7 Penipuan Orang Tua Terhadap Kanak - Kanak Ribena
Aku merasakan waktu kita kecil dulu adalah waktu kita sangat senang dan selalu ditipu oleh orang tua atau ibu bapa sendiri.
1)Makan buah limau jangan sampai tertelan biji. Nanti tumbuh pokok limau dalam perut.
Risau aku sewaktu pertama kali tertelan biji limau sampai bising – bising dekat rumah mengatakan pokok limau akan tumbuh dalam perut aku nanti
2)Jangan makan kepala ikan sebab nanti kita akan cepat lupa.
Aku memang takut nak makan kepala ikan. Ialah dah orang kata cepat lupa. Tambah – tambah sebagai seorang pelajar banyak yang kita kena ingat. Tapi bila aku dah besar dan bila aku makan tak jadi apa-apapun.
3)Jangan menyanyi di dapur ketika memasak sebab nanti kahwin dengan orang tua.
Pernah nasihat kakak aku jangan nyanyi waktu memasak. Nanti kahwin dengan orang tua kerepot tak ker malang. Tapi rupa – rupanya orang tua tak nak orang yang memasak tu leka atau alpa sehingga lauk yang dimasak hangus.
4)Berkhatan atau ‘masuk jawi’ dalam bahasa Kedah menyakitkan ibarat kena hiris dengan pisau.
Ramai kanak – kanak terpedaya dengan ayat – ayat dari lelaki dewasa nih (tapi aku tak terpedaya dengan benda nih). Akibatnya ramai yang berlari – lari memanjat pokok, menangis dan sebagainya akibat ketakutan yang melampau. Hakikatnya, bukan sakit pun tapi seronok sebab dapat banyak duit masa kenduri nanti.
5)Bila lalu dekat pokok besar waktu malam selepas pulang dari mengaji Al- Quran atau kelas tambahan kena minta izin tumpang lalu sebab pokok tu ada penunggu.
Aku tak pasti yang nih. Aku merasakan ini semua penipuan tapi ada orang kata betul. Tapi pernah jugalah aku buat. Aku rasa sama jer tahap ketakutan dia. Wallahuallam.
6)Mengelak dari membeli mainan yang agak mahal dengan mengatakan akan datang lain kali atau pergi ke tempat lain dengan menyogokkan mainan yang lebih bagus dari mainan tadi.
Hakikatnya ibu bapa merasakan benda nih tidak penting kepada kanak – kanak. Dalam masa yang sama wang yang ada boleh di beli untuk benda yang lebih diperlukan. Akibatnya, aku kempunan untuk bermain mainan terbabit. Adoi!!
7)Jangan keluar rumah atau terlalu nakal nanti ada hantu atau orang gila datang dekat dengan kamu atau mereka menculik kamu.
Sebenarnya, orang tua atau ibu bapa anda sudah mengalami fasa keletihan sewaktu menjaga anda dan dia mengeluarkan kenyataan itu untuk menakutkan anda. Aku rasa benda nih agak berjaya dilakukan pada aku sewaktu di usia 5 tahun kebawah.
P/S : Aku Tak Suka Ditipu Tapi Kadang – Kadang Suka Menipu.