Isnin, 16 Jun 2008

Zaman Kanak-Kanak

Apabila teringat kenangan sewaktu kecil dahulu adalah sangat melucukan barangkali bagi sesetengah orang. Ada juga yang rasa geram, sedih dan macam-macam lagilah perasaan yang wujud dimuka bumi ini. Bagi aku zaman kanak-kanak adalah antara zaman yang dirindui sebab inilah masanya aku mengenal dunia walaupun hanya sesetengah perkara sahaja.

Pendidikan awal aku bermula pada suatu hari dimana kalau tak salah aku dalam umur aku lebih kurang 5 tahun. Mak dengan ayah aku kata,”Esok petang adik kena pergi rumah Pak Mail tu…belajaq mengaji”. Aku sangat tak suka sebab perangai aku masa kecil dulu aku ni jenis malu gila bila jumpa dengan orang aku tak kenal. Malam tu tidur pun tak lena macam selalu. Hahaha!

Keesokan petangnya, ayah aku pun menghantarlah aku nih pegi rumah Pak Mail tu. Ayah aku bawa aku masuk rumah dia. Lepas jumpa Pak Mail tu, ayah aku cakap apa entah dengan dia. Selepas itu, ayah aku tinggalkan aku. Aku mula risau menghadapi “Dunia Baru” aku. Pak Mail tu bawalah aku pergi belakang rumah dia.

Sampai jer aku belakang rumah dia….fuhhh….ramai gila budak-budak mengaji dekat situ..ada yang saiz badan lebih kurang aku..ada juga yang besar! Selepas itu Pak Mail tu suruh aku duduk dekat hujung tu. Aku pun mulalah buka Muqaddam. Konon – konon aku pandailah. Aku buat-buatlah baca. Yang aku tahu masa tu alif,ba,ta,sa. Haha. Sewaktu mengaji nih, kita kena tunggu giliran. Tiba-tiba Pak Mail tu panggil nama aku. Fuh, rasa macam nak terkencinglah terberaklah semua ada..Lepas tu dia ajar aku mengaji..

Rasa seronok pula sebab aku cepat jer tangkap apa dia ajar. Dari hari ke hari, helaian demi helaian aku belajar sampailah aku baca Al-Quran. Alhamdulillah, aku diberi hati yang celik oleh Allah untuk cepat mengenal.membaca dan mengkhatam dengan baik. Seronoknya tu sebab orang yang masuk lebih lama dari aku pun tak khatam lagi Muqaddam. Hehe!

Cuma yang peliknya budak-budak sekarang, bahasa Inggerisnya hebat. Matematiknya bagus. Tapi bila datang bab menbaca Al-Quran atau membaca Jawi hatta menulis Jawi semuanya hancur belaka. Entahlah! Tapi, apa-apapun pendidikan awal nih memang best!!

1 ulasan:

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com