7 Penipuan Orang Tua Terhadap Kanak - Kanak Ribena

Aku merasakan waktu kita kecil dulu adalah waktu kita sangat senang dan selalu ditipu oleh orang tua atau ibu bapa sendiri.

1)Makan buah limau jangan sampai tertelan biji. Nanti tumbuh pokok limau dalam perut.
Risau aku sewaktu pertama kali tertelan biji limau sampai bising – bising dekat rumah mengatakan pokok limau akan tumbuh dalam perut aku nanti

2)Jangan makan kepala ikan sebab nanti kita akan cepat lupa.
Aku memang takut nak makan kepala ikan. Ialah dah orang kata cepat lupa. Tambah – tambah sebagai seorang pelajar banyak yang kita kena ingat. Tapi bila aku dah besar dan bila aku makan tak jadi apa-apapun.

3)Jangan menyanyi di dapur ketika memasak sebab nanti kahwin dengan orang tua.
Pernah nasihat kakak aku jangan nyanyi waktu memasak. Nanti kahwin dengan orang tua kerepot tak ker malang. Tapi rupa – rupanya orang tua tak nak orang yang memasak tu leka atau alpa sehingga lauk yang dimasak hangus.

4)Berkhatan atau ‘masuk jawi’ dalam bahasa Kedah menyakitkan ibarat kena hiris dengan pisau.
Ramai kanak – kanak terpedaya dengan ayat – ayat dari lelaki dewasa nih (tapi aku tak terpedaya dengan benda nih). Akibatnya ramai yang berlari – lari memanjat pokok, menangis dan sebagainya akibat ketakutan yang melampau. Hakikatnya, bukan sakit pun tapi seronok sebab dapat banyak duit masa kenduri nanti.

5)Bila lalu dekat pokok besar waktu malam selepas pulang dari mengaji Al- Quran atau kelas tambahan kena minta izin tumpang lalu sebab pokok tu ada penunggu.
Aku tak pasti yang nih. Aku merasakan ini semua penipuan tapi ada orang kata betul. Tapi pernah jugalah aku buat. Aku rasa sama jer tahap ketakutan dia. Wallahuallam.

6)Mengelak dari membeli mainan yang agak mahal dengan mengatakan akan datang lain kali atau pergi ke tempat lain dengan menyogokkan mainan yang lebih bagus dari mainan tadi.
Hakikatnya ibu bapa merasakan benda nih tidak penting kepada kanak – kanak. Dalam masa yang sama wang yang ada boleh di beli untuk benda yang lebih diperlukan. Akibatnya, aku kempunan untuk bermain mainan terbabit. Adoi!!

7)Jangan keluar rumah atau terlalu nakal nanti ada hantu atau orang gila datang dekat dengan kamu atau mereka menculik kamu.
Sebenarnya, orang tua atau ibu bapa anda sudah mengalami fasa keletihan sewaktu menjaga anda dan dia mengeluarkan kenyataan itu untuk menakutkan anda. Aku rasa benda nih agak berjaya dilakukan pada aku sewaktu di usia 5 tahun kebawah.

P/S : Aku Tak Suka Ditipu Tapi Kadang – Kadang Suka Menipu.

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nombor 6 tu adalah faktor utama nape ko sonok sgt keje kt bhgn mainan kanak2 dulu.. haha..

    part kepala ikan tu, aku xkire ape org kata, yg pasti itu faveret aku time kecik2.. sape brani kate, aku bg panahan mata xpuas ati kt dier, sambil mulut aku still ngunyah mkn jugak pale ikan tu.. mak aku masak sedap2 tuk aku, mana ley xmkn.. kan?

    BalasPadam
  2. well...
    aku akui tu sume penipuan orang tua-tua...
    tapi mak aku tak penah tipu dia terus marah...
    so tak pasal-pasal kena marah

    BalasPadam
  3. John Micheal Takie Lewis(pendek kan nama hang weih..panjang sangat) : hang xpayah bagi tau..aku tau hang memang senang kena tipu..wakakka

    Nur Fadhilah : yups...tepat sekali tekaan anda...ekekekke...haha...tgok..ko makan kepala ikan pun pandai jer kan...jeles tul

    jowo : haha...sapa suruh wat masalah..kan dah kena marah...kekekek...tapi penipuan nih best juga..dapat dibuat ajaran pada anak2 buah nih..ekekek

    BalasPadam
  4. ehe. dulu takut sangat kalau tertelan biji. limau la,tembikai la. kalau betul, da macam2 pokok agaknya yang tumbuh dalam perut. hehe

    BalasPadam
  5. Nombor 2 itu memang ada kajian berkenaan kebenarannya. Yang fakta, hafiz Quran memang pantang makan kepala ikan.

    BalasPadam
  6. salam,
    aku rasa number 2 tu ang kena kaji blik fakta tu...

    BalasPadam
  7. missyizzati : tu la pasal ku bising satu rumah masa tu..takut daun kuar dari mulut..macam mana nak makan nasi..haha

    Anuar Manshor : owh,iakah?baru saya tahu..thanks atas informasi terkini nih

    Dzulagil : malas nak kaji...aku tahu aku makan sedap...ekekek

    BalasPadam
  8. hah. penunggu pokok.
    bukan org tua je.
    kanak kanak ribena pon ckp camtuh
    kat aku hish. :p

    BalasPadam
  9. tajuk menarik tapi reasearch x kuat. huhu..tapi ok what.

    kalau arwah nenek aku dulu x bagi makan sambil borak2. nanti kuar pokok ikut telinga. walhal nak suh kita x borak kan? tak leh sabung kaki masa meniarap (sama mcm dlm novel salina a samad said), nanti mak/pak kita meninggal (mcm la x meninggal sampai bila2). umah kitorang kat laut, takleh tdo kaki hala laut/musti kepala hala laut. entah pasai apa. takleh beli mender tajam malam2. pisau, sharpener etc etc etc. nanti mender akan yg buat kita terluka. bukan kuciwa a..

    byk lagi la. tapi 4 those yg asal dari kg mcm aku tau la. org bandar mcm korang sume ni dh takde dah. paling kuat pun. takleh tunjuk pelangi dengan jari telunjuk...apa hal? hehe.ciao

    BalasPadam
  10. Hunkiecrush : ko percaya tak diorang cakap?ekekek

    razor : haha...memang tak buat research..ni pengalaman sekeliling..xleh sabung kaki dgn borak waktu makan tu mak ayah aku marah xbagi buat sebab dia kata tak sopan..owh,keluarga ko kata pasal mak ayah mati ke dgn pokok keluar dkt telinga?haha..baru ku tau...aku orang kampung yg hidup dikawasan yang baru jadi bandar lah..sama jer..kampung bandar..

    reez : ko bab hantu jer percaya kan?adoi..ada pengalaman ke?

    BalasPadam
  11. mse aku kecik aku x g mengaji mlm2. haha

    BalasPadam
  12. sebenaqnya, sblm kita ditipu, mak pak kita terlebih dahulu kena tipu..
    ada btoi?? ahahaha.. :D

    BalasPadam
  13. yer la...tapi kalau bleh..nanti xmaulah tipu mcm nieeee

    BalasPadam
  14. haha. nice post laa. intresting. :)

    BalasPadam
  15. penah dengar tak, kalau makan kene makan setempat. kalau tak, kawin banyak. aku takut betul yang ni. sampaikan kalau terpaksa beralih tempat duduk, aku sanggup berenti makan. hahah.

    BalasPadam
  16. hehe..pasal kepala ikan tu btolla...hmmm;)

    BalasPadam
  17. dyod lalala : aku pun xmengaji malam..tetapi selalu ada kelas tambahan time memalam masa upsr dlu..haha

    pikato ezora : haha..betul2..pasnih mangsa seterusnya untuk menyampaikan ajaran zaman berzaman nih ialah anak2 buah ku..

    ladylikeme : haha..tapi best juga teruskan penipuan ni..sebab memang lucu bila dikenang

    asybedazzle : thanks..tapi kurang research..kalau tak lagi best kut

    aimy yasmin : haha..penah dengar..aku laki..xkisah sangat..wakakaka

    princess liyana : betul ke?berkesan pada individu tertentu kut macam tahfiz dgn cikgu..dkt aku tak pun..haha

    BalasPadam
  18. aku pon kena kelentong. ilmu tak cukup. tapi bila dah besar jadi kaki pembangkang parents pulak.

    BalasPadam
  19. Matt : Haha...biasalah tu..tapi aku bukan bangkang selalu pun parent aku..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama