Apa Kenalah Dengan Korang Nih?

Aku pelik dengan sikap beberapa orang yang aku pernah kenal. Aku cerita dari awal lah. Masa sekolah dulu di waktu akhir persekolahan(kira perpisahan lah tu) masing - masing nangis - nangis(aku tak lah..susah sangat nak nangis) dan dialog yang selalu diucapkan adalah :-

Dialog 1 : wei, korang nanti jangan lupa aku yer.
Dialog 2 : rajin - rajinlah sms weih
Dialog 3 : dah berjaya nanti masuk U jangan lupa kami nih.

Bila keputusan SPM diumum ada yang bagus ada juga yang sebaliknya. Itu rezeki masing - masinglah. Tak semestinya dapat masuk Universiti, Maktab Guru, Politeknik dan seumpamanya menunjukkan korang tersangat bagus dan menentukan korang pasti akan menjadi kaya atau berjaya. Itu semua rezeki dan takdir masing - masing bergantung kepada usaha masing - masing.
Alhamdulillah, keputusan aku boleh dikira cemerlanglah dekat sekolah tu tapi kalau ambil kira keputusan semua manusia masa tu aku nombor yang keberapa puluh ribu pun tak tahulah. Alhamdulillah, aku tak pernah membangga diri dan sentiasa memberi semangat pada yang lain. Dialog yang sangat popular masa tu yang aku selalu dengar :-

Dialog 1 : Lepas nih dapat masuk U jangan lupalah dekat kami.
Dialog 2 : Jangan lupa dekat aku yer.
Dialog 3 : Terrorlah hang..tak macam aku.

Haih, belum apa - apa dah menuduh aku lupa member - member. Tak kisahlah. Aku tahu diri aku. Aku bukan jenis mudah lupa sahabat atau lupa diri. Aku mesti ingat asal usul aku. Lepas tu aku sangat tension. Keputusan agak bagus tapi tak dapat langsung tawaran mana - mana. Telinga aku berdesing dah dengan mulut laser sesetengah orang. Contoh dialog yang femes waktu tu ialah :-

Dialog 1 : takkan tak dapat mana2 lagi?kata banyak A.(nada sangat sinis)
Dialog 2 : budak tu satu A pun dapat masuk U.(macam tuduh aku menipu plak)
Dialog 3 : ada rezeki dapatlah tu.(cuba memujuk)

Waktu tu memang gila tertekan. Tapi itulah. Akhirnya ada juga rezeki dapat banyak tawaran walaupun panggilan kedua. Gembira sangat - sangat. Aku pun bagitahu lah member - member nih nak berkongsi kegembiraan. Dialog yang sangat menusuk kalbu masa tu :-

Dialog 1 : Orang nak masuk U mana layak nak kawan dengan kita.
Dialog 2 : Lepas nih sah tak ingat kita dah lah.
Dialog 3 : Lepas nih jangan haraplah dia nak mesej kita.

Aku sangat pelik dengan diorang nih. Aku belum masuk U dah macam - macam dah benda negatif dituju pada aku. Bukan aku nak pergi Oxford pun sampai nak kata macam nih. Bila masuk U pula, maklumlah aku masih belajar cara nak menjimatkan duit jadi memang jarang topup. Busy dengan assignment lagi. Tapi aku still mesej diorang. Ada yang balas ada yang tak. Aku sentiasa fikir positif. Taknak fikir negatif. Hidup kena positif baru ceria.

Masalahnya, mereka selalu mesej waktu yang tak kena. Contohnya, esok aku terpaksa submit assignment yang markahnya bernilai 20 dan diwaktu itulah diorang mesej. Aku nih pula terlupa nak balas(sibuk kutt). Lalu dikata aku sombong. Dah lupa kawan. Akhirnya, hanya 3 dialog nih jer aku cakap :-

Dialog 1 : Kalau aku sombong..aku memang takkan mesej korang.
Dialog 2 : Kalau aku dah lupa kawan..aku dah lama tukar no hp aku.
Dialog 3 : Korang mesej aku masa yang tak sesuai..korang kenalah faham. Hidup dekat sini tak sama macam zaman sekolah.

Alhamdulillah, ada yang faham. Ada yang buat - buat faham. Ada yang tak faham. Ada yang buat - buat tak faham. Bila masa berlalu, hal ini menjadi semakin rumit. Aku kadang - kadang berfikir sendiri. Aku bukan nak berbangga aku masuk U(ialah aku bukan belajar dekat Universiti yang termasuk dalam rangking 10 teratas dekat dunia nih)...tapi aku rasa member - member aku tu sangat bertuah sebab aku masih sanggup berhubung dengan diorang walaupun diorang sekarang tidak belajar atau belajar di kolej swasta jer. Dulu, mereka selalu yang cakap aku akan lupa pada diorang tetapi akhirnya mereka yang lupakan aku atas alasan :-

Alasan 1 : Budak U mana sama dengan kami nih..belajar pun tak tinggi mana.
Alasan 2 : Hang dah ada member baru yang lebih standard dari mereka.
Alasan 3 : Aku nak tumpu pada pelajaran(manusia yang sambung belajar juga).

Ialah, aku taklah kata semua member - member lamaku macam nih cuma ada segelintir yang macam ni membuat aku kecewa. Bagi aku...kau belajar lah setinggi langit pun atau sedalam lautan pun tapi rezeki masing - masing. Tak semestinya kalau tak masuk Universiti bererti hidup kau tu tak der makna. Ramai juga manusia yang berjaya tak belajar tinggi - tinggi pun tapi dah rezeki masing - masing. Bersyukurlah kan.

Pasal ada member baru ker tak....kemana kita pergi takkan kau nak jadi kera sumbang. Hidup bercakap dengan dinding atau cermin. Aku masih waras. Hidup nih memerlukan kawan. Kawan gembira senang sangat nak cari..kawan susah tu memang susah bebenor nak cari. Serius aku cakap aku kecewa dengan manusia yang menggunakan alasan nombor 2 tu. Aku ingat semua member - member aku dari yang paling tak cerdik sampai yang paling pandai.

Pasal nak tumpu pada pelajaran...memanglah pelajaran tu penting tapi takkanlah jika dengan membalas satu sms dari member akan membuat keputusan peperiksaan gagal??? Bukannya bermesej setiap satu saat tapi sebulan sekali jer pun. Bila aku tak balas dikata aku lupa. Bila aku sms ini alasannya. Jahanamlah punya alasan.

Mungkin ada diantara kita yang bersikap macam nih dan aku harap korang tolonglah buang sikap - sikap nih tambah - tambah kalau mereka itu antara sahabat baik korang. Walaupun aku tahu manusia yang aku tuju benda nih tidak pernah ada blog hatta membaca blog tetapi aku puas sebab aku dapat meluahkan benda - benda bodoh yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat menyakitkan hati.

P/S : Budak Uitm Tidak Terlibat Yer...Risau Juga Lepas Grad Nanti..Geng - Geng UiTM Nih Nak Jadi Macam Dalam Entry Nih Ker Tak? Aku Harap Tidaklah Kan.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Mulut org g2la.alahai.mcm2 jenis org.xleh nk jaga hati smua org kan?

    BalasPadam
  2. biar je ar dorang.. mulut dorang.. hati sama hitam, rambut lain2..
    yang penting hans tau siapa hans..

    BalasPadam
  3. tuh lah ang.
    kawan ngan org sensitif
    mmg lagu tu
    agaaggga

    BalasPadam
  4. Ted Baker : Memang sabar jer..yg tu jer mampu

    Princess Liyana : yups..sokong2..tak dapat puaskan hati semua orang

    Lotsoflove : alhamdulillah...

    Takie : masa aku kawan tak plak sensitif..ntah..lantaklah

    BalasPadam
  5. weh hans.
    itu sennayer bukan diorang nak cakap kau yang sombong. tapi itu sebenarnya diorang terlampau ego nak cakap diorang akan rindu kau bila da abes blaja, kau jangan lupakan die, jadi bile datang ego nak mengaku diorang akan rindu kat ko. so diorang cakap la. nanti da masuk U nanti mesti sombong aje. walaupon maksud die berbeza sebenarnya. Ego nak mengaku.

    BalasPadam
  6. ya aku stuju dgn knyataan ni.
    tp apa2 pn ingat la.
    biaq dpa tak tau kta ingat depa..

    BalasPadam
  7. luckily for me, my friends all active social network and sometimes we msg each other.

    :)

    mesti gila sentap, annoyed gila kan masa dapat msg macam tu?

    BalasPadam
  8. ahaha~
    aku pon same laa..
    paling menci ayat ni..
    "yelaa... ko kan budak pandai.. mane nak ingat kat kitorang yang tak setaraf ngan ko ni.."
    hell. baru sekali aku tak balas msg.
    geramnyeee!

    BalasPadam
  9. aku rajin tegur member klu trjumpe.. tp member asal boleh nk lari dr aku.. aku muke mcm raksasa ultraman burok nk mampos keh? haiiiyyyaaa

    BalasPadam
  10. uiks, tertekan gak kalau dlm situasi camtu.
    apa2 pun, bawak bersabolah yea~

    BalasPadam
  11. akukopikausiapa : dah faham akhirnya maksud ko..thanks kopi..

    adalicious : aku bila orang kata macam tu mula aku nak betul2 lupa diorang..baru padan muka..haha

    aliya azmi : bukan semua cuma 2-3 orang tapi tak kisahlah kan..terpulang pada diri mereka lah..lagipun kawan aku bukan diorang jer pun...

    aimy yasmin : haha..tahu xper..sakit hati kan?

    akma : adakah ko menjelma jadi puaka niyang rapik masa tu>?haha

    lee : alhamdulillah..sentiasa bersabo

    BalasPadam
  12. alahai.. camni la kot jd pd qira t staun dua lg :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama