang-orang yang melintas dalam gambar tu! Menariknya disini ialah rakyat Singapura memang patuh pada undang-undang. Mereka akan melintas jalan raya apabila lampu isyarat berwarna hijau jer dan mereka hanya akan melintas di kawasan pejalan kaki yang disediakan. Berbeza dengan di Malaysia, tak kisah lah lampu isyarat tu warna apa dan di mana-mana sekali pun mereka akan melintas dengan hanya mengangkat tangan. Teringat kata-kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der,"Only in Malaysia!" Satu lagi yang menarik ialah walaupun lampu isyarat berwarna hijau tetapi kalau masih ada pejalan kaki yang melintas maka pemandu-pemandu kereta kena tunggu dulu sehingga mereka selesai melintas. Kalau si pemandu nih melanggar orang yang melintas jalan walaupun lampu isyarat memang berwarna hijau tetapi yang bersalah bukannya pejalan kaki tetapi si pemandu tu yang bersalah. Ini juga amat berbeza jika dibanding dengan Malaysia. Berani kau nak melintas lambat-lambat! Mahu tercampak tepi jalan kena langgar! Hahaha!

Jadi, tempat seterusnya yang ingin dituju ialah tempat singa muntah air tak henti-henti iaitu Merlion Park. Tetapi, disebabkan awal-awal tu masing-masing terlupa apa nama tempatnya jadi kami tersalah menuju ke destinasi yang tak sepatutnya iaitu Fountain of Wealth. Fountain of Wealth tu dalam proses baik pulih jadi dengan bantuan GPS akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dicari iaitu Merlion Park yang terletak di One Fullerton. Serius cantik gila tasik dekat situ. Berhadapan dengan Merlion Park ialah Marina Band Sands iaitu bangunan yang cukup unik dimana direka bentuk dengan terdapat kapal di atasnya. Dekat situ ada hotel, pasaraya dan juga kasino. Hahaha! Apa-apapun, serius beb! Memang cantik lah gila pemandangan dia! Bersih! Wangi! Segar!

Hahhh!! Memang dalam kepala nih dah terfikir nak bergambar macam dekat atas nih sebelum sampai di Merlion Park lagi dan alhamdulillah hajat berjaya direalisasikan! Hahaha! Masa Hans sampai situ kebanyakan pelancong lain bergambar biasa-biasa jer lah! Buat isyarat PEACE! Berdiri kaku terpacak! Tapi Hans pula minta tolong dekat member Hans si Tengku tu suruh ambil gambar macam nih! Macam gambar yang berdiri sambil mulut ternganga tu, ramai juga pelancong luar yang tengok tapi ada aku kisah? Hahaha! Lepas tu ramai pula mat saleh minah saleh yang tiru macam Hans dan member-member lain bergambar! Cis! Apa-apapun, memang seronok lah tengok hasil gambar nih walaupun terseksa sikit! Hahaha!

Sebelum Hans pergi ke Mustafa Centre di Syed Alwi Road untuk mencari perfume maka tak lengkap lah kalau Hans dan tiga orang rakan lagi tak bergambar beramai-ramai. Jadi, mula-mula kami berempat minta tolong pada seorang gadis nih untuk ambil gambar kami. Si perempuan dan rakannya tu dari Jakarta. Jadi, lepas dia dah ambil gambar maka kami berempat pun bersemangat lah nak tengok hasilnya! HAMPEH! Apa yang dia cuba nak buktikan dalam gambar yang dia ambil tu pun Hans tak tahu lah! Hahaha! Akhirnya, kami berempat minta bantuan pada pelancong daripada Eropah dan hasilnya alhamdulillah! Terbaik! Dapat juga bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan Merlion Park yang indah dan permai nih! Hehehe!

Akhirnya, Hans dan rakan-rakan tiba di Mustafa Centre yang berada di Syed Alwi Road. Walawehhhhh!!! Banyak gila perfume nak habaq mai! Rambang mata! Harga pun murah! Penat juga lah Hans bau macam-macam perfume! Jadi, disebabkan harganya memang murah jadi Hans pun belilah dua jenis perfume. Fuh! Puas hati walaupun duit pun puas melayang masuk ke dalam kaunter cashier tu! Hahaha! Jadi, disebabkan hari pun dah malam dan nak menghadap kesesakan dekat bahagian Tuas maka Hans dan rakan-rakan pun bertolak lah balik ke Malaysia. Memang banyak gila kereta dengan bunyi hon daripada penunggang-penunggang motosikal yang tak tahu disebabkan apa! Stress betul Hans waktu tu! Sebelum anda pulang ke Malaysia pastikan AutoPass Card anda tu mempunyai baki wang yer dan pastikan nilai AutoPass Card anda bukannya negatif. Kalau anda rasa nilai wang dalam AutoPass Card anda tu negatif silalah tambah nilai dulu kalau tak mahu kena saman beratus dollar! Jadi, inilah antara pengalaman melancong sekejap ke Singapura dan mungkin jika ada kesempatan lagi pergi ke sana, Hans akan pergi ker Universal Studio Singapore pula. Insyaallah! Sekian! Assalammualaikum!

Ahad, 21 April 2013

Malas

Malas nak buat kerja!

Malas nak makan!

Malas nak tengok televisyen!

Malas nak buka laptop!

Boleh kata segala-galanya malas!

Pernah tak anda mengalami perasaan malas yang datang secara tiba-tiba?

Padahal sebelum datang rasa malas nih anda sebenarnya terlebih rajin!!

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!