Ahad, 24 Ogos 2008

Bomoh! Pawang! Dukun! Doktor Tradisional! Bolehkah Dipercayai?



Haha! Pic ni aku jumpa waktu aku search dekat Yahoo! Bomoh Hujan Ulu Tembeling nama dia! Entah betul entah tidak!








Yang aku peliknya pasal apa masyarakat Malaysia nih tak dapat nak buang BOMOH @ PAWANG @ DUKUN nih dalam hidup mereka?


Aku tak lah cakap semua bomoh nih jahat. Ada yang memang bagus contoh menyembuhkan penyakit - penyakit akibat gangguan makhluk halus ni macam ustaz - ustaz. Cuma yang aku nak kongsi dekat sini pasal benda - benda yang jahat nih. Contohnya macam manusia yang jumpa bomoh nih untuk jadi cantik, nak kaya cepat, minta nombor ekor, nak aniaya orang....dan yang lagi peliknya tu manusia yang macam ni akademiknya sangat bijak tapi...entahlah!!


Yang bestnya kenangan yang paling aku tak dapat lupa dalam sebulan lepas tak silap aku. Dekat pasar malam Alor Gajah! Masa tu petang lagi. Aku dengan member - member aku kuarlah membeli - belah dekat situ. Tengah best tengok apam balik la, laksa la, buah rambutan lah...tiba - tiba aku ternampak segerombolan manusia berkumpul ramai - ramai dekat satu sudut berhampiran pasar malam nih. Akudengan member-member aku nih pun pergi lah tgok.Memang ramai orang.Tetiba aku terdengarlah suara seorang lelaki nih.



Lelaki berkopiah putih berkata,"Mari - mari sini adeekkkkkkkkkkkkkkkkkkk......Ya mari - mari sini abanggggggggggggggg......mari - mari sini kakakkkkkkkkkkk.....pakcik makcikkkk semuaaaaaaa....."(loghat kelantan + siam) Tapi katanya orang Melaka. Wallahuallam!



Aku pun pelik juga. Apa benda lah yang dia kecohkan. Rupa - rupanya yang ramai manusia dekat bumi nih serbu dekat orang tua nih pasal nak tengok seorang lelaki yang nak jadi wanita. Caranya, lelaki tu kena masuk dalam satu khemah yang disediakan. Aku dapat tahu pun sebab curi dengar dari mak cik dan pak cik dekat situ berborak. Sebelum tu, lelaki tadi diikat dan dimasukkan dalam karung guni sebelum dimasukkan dalam khemah tu.


Wah, macam best jer. Laki nak jadi wanita. Cuma masuk dalam khemah tu jer? Kalau boleh jadi Brad Pit dengan cuma masuk dalam khemah tu jer..fulamakk!! Best tu!


Jadi, aku dengan member aku pun tercangaklah dekat situ nak tengok apa kesudahan 'drama' nih. Kesan effect dari bomoh moden si pakcik kopiah putih nih agak best lah. Bila dia cakap jer pastu dia wat bunyi angin ribut melalui mikrofon dan secara automatik khemah tu akan bergegar - gegar. Dalam masa yang sama dia cerita pengalaman dia pergi Indonesia la Grik la. Dan dalam masa yang sama dia bercerita dia menjual ubat - ubat yang kononnya boleh mengelakkan kena santau la darah tinggi la kencing manis lah.


Ayat - ayat dari mulut bomoh moden nih memang manis dan power la wa cakap lu. Buktinya bukan moyang - moyang dengan datuk nenek jer yang beli ubat dia..tapi pakcik-pakcik dengan makcik-makcik yang umur dalam 30 lebih pun turut berebut -rebut membeli. Cayalah!


Yang paling buat aku tergelak besar jugalah dekat situ bomoh moden nih bukan sebarang bomoh. Dari ubat santau sampai ubat jerawat dengan kurap pun dia ada. Haha! Dia dengan bangga cakap guna ubat tu jerawat semua hilang.Paling aku best sekali pasal bomoh moden nih sebab dia ada dua pembantu. Dua - dua lelaki. Dan seorang pembantu nih muka dia banyak jugalah jerawat dan kesan-kesan jerawat zaman silam dia(memang berlubang jugalah muka mamat tu). Aku ingat ker tak adalah orang nak beli. Alih - Alih berebut juga membeli. Yang membelinya semua berjerawat belaka. Aku bukan tak bagi beli tapi diorang ni tak nampak ker pembantu bomoh moden tu. Muka dia pun penuh jerawat.Kalau betul boleh hilangkan jerawat confirmlah muka dia licin. Tambah-tambah jadi pembantu tok bomoh. Confirm stok ubat hari - hari ada.


Disini, aku dapat lihat manusia senang dikaburi hanya melalui kata - kata yang manis. Kira macam tangkap leleh lah juga.Satu ubat dijual dalam RM10 macam tu. Dan hari tu saja dengan modal bercakap tak silap aku lebih dari 40 botol jugalah dijual. Wah, senang betul bomoh moden nih dapat duit. Cepat kaya tu!!



Okay, berbalik pada lelaki yang nak jadi perempuan tu tunggu punya tunggu akhirnya bomoh moden nih berkata,"Dengan nama Allah yang maha besar..Aku mahu kau keluar dari khemah nih dengan sempurna. Jika dilahirkan lelaki, maka keluarlah dengan lelaki. Jika dilahir perempuan, maka keluarlah perempuan." Pandai bomoh nih guna ayat - ayat sambil diselit nama Allah.



Macam tu lah bunyinya...aku dah lupa!!Lepas tu khemah dibuka. Semua orang ternanti - nanti! Haha! Seperti dijangka! Indah khabar dari rupa! Masuknya lelaki dan keluarnya pun lelaki! Haih, musnah impian aku nak jadi Brad Pit. Haha!



P/S: Manusia Senang Ditipu!!

17 ulasan:

  1. ahahha
    bomoh ni ckp cam x serupa bikin je
    kata nk tkr laki jd pompuan
    tp sblknya

    kata2 yg keluar dr mlt bomoh trsbt
    brlainan dgn erti kata yg sbnr

    "Dengan nama Allah yang maha besar..Aku mahu kau keluar dari khemah nih dengan sempurna. Jika dilahirkan lelaki, maka keluarlah dengan lelaki. Jika dilahir perempuan, maka keluarlah perempuan."


    sptutnya ckpla mcmnie

    "Dengan nama Allah yang maha besar..Aku mahu lelaki ini brtkr mnjadi perempuan"

    brula btl ngn apa yg dy ckpkn tu :P

    tp bodoh jgk sbb manusia2 ni prcaya ngn bomoh tu..
    spela bomoh tu smpi bley mnkrkn jantina makhluk ciptaan Allah S.W.T

    weeee ^_^

    BalasPadam
  2. bomoh tu blaja human comm and PR.Then apply gile2 kt business die.

    tu sbab la org prcaya,

    BalasPadam
  3. public speaking persuade punya tok bomoh tu pakai...
    haha3
    dapat 20/20 = A+
    madam shila bagi
    haha3

    BalasPadam
  4. adoi masa aku kat seberang perai pulau pinang, aku lihat bomoh gaibkan org

    BalasPadam
  5. Hans,
    tgk gambar bomoh tuh ponn bikin gua 'sesak nafas'...

    ha.ha.

    *Lebih gempaq, lelaki yg kuar dari khemah tu jadi Brad Pitt!*

    BalasPadam
  6. iaker generasi?
    ghaib?
    cam ner tu?
    story sikit

    sis syanaz...kalau leh jadi brad pit dah lama saya jd volunteer masuk dalam khemah tu

    haha3

    BalasPadam
  7. Ish2..Jangan percaya bomoh2 ni;p

    Percaya pada Allah sahaja:)

    BalasPadam
  8. bro...kadangkala mereka hanya bermodal air liur shj...aku pnah gak terkene sekali...beli lah sabun dia kata nagus utk hilangkan daki n hama di badan...cheh damn it...rupanya sabun serai biasa jek...

    BalasPadam
  9. brad pit? bukan ko nak jd martha stewart ke? hahah

    BalasPadam
  10. da memang keprcayaan org kite.

    nk buat cmne.

    zaman moden pn prcya lg bomoh.
    huh.

    BalasPadam
  11. betul la bro. pembantu pun tak ok, camne org lain nak ok. tapi org kita tak mau pulak pikir pasal tu.

    *haha. hemsem gambar bomoh rock tu.*

    BalasPadam
  12. jadi martha steward femes dowh...
    ada talk show sendiri
    haha3

    BalasPadam
  13. huhu3.....idop industri bomoh untuk RMK-10 Malaysia...(tiru ayat mastika)
    haha3

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com