Jumaat, 22 Ogos 2008

Sambutan Kemerdekaan Ke-51


Sambutan ulang tahun kemerdekaan Negara ke-51 yang bakal berlangsung tidak lama lagi sudah pasti akan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa gembira serta bangga kita sebagai warganegara Malaysia tercinta ini.


Tema kemerdekaan tahun ini ialah ‘Perpaduan Teras Kejayaan’. Setiap kali tibanya sambutan kemerdekaan, ia secara tidak langsung mengembalikan nostalgia saat – saat tanah bertuah ini bebas daripada cengkaman penjajah Inggeris. Televisyen dan radio pula berlumba – lumba menayangkan dan menyiarkan drama, klip – klip video Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan kemerdekaan, serta lagu – lagu patriotik terutamanya lagu nyanyian Allahyarham Sudirman.


Cuma kemerdekaan yang ke-51 ini dirasakan bagai hilang seri, hilangnya semangat untuk menyambut hari keramat ini dikalangan rakyat Malaysia itu sendiri. Buktinya lagi beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari yang penuh bersejarah itu tetapi mana perginya sambutan – sambutan tanggal bersejarah ini?




Sangat susah sekarang hendak melihat bendera Malaysia berkibar di bangunan – bangunan kerajaan, di atas kereta dan dimana – mana sekalipun melainkan sekolah dan tempat yang sedia ada bendera Malaysia di pasang.


Apa yang aku nampak dan membuatkan hatiku tersentuh hanyalah iklan Petronas yang di lakonkan oleh Aflin Shauki dan kanak – kanak lelaki yang berlakon dalam drama Bong sahaja.


Mana perginya sambutan – sambutan yang lain? Contoh membuat bendera terbesar ker? Bendera terpanjang ker? Yang asyik dibisingkan ialah tentang politik, politik dan politik. Aku sangat bosan dengan hal ini. Macam tidak ada lagi benda yang boleh difikirkan dan dibuat.


Entahlah! Apalah nasib Negara tercinta aku ini di masa akan datang! Wallahualam.



P/S : Hargai, Lindungi & Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Miliki Sekarang

12 ulasan:

  1. nothIng to Say..
    aLl riGht,..
    =p

    BalasPadam
  2. bro...generasi sekarang mana ada yg pernah rasa susah seperti datuk nenek kita dahulu...sebabtulah kita kurang penghayatan erti kemerdekaan...

    BalasPadam
  3. haih,itula pasal...
    aku rindu zaman2 dulu..
    rasa meriah...

    BalasPadam
  4. zaman dulu2? umur kau brapa erk? 89 ker aku ingat 56 thn..sori bro!

    BalasPadam
  5. yeay
    merdeka.merdeka.merdeka :D

    BalasPadam
  6. alahai,sungguh simbolik gmbr itu:)

    Anyway.selamat myambut hari kemerdekaan:)

    BalasPadam
  7. mlm merdeka nak main romen la! hahaha

    BalasPadam
  8. adoi...
    anuar...
    aku tahu ko dah tua..
    so,paham2 sendiri la...

    dickie...apa nih?
    ish2 ish

    BalasPadam
  9. btol doe.

    aku pun tak rasa pape.

    aku baca blog ko ni baru aku sedar lagi 8 hari nak merdeka tu.

    hihik. siyes.

    tp tol gak ar ko cakap.
    mmg tak meryah pun.

    dlu kekecik meryah ar.

    BalasPadam
  10. merdeka, merdeka dan merdeka...

    BalasPadam
  11. Apa yang aku nampak dan membuatkan hatiku tersentuh hanyalah iklan Petronas yang di lakonkan oleh Aflin Shauki dan kanak – kanak lelaki yang berlakon dalam drama Bong sahaja.

    kau faham mesej iklan tu?

    aku kurg faham n confius dan still mncari apa mesej die. kalau ko tau tlg britau.

    BalasPadam
  12. maksud iklan tu ialah....
    JANGAN KITA SELALU IKUTKAN KEHENDAK ANAK...AKHIRNYA ANAK AKAN BERUSAHA SENDIRI UNTUK MENDAPATKAN BENDA TU...
    MAKA ANAK ITU AKAN MENGGUNAKAN AKALNYA UNTUK BERFIKIR BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT BENDA ITU...
    AKHIRNYA DIA MENJADI INVENTOR @ PEREKA CIPTA DAN BERJAYA DI ZAMAN DEWASANYA...
    DALAM MASA YANG SAMA IKLAN ITU MENUNJUKKAN YANG AYAH DIA SANGGUP KORBANKAN KEINGINAN DIA NAK BELI MOTORSIKAL TU DGN KUMPUL DUIT HASIL JUAL BUAH CEMPEDAK UNTUK ANAK DIA BELAJAR...
    DAN AKHIRNYA IBARAT KATA ORANG TUA-TUA...KALAU ADA REZEKI..ADALAH...
    AKHIRNYA ANAK DIA SENDIRI YANG BELIKAN MOTO BESAR TU...
    ITULAH PENGAJARAN NYA IKLAN ITU...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com