Rabu, 9 Julai 2008

Murah! Ulat! Panas!

Musim buah sudah tiba! Kalau korang perasan lah sekarang nih sepanjang-panjang jalan mesti korang akan nampak banyak penjual dengan lori masing- masing menjual buah-buah yang korang suka contohnya macam rambutan, tembikai, pisang, dan banyak lagilah.


Tapi apa yang aku nak cerita nih pasal buah yang ramai orang suka makan, ramai orang yang tak suka makan dan ada yang sampai tak boleh nak hidu langsung pun bau buah nih. Mesti korang tahukan nama buah nih. Rasa-rasa korang buah apa? Ya, betul! Mestilah raja buah Malaysia tak lain tak bukan durian.


Hari pertama kuliah bermula, ditakdirkan kelas aku pukul 6.30 petang. Jadi, amatlah membosankan sebab tak tahu apa nak dibuat sementara menunggu kelas aku tu. Tiba-tiba member aku ajak aku keluar beli barang. Mulanya aku tak nak ikut sebab nak jimat duit tapi dah bosan tahap maximum so keluar jer lah.


Lepas dah habis beli barang sajalah pusing – pusing jauh sikit. Tiba – tiba dekat tepi jalan tu ternampak orang menjual durian. Masing – masing bertanya sesama sendiri , “ Nak makan durian tak?” Aku no hal lah. Lagipun memang aku suka durian.


Mula-mula jumpa seorang nih menjual durian. Sekilo RM2. Fuh, mahal tu! Aku dengan member mencari durian yang sebiji RM1. Pakcik tu dah melambai – lambai dah suruh cuba. Tapi sebab rasa – rasa mungkin ada yang lebih murah jadi teruskan mencari lagi. Jumpa pula penjual yang ke-2. Sekilo RM2. Sama juga. Mencari lagi. Jumpa lagi. Sekilo RM2 juga. Haih, semua sama jer. Apalagi, berhenti jer lah dekat tempat yang ke-3 nih.


Dekat situ ada 3 jenis durian. Durian A 1kilo RM2. Durian B RM10 sebakul( ada dalam 3-4 pangsa ). Durian C sekilo RM5. Jadi, mari kita lihat pro dan kontra setiap jenis durian nih. Durian A adalah yang paling murah berbanding durian C dan lebih kurang sama harganya dengan durian B tetapi mempunyai risiko kerana mengikut lidah penjualnya ada buah yang tak berapa elok. Durian B juga agak murah berbanding durian C tetapi jika dilihat dari luar memang nampak tak elok. Lagipun kulitnya sudah merekah. Durian C pula terlalu mahal. Sekilo sudah RM5. Buahnya sudahlah besar.Yang nak makan 3 orang. Kalau satu buah berat sudah 3 kilo sudah RM15.


Jadi, selepas berbincang dalam masa yang singkat dan kata putus sudah dicapai. Durian A menjadi pilihan. Kami membeli 3 pangsa buah durian. Kami dah suruh penjual tu kopek sedikit buah durian tu sebab nanti senang sikit kami nak makan. Ketiga-tiganya mempunyai isi yang kuning, lembut dan menyelerakan. Apa lagi. Masuk terus dalam kereta dan terus pergi mencari port nak makan durian nih. Tak sabarnya aku nak menikmati buah – buah durian nih.


Dah sampai tu kami terus turun dan dengan sepantas kilat mengopek buah durian tu. Buah pertama agak sedap lah. Tapi, setiap seorang dapat makan seulas jer sebab bila habis bahagian pertama, dikopek pula bahagian kedua sudah buruk. Buka pula buah kedua. Ulasnya kecil-kecil jer. Buah yang kedua nih tak berapa sedap dab macam buah yang pertama. Hanya bahagian pertama yang elok. Bahagian lain hampeh!


Sekarang tinggal satu jer lagi buah duriang. Kami sepakat berdoa agar buah ketiga ni eloklah hendaknya. Haha! Patutkah aku ketawa atau melompat? Betapa malangnya nasib kami apabila buah ketiga itu bukan saja buruk kesemua bahagiannya tetapi kami dapat hadiah bonanza lagi à seekor ulat buah yang memang besar bewarna merah dalam buah durian itu.


Fuh, pertama kali aku jumpa ulat dalam buah durian nih. Dah lah besar gila. Member aku yang sorang nih sebab terlalu tension dipijak ulat tu sampai dua kali tapi tak mati pun ulat tu. Isi perut dia terkeluar tapi gembira jer aku tengok ulat tu mengesot keluar dari buah. Haih, memang tak puas langsung sebab dari 3 buah yang kami beli, setiap sorang dapat makan seulas setengah jer. Melayang RM10.


Geram tak terkata sebab dah rasa tertipu dengan penjual tu. Kami lalu balik dekat tempat kami beli buah tadi. Bila dekat dengan tempat tu masing – masing menjerit ,” Penipu, semua buah buruk”. Haha! Lega sikit rasa sakit hati!


Lepas tu kami terjumpa balik penjual pertama yang melambai – lambai suruh kami cuba durian dekat kedai dia. Masing – masing tanya nak cuba nasib lagi tak? Aku dah kata kalau nak makan lagi aku tak kisah tapi aku nak makan depan – depan penjual tu. Kalau diorang nak tipu pun susahlah sebab diorang juga yang akan pilih buah nak bagi kami makan. Diorang pun setuju.


Jadi, buat kali keduanya pergilah mencuba nasib makan buah durian lagi sekali. Kali ni kami nak makan buah durian yang sekilo RM4 pula. Buahnya besar – besar. Buah pertama yang dibuka isinya kuning giler. Berebut aku dengan member aku makan buah durian nih. Fuh, nikmat betul buah nih. Isinya yang lembut dan betapa manisnya buah tu hanya lidah aku dengan member – member aku saja yang tahu. Aku tak peduli dah dekat kereta dgn motosikal yang lalu lalang dekat jalan tu. Yang aku tahu cuma satu, inilah durian yang aku cari. Lepas tu masa makan untuk buah yang kedua plak. Fuh, isinya putih, manis tapi sedikit pahit. Aku suka juga buah jenis nih. Tunggu lagi? Bedal sudah! Haha!


Fuh, memang kenyang gila masa tu. Berulas – ulas ditelan. Semuanya RM17. Haih, kalaulah aku dengan member aku tak berhenti makan dengan penjual penipu tu sebelum nih yang mana kami kena bayar RM10 untuk 3 buah yang buruk, boleh dilihatkan betapa jimatnya kalau terus makan dengan kedai nih.


Selepas tu, kami pun baliklah ke campus. Dan malam itu masing – masing mengalami kepanasan badan gara – gara raja buah Malaysia nih, buah durian. Haha!



P/S: Petua orang tua – tua kata..kalau nak hilangkan panas badan sebab makan durian.tuang air dalam kulit durian tu pastu minum..berkesan ker tak? Wallahuallam!

23 ulasan:

  1. wakakakaka...
    kesian korang...
    x pe..lpas ni..mkan je kat situ ye...
    jgn sampai x larat nak balik dah a...

    BalasPadam
  2. huahauhua...
    sampi ht mmber ko tu yer..ade ke ptut die pijak ulat tu..bkn slh ulat tu...

    BalasPadam
  3. hmm.. adat makan durian, mst makan dekat kedai tu jugak.. dan mesti makan waktu siang.. bukan apa, bila malam peniaga pakai lampu kuning, sume isi pun nampak kuning.. bila balik umah tgk isi kaler putih.. bukan takat putih je, mengkal pulak.. sbb itu lah rs mcm nak bg penyepak..

    BalasPadam
  4. hm.. firstly, sy mmg xsuka durian.. lain kali hati2, biar pn harganya mahal, namun kualitinya bagus, biarlah berabis skit, dari yang murah tetapi tidak mendtgkan kepuasan nikmat durian itu.. nk komen lebih pn xtau sgt, sbb bukan peminat durian.. cuma agak kesian kpd pnjual buah yg dimarah dan dikatakan penipu tu, sbb dia mungkin tidak tau, apa yg ada di dlm buah durian yg ke2 dan ke3.. dan juga yg pertama.. ada pengajaran di seblknya.. renungkan..

    BalasPadam
  5. nie lah penangan raja buah malaysia....

    BalasPadam
  6. huhu, owh entry pun pasal durian ek..biasala tu,kdg2 dpt yg elok. kdg2 dpt yg tak elok.huhu,tp kalau sebab guna duit sendirikan?hangin gaklah kalau ada ulat...

    Panasss maa, melantak tak hengat punya. tp org kata memang berkesan, minum air dr pangsa durian tu:)huhu

    tp overall,durian memang best!!

    BalasPadam
  7. xlarat ak nak bce la..
    panjg sgt haa...
    huhu..
    sume pasal durian lak tu..
    buat ak kempunan je..
    haha..

    BalasPadam
  8. hahahahahaha
    kesian kwn den nie tapi kesian lg kat ulat 2, zalim siot...pe sal korang x baling aje kulit durian 2 kat pak cik 2,pasti pak cik 2 terime dgn pasrah n redho.

    BalasPadam
  9. semalam baru aku makan durian,

    berkotak-kotak.

    BalasPadam
  10. heh, ulat. eeeeeeeee
    kaler merah?
    nape tak snap pict? :D

    BalasPadam
  11. hans,
    sedapnya durian ... kalau temakan ulat tu... lagi sedap agaknye ye?

    BalasPadam
  12. lpaq ja aku bca bloh hg aniss..aaaaaa..
    yesssss...
    blik cni bleh blnja durian kt aku r....spa suwoh cita...
    ar ar...
    ermm...
    hye kikiey...

    BalasPadam
  13. lpaq ja aku bca bloh hg aniss..aaaaaa..
    yesssss...
    blik cni bleh blnja durian kt aku r....spa suwoh cita...
    ar ar...
    ermm...

    hye kikiey...

    BalasPadam
  14. salam bro...

    pasai petua tu leh pakai la aku rasa, dlu aku pnah try ok gak, suhu bdn aku menurun sket, tp kene wat sebelum suhu badan naik, kalau dah naik baru nak wat tak guna dah...tp aku skang nih tgh gian nak mkn durian, tp nak bli takut plak melihat harganya...

    BalasPadam
  15. Ahhhh!!
    aku suka gila makan buah yang mendapat jolokan "buah paling menjijikkan di dunia" oleh fearfactor!
    orang kate bau die meloyakan, sedangkan baunya bagiku aromaterapi yang tak terbandingkan!!
    ahhh... mane durian free???
    aku xpernah beli durian sbb selalu dapat free dusun opah ... gian seehhh, balik keje naik moto lalu tepi gerai durian sempat aku bernafas panjang dua tiga dengan aroma ajaib itu!
    aku nak durian!!
    (aku kat kampung, baru teringat semalam opismate suruh aku bawak balik durian die bawak dalam peti ais opis.. lupe...)
    -atbk-

    BalasPadam
  16. Aku tak gemaq durian...
    Tak tau pasai apa...xleh masuk langsunggg.Semua cakap durian paling best, ye laa...Raja Buah.

    Tp bg aku, durian paling tak sedap rasanya.
    Sori...

    BalasPadam
  17. s.yanaz,
    malangnya hidup di dunia kalau tak tau nikmat durian!!

    BalasPadam
  18. haha3...
    ialah...
    ada yg suka makan...
    ada yang tak makan...
    tapi bagi aku buah durian tu sangat sedap....
    huhu3....

    BalasPadam
  19. Salam.
    En.Nan..
    nih kat blog org pun nak komen pasal saya?

    woitt!woitt!
    ha.ha.

    Sori,Hans.
    :)

    BalasPadam
  20. sori hans.
    s.yanaz. haha.
    chek marah ka???

    BalasPadam
  21. haha3...
    asal korang say sorry plak..
    den xmarah ekau dua pun...
    cool jer..
    huhu3

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com