2 Guru Yang Kurang Disukai Kelas 6 Arif

Sebelum aku bercerita pasal entry kali nih, aku menasihatkan semua walau seburuk mana pun guru kita sayangilah mereka seadanya(saja buat khidmat sosial sikit dekat sini). Haha.

Guru Pertama

Berdasarkan entry sebelum dan sebelum nih, aku ada bagitahu korang semua pasal cikgu kelas 6 Afdal yang dimusuhi dan dibenci hampir semua majoriti kelas 6 Arif. Nama cikgu nih kalau tak silap aku Cikgu Rusnani kut.

Persengketaan bermula waktu kami semua di darjah 5 lagi. Pada masa tu, kelas darjah 5 yang lain semua dekat bahagian bawah tetapi cuma kami satu – satunya kelas darjah 5 yang bertempat di atas sekali sederet dengan semua kelas darjah 6. Kelas kami kan baguih(bagus). Pasal tu duduk dekat atas. Haha. Dan yang malangnya, kami berjiran dengan kelas yang cikgu nih ajar. Faham – faham jer lah kelas aku nih riuh rendah memanjang jadi cikgu Rusnani nih memang panas la dengan kelas aku.

Itu salah-silah permulaan persengketaan antara kami dengan dia. Bila kami di darjah 6 pula walaupun kami dah tak berjiran lagi tetapi cikgu Rusnani nih masih ‘ambil berat’ pasal kelas kami. Pantang sikit bising atau ada buat salah sikit mesti kami lah kelas utama yang menjadi mangsa sasaran beliau yang suka berleter dan memarahi kami semua dengan durasi masa yang agak panjang. Kadang – kadang kelas lain yang bising tapi kelas kami juga yang menjadi mangsa. Tak adil kan?

Beliau juga selalu mengatakan kelas kami nih berlagak pandailah(berlagak apanya..dah memang pandai pun), tak mahu dengar cakap lah dan sebagainya sampailah satu hari tu mungkin dia sangat bengang dengan kelas kami sampai beliau berkata….mungkin macam nih lah kut dialog beliau(kira halal lah) :-

Beliau : Hang pa semua ingat hampa dah cukup baguih? Ingat kelas hampa nih kelas no 1 hampa dah boleh dok bangga? Tahu lah kelas hang pa semua pandai..janganlah ganggu kelas lain yang tak pandai macam hang pa nak belajaq..
Kelas : (semua bising – bising)
Beliau : Tu lah. Aku cakap hang pa bukan nak dengaq..sombong..berlagak..perasan sangat hampa nih baguih dari orang len..hampa jangan ingat hampa ja boleh dapat 5A…aku nak hang pa tengok kelas aku pun nanti ada yang boleh dapat 5A..(sambil keluar berlalu pergi meninggalkan kami semua dengan wajah yang gila bengang)

Suasana diam seketika. Masing – masing terkelu dan tiba – tiba sejarah tercipta di kala itu. “Hooraaayyyyyyyyyyyyyyy,” kebanyakan budak kelas bersorak riang bila cikgu tadi keluar. Haha.

Macam entry aku sebelum ni ‘21 Kenangan Terindah Di Kala Sekolah Rendah’ berkenaan kontroversi keputusan persembahan nyanyian antara kelas darjah 6 di masa itu juga melibatkan dia sebagai pencetus kepada masalah ini. Budak kelas yang mewakili kelas aku waktu tu memang ramai lah dan selepas persembahan kami memang dilihat sebagai pesaing utama dan disebut – sebut(kira memang confirm lah) bakal menjadi johan. Ialah dah hari – hari berlatih. Sewaktu pengadil mengira markah, tetiba kami melihat kelibat beliau pergi ke arah hakim – hakim ini dan berbisik – bisik sesuatu. Kami semua mengesyaki sesuatu dan keputusan di umumkan. Kami bukan saja tidak mendapat johan tetapi tak silap aku kelas aku mendapat nombor yang agak teruklah daripada 5 pasukan lain. Menangis – nangis budak perempuan kelas aku tak puas hati.

Apabila keputusan UPSR diumumkan, kelas yang beliau ajar langsung tidak mendapat hatta 1A sekalipun. Beliau diboo oleh kami semua sewaktu beliau melintasi kelas yang kami duduki waktu itu. Aku dan sekelompok budak kelas aku sedih juga bila melihat dia diboo sedemikian rupa dengan wajahnya yang seperti mahu menangis tetapi akhirnya masing – masing berkata PADAN MUKA. Macam sedikit kejam tapi itulah hakikatnya. Masing – masing melepaskan geram dengan menyebut perkataan Boo sekuat hati tapi paling tidak ini baguslah dari idea asal sebelum nih yang mahu memancitkan tayar kereta beliau atau pun menggores kereta beliau. Haha.

Guru Kedua

Cikgu kedua yang majoriti kelas sangat – sangat tidak menyukai beliau ialah cikgu muzik kelas kami. Beliau seorang perempuan, bertubuh tersangat besar, berkulit hitam manis dan mempunyai muka yang sedikit bengis dan menggerunkan serta pergi ke sekolah dengan menaiki van. Satu – satunya guru yang menaiki van ketika itu. Aku terlupa nama beliau tapi yang pasti ramai sangat yang tidak menyukai beliau kerana mulut beliau yang suka mengeluarkan kata – kata kesat atau senang cakap suka mencarutlah dan memanipulasikan perkataan mak bapak sebagai penaik kemarahan kami semua. Suka mencarut dengan mengaplikasikan alat – alat muzik sebagai bahan carutan beliau kepada kami. Satu situasi di kelas pada waktu subjek muzik :

Beliau : Hari nih saya suruh kamu semua bawa recorder…ada sapa – sapa ka tak bawak?
Kelas : Tak bawak lah cikgu. Kami lupalah.
Beliau : Hang pa semua nih suka buat aku marah. Hat pompuan tu kalau tak bawa recorder tak pa lah..depa dah bawa ‘kompang’..nih hang pa nih budak – budak laki tak bawa recorder pasai apa? Nak aku suruh hampa main ‘recorder’ hang pa ka?
Kelas : *&^%$#^*&(*&……..(dalam hati)

Masing – masing bengang. Ada juga yang nak tergelak sebab hasil kreativiti terlampau cikgu muzik tu mengaplikasikan alat – alat muzik sebagai bahan carutan beliau.

Kami juga terlalu bosan dengan beliau kerana asyik – asyik menyuruh kami menyanyikan lagu ‘JAMBATAN PULAU PINANG’. Dahlah dia pun turut menyanyi sama. Naik loya aku dengar lagu tu tiap – tiap minggu. Budak yang selalu mengutuk beliau adalah Dzulfitree. Kelas kami waktu tu di tingkat 2 dan subjek muzik nih pula di waktu – waktu akhir sebelum balik. Yang tak tahan dengan Dzul nih…cikgu muzik tu sedang menuju tangga untuk sampai kelas aku. Budak – budak lain dah duduk dah dekat kerusi tetapi dia pula lain.

Dzul : Apalah yang hangpa takut sangat? Dia kan gemuk. Nak langkah satu anak tangga pun ambik masa sejam. Satgi loceng bunyi barulah dia sampai dekat kelas kita nih. Jangan dok risaulah.
Beliau : Apa yang bising – bising sangat nih??(muncul dari tepi pintu dengan muka berpeluh – peluh sambil mengeluh tanda penat ibarat berjogging mengelilingi padang 10 pusingan)
Dzul : Eh, tak dak apa – apa lah cikgu.(muka tidak bersalah)
Kelas : ……..(masing – masing tahan gelak)

Inilah antara guru – guru yang berkaitan dengan kehidupan kami sewaktu darjah 6 yang kurang disukai kami semua. Segala – galanya sekarang sudah berubah. Masing – masing dengan kehidupan masing – masing. Majoriti berjaya ke menara gading bukan sahaja dalam negeri malahan di luar negara seperti Russia, London, Japan dan sebagainya. Masing – masing bakal bergelak doktor, jurutera, ahli perniagaan, pakar makanan, wartawan dan sebagainya. Doakan kami semua berjaya!!

P/S : Aku Suka Cikgu Praktikal KHB Masa Darjah 6 Yang Cina Tu, Bee Shrau Sher. Korang?


18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. kenangan skolah rendah~
    windunya kantin skolah..
    hehe..

    anyway, mmg patut pn korang bengang ngan cikgu2 macam tu..hehe

    BalasPadam
  2. jambatan pulau pinang? lagu ape tu? cube nyanyi sket..
    pakcik, aku tag ko..
    keh3..

    BalasPadam
  3. serious..
    kejam gile budak sekolah kau "boo" cikgu tuh..haha.. teringat member aku dulu, ade cikgu jatuh dalam longkang. die pegi dekat cikgu tu. pastu cakap " tepuk tepuk pengakap"sammbil wat tepuk pengakap. pastu gelak.. gile babi jahat. pastu cikgu tu panggil die then tumbuk perut die. tu pon die boleh gelak lagi.haha..
    apa-apa pon.. crite- crite ko time sekolah dulu bes.. buat aku gelak dan teringat.

    BalasPadam
  4. hapeace : haha..tahu xper

    aimy yasmin : suara aku xsedap..xmau nyanyi..lagu jambatan pulau pinang tu dalam buku teks masa tu..thanks tag..nanti aku try settlekan tag..

    AkuKopiKauSiapa : kejam la..beliau(cikgu itu) pun kejam dgn kami..tapi member ko tu lagi gila kejam + sengal...ada patut buat tepuk2 pengakap...gila kuang jaaqqq(bahasa kedah)..haha..kena tumbuk pun leh gelak?gila kebal punya perut..thanks..tu pengalaman aku..kongsi dgn semua..

    BalasPadam
  5. kuang ajaq! hahaha. :D

    but siyes rmai ckgu skrg byk nau yg sk bt prgai bdk2 gdh ngan student.

    msa drjh sy xde ah byk pglmn.
    but msa form6 byk ckgu bt hal.
    kmi 12 org je satu kls n ckgu chemist 3 org je. sorg ajar organic,sorg inorganic n sorg physical chemist.

    yg physical chemist ni bisek. raba bdk laki punya anu. gila btl.
    yg organic ni mulut lgkang. skit2 ckp 'sy dlu sll dpt straught a sbb dkola mara'. mcm hampeh.
    yg inorganic plk ikut angin sbb dh andartu. ada satu ma kls dia suma smbnyi beg dlm loker then hlgkan dri. semggu merajuk xnk ngajar n xde sorg g pjk. hahahaha.

    btw,hepi eid! selamat berkorban. :)

    BalasPadam
  6. Isk, isk, isk ...
    Aku malas nak komen pasal pe'el cikgu2 neh. Dah lama zaman tu berlalu. Dah malas nak ingat.
    Ha a ha, ini bukan bermakna aku budak nakal dulu2. HaHaHa.

    BalasPadam
  7. wahaha.. dialog di akhir entry ko sgt klakar.. kwn aku kata aku giler sbb senyum sorang2..

    BalasPadam
  8. emm kalau aku guru aku xsuke guru yang belagak dan gile kuasa mcm cikgu disiplin aku lah....

    BalasPadam
  9. Irma Ain : cikgu phsyhical cemist ko gay ke>??gila dasyat...haha...happy eid too

    Deen : haha..cubaan mengcover(jahanam lagi bahasa inggeris) diri nih..ngaku jer ko nakal..huhuhu

    Nur Fadhilah : aku sokong kawan2 ko..haha

    Teddi : ingat pesanan awal2 entry..walau apapun beliau tetap guru anda..haha(xleh blah lak ayat aku nih)

    BalasPadam
  10. sungai korok tuh apa maksud dia weh?
    ahahah

    BalasPadam
  11. kenangan lalu kalau diimbas kembali memang best..macam2 ada...kalau anak cucu ni baca mesti dorang gelak tawa nanti kan..hahaa...

    BalasPadam
  12. xsngka hanis leh igt sume niehh!hebat gila..alin nm cikgu pown dh xigt..wakakaka..;P

    BalasPadam
  13. Taqie : sungai korok tu masuk dia KOROK MU...haha...entah..mengikut riwayat rekaan budak2..dulu skolah itu ialah sungai dan tengkorak telah di jumpai di situ..sebab itu di nama sungai korok...aku merepek je..jgn percaya...

    Ajeem : minta2 ada la anak cucu...kalau pendek umur kempunan la..haha...

    Misssunshine : alin?adlin kah?haha..biasa lah..walaupun selalu makan kapla ikan masih ingat....susah nak lupa..memori still kuat..alhamdulillah..huhu

    BalasPadam
  14. guru pertama : antara gurl yg mnangis kerana klas kita x menang ialah awa.weii penat wo0o jd mak andam penari klas kita..haha..awa nk tamba skit.ada ka patut bdak klas cikgu ni nyanyi lagu 'sya na na' yg rock tu pakai kain batik? serious x leh blah..

    guru kedua : awa x ingt muka but stil leh ingt peristiwa ni. laki kena panggel rekoder..gurl plak kompang..awa skit x terasa coz awa main melodian..hehehe

    BalasPadam
  15. awa : haha..iakah?ku ingat yg kelas diorang wat tarian yg guna tempurung kelapa ketuk2 tu...huhu
    cikgu muzik tu memang xleh blah

    BalasPadam
  16. em..
    ku nak story skit..
    dlu ade kes kecurian kat sek, die tangkap srang bdk nie, klau x silap, mamat namenye, kesnye mencuri color pencil je.. mamat nie oku,die ronte2 n teriak ckp x buat, sian gak la mase 2, cikgu2 lain tgk je, ade sorang cikgu nie buat ape tah then jumpe color 2 kat blukar blakang sek.cikgu srang 2 pakse gak mamat mgaku, but die x mengaku gak.so p jumpe g.besor..
    dlm hati ku mentang2 lah die miskin, tudoh die mcuri, dah lah xde bukti!die dah lah oku, sian die.xtaulah ape jd kat mamat skrang, die dah pindah dri kamp 2. hrap die bhgie...

    BalasPadam
  17. sengkool ; gila sedih cerita ko...story nanti dkt aku...

    BalasPadam
  18. oh my god.... your story is so sad.. i'm so sorry...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama