Jumaat, 27 Jun 2008

Motosikalku Hampir Dicuri!!

Pada hari Rabu bersamaan dengan 25 Jun 2008, diwaktu petang tu aku dengan member aku nih kuar beli tiket bas nak pergi Pudu pada pukul 5 petang. Lepas dah beli dan makan nasi lepas tu aku pergilah parking motosikal aku nih dekat tempat parking underground tu. Selalunya aku akan parking dekat tengah-tengah dimana tepi kanan dan kiri aku akan ada motosikal yang lain. Tapi sebab parking penuh so aku terpaksa parking dekat tepi sekali antara semua motosikal dekat situ.

Lepas parking, aku tergesa-gesa nak pergi fingerfrint sebab masa rehat sudah habis. Lepas tu, masa aku tengah buat checkstock tu asyik-asyik aku ingat dekat motosikal aku jer. Dah serupa macam angau dah. Masa balik dari keja tu, aku jalan dengan dua akak electrical nih. Tengah best borak-borak dengan diorang, tiba-tiba sorang akak elekctrical tu menjerit, " Aiyo, moto sapa nih? Moto U ker dik?"

Aku tengok motosikal tu macam aku kenal. Confirm memang motosikal aku. Aku dah macam nak rebah pun ada. Aku tengok lampu depan dah hilang. Dah kena kopek. Pastu aku dah macam buntu jugalah sebab pertama kali benda nih jadi dekat aku. Lepas tu aku nak masukkan kunci motor aku...alih-alih tempat kunci pun kena kopek sampai kunci tak boleh masuk. Haih, pening dah aku. Macam mana nih?

Akak-akak electrical tu tolong aku sikit-sikit. Tunggu member aku sampai. Member aku sampai. Dia pun terkejut beruk jugalah. Lepas tu dia tolong aku pasang wayar apa entah dekat tempat lampu motosikal yang kena kopek tu. Akhirnya, dapat hidupkan suis motosikal aku. Tapi masih tak boleh nak start enjin sebab aku ada kunci lock motor aku bawah tempat duduk tu.

Baru aku nak buka kunci lock enjin motosikal aku tu...tengok-tengok tempat kunci tu pun kena kopek. Gila babi tul pencuri nih. Tapi, aku rasa dia tak berjaya buka sebab kalau dia dapat buka confirm motosikal aku tu dah jadi kenangan dalam sejarah dah dekat aku. Lepas tu ramai jugalah tolong aku.

Sampai ayah aku datang dan dia dapat buka tempat duduk motosikal aku. Jadi, motosikal aku dah bolehlah start balik macam biasa. Cuma lampu depan dah tak ada dengan lampu signal tak berfungsi. Nasib member aku ada. Kira dia ikut aku dari belakang sampai nak dekat rumah aku la. Dah lah masa tu hujan rintik. Bahaya betul. Kira nasib aku dengan member aku sama shif hari tu. Kalau tidak aku tak tahulah apa nasib aku.

Aku agak trauma jugalah. Melayang RM90 nak baiki kerosakan motosikal aku tu. Geram betul aku dengan lahanat mana yang cuba merompak motosikal aku tu. Kalau pencuri tu dapat curi motosikal aku...yang tinggal dekat aku hanya kunci dan helmet jer lah. Lepas nih aku kena lebih berhati - hati dalam mencari tempat parking yang lebih selamat. Apa-apapun aku bersyukur masih dapat melihat motosikal aku bergerak riang di atas jalan raya.

P/S : Motosikal kalau sudah hilang susah nak jumpa balik.

9 ulasan:

  1. huhu.. sabar je la..
    janji ko masih dapat melihat motosikal ko bergerak riang di atas jalan raya.

    BalasPadam
  2. itulah pasal
    syukur sangat2 pada Allah

    BalasPadam
  3. huhu! naseb bek x kene curi.. kalo x nanges air mate darah la ko.. Semoge motosikal ko slamat pd mase akn dtg..

    BalasPadam
  4. Baru aku nak buka kunci lock enjin motosikal aku tu...tengok-tengok tempat kunci tu pun kena kopek. Gila babi tul pencuri nih. Tapi, aku rasa dia tak berjaya buka sebab kalau dia dapat buka confirm motosikal aku tu dah jadi kenangan dalam sejarah dah dekat aku. Lepas tu ramai jugalah tolong aku.

    mmg dasar KEL..G PAR..A..
    benda kcik pon mau kecoh!!
    nasib baik ade kakak2 electrical..

    BalasPadam
  5. ko nk pi pudu watpe wei?

    wahaha.. lenkali, baca doa pelindung skit.. serah motor ko kt Tuhan y Maha Berkuasa..kasi shield sama motor ko, xdpt dinampak dek pencuri.. wokey?

    BalasPadam
  6. anisssss..
    huhu..
    ar ar...
    haaa..
    motorola aku pon cam..
    hmpir2 ilang..
    haih

    BalasPadam
  7. itu motorola...yang ni motosikal..adess

    pi pudu sebab nak balik melaka..jimat duit tiket

    BalasPadam
  8. anisss..
    pdm komen daniel tuh..
    saper tules tuh..
    kejam btol...
    xberhati prot...

    BalasPadam
  9. sian ko.. len kali apa pa pn kasi selawat dulu!!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com