Rabu, 20 Ogos 2008

Nasi Lemak Kopi O Di TV9

Aku minta maaf sangat - sangat sebab dah lama tak menulis dekat blog nih sebab sekarang memang aku sangat sibuk. Cuma aku agak bersyukurlah sebab sekarang aku tengah bercuti seminggu. Alhamdulillah!


Okay! Aku tak nak buang masa korang membaca dan seperti yang di janjikan aku nak cerita pasal aku pergi buat research dekat tv9 untuk assignment aku. Group assignment aku dapat Talk Show untuk assignment dan kami sepakat memilih rancangan Nasi Lemak Kopi O sebagai bahan research kami.





Aku dgn group aku bertolak pukul 7.30 ptg pada Khamis 31 Julai hari tu.Kami seramai 5orang dan aku satu-satunya lelaki tunggal dalam group tu. Fuh! Agak gelisah jugalah memikirkan macam mana nanti sebab kami akan tidur dekat rumah Amalina, salah seorang budak perempuan dalam group aku nih.


Selalunya kalau aku tumpang tidur pun rumah member lelaki dan ada juga geng lelaki tapi kali nih memang sejarah dalam hidup sendirilah. Bergerak secara solo! Haha! Alhamdulillah layanan yang diterima dari keluarga dia amat menggembirakan. Dah rasa macam rumah sendiri plak. Haha!


Keesokannya aku dan lain – lain terpaksa bangun awal pagi. Dalam pukul 4.30 pagi macam tu. Fuh, memang tak cukup tidur. Ngantuk gila!I Ini semua pasal nak bertolak awal sebab rancangan tu mula pukul 8 pagi. Takut tak sempat Mata masing – masing lebam jer. Sempatlah menjamah satu dua roti bersapu coklat.


Tertidur aku dalam kereta tu. Sedar – sedar dah sampai dekat bangunan tv3 tu! Yang bestnya kali nih senang pula lepas dari pegawai keselamatan dekat situ. Selalunya, macam – macam kerenah yang aku kena hadapi.


Kami berlima pun masuk la ke tempat rancangan tu bakal berlangsung. Tak sangka kami semua jadi audience rancangan nih sebab yang sebetulnya setakat nak tengok macam mana production team talk show nih bekerja.





Syukur dan tersangat gembira sebab dapat tengok secara live bagaimana program nih dijalankan. Pengacara pada ari tu ialah Aziz Desa dan Nik Saiyiddah ( Mek ). Memang kurus betul sekarang Mek nih! Tercabar aku nak kurus macam dia!


Dalam 2 jam jugalah program nih berlangsung! Lepas habis rancangan tu macam biasalah kan. Student yang baru nak ‘up’ nih bergambar dengan Aziz Desa, hos rancangan nih. Selepas tu penat jugalah menunggu nak interview editor rancangan nih sampai tak sempat aku pergi solat jumaat( tapi memang aku target nak ponteng pun ). Haha!





Lepas tu sempat jugalah bergambar dengan pemilik Aura Seri. Cantik orangnya!!





Alhamdulillah, semuanya selesai hari itu juga! Yang tinggal sekarang untuk menyediakan satu report yang bagus dan presentation yang hebat sahaja. Doakan kami semua Berjaya yer!!

16 ulasan:

  1. ok..aku doakan kejayaan ko...
    best la ko punye research....
    aku pun x pena smpi lg bangunn tv3 tu...

    BalasPadam
  2. wah.. best ah ko..
    jeles2.. aku nye project x de ah cam ko nye.. ye ah.. masscomm.. haha! semoge presentation ko gempak n best.. kalo x best wat2 la best.. hehe!

    BalasPadam
  3. wah bro...kira femes lah ko skang nih...msk tb tak ari tu???

    BalasPadam
  4. haha3...masuk juga la....tapi time pagi..saper la sangat nak tgok...haha3

    BalasPadam
  5. Kami seramai 5orang dan aku satu-satunya lelaki tunggal dalam group tu

    betul ke ayat ni?
    bukan semua pompuan? hahah

    BalasPadam
  6. adess....
    ko nih...
    aku suruh pakai cermin mata ko xnak pakai...
    adess...
    kan ker dah buta...
    ahha3

    BalasPadam
  7. bes! bes!

    kirim slm kt aziz desa.

    BalasPadam
  8. bila plak nak jumpa aziz desa tu izul oit>?
    ko kim salam dkt diana daniele weih..
    haha3
    dkt hafiz aku dah suwuh dia kimsalam dkt zaiton sameon
    wakakka

    BalasPadam
  9. nt aku nak tgk ko ada talk show sendiri. gempak :D

    BalasPadam
  10. ayooo....... kau ni memang suka nasik lemak eh? gambar display kat ym pun nasik lemak

    BalasPadam
  11. moga doa ko alia termakbul..amin..
    Nuar..semua tu kebetulan la..
    haha3

    BalasPadam
  12. Gua doakan agar ko kurussss mcm Mek...


    Errr, salah ke apa yg gua ckp?
    Cet!

    BalasPadam
  13. haha3...
    nak kurus lagi daa...

    BalasPadam
  14. wehh..
    aziz desa tuh duk depan umah aku ja..
    siap sedara aku lg..
    hahahhaa

    BalasPadam
  15. owh,sedara la kita basang..
    aziz desa tu ada kait dgn aku juga
    hahaha3

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com