Selasa, 2 Disember 2008

Cubaan Membunuh Diri???

Pada hari ini adalah hari pertama aku keluar berjalan – jalan meronda – ronda bandaraya Aloq0 Staq tercinta nih semenjak cuti hari tu. Fuh, best plak menghidu karbon monoksida dari kereta – kereta mewah di sepanjang jalan nih. Nikmat!!

Aku meletakkan motosikal aku di tempat parkir motosikal yang tidak berbayar tetapi disebelah aku berbayar. Maksudnya aku meletakkan motosikal aku dekat tempat yang aku rasa motosikal aku tak boleh berada dekat situ atau dengan lebih tepat lagi secara haram untuk mengelakkan sewa RM1. Beranikan aku? Aku bukan kedekutlah tapi aku nak beli barang sekejap jer pun. Dan dengan pantasnya aku menuju kedai berhampiran Pekan Rabu untuk membeli barang – barang yang dipesan.

Selesai semua benda, aku pun menyiapkan dirilah memakai topi keledar dan menghidupkan enjin motosikal.Vroommmmmm! Vroooommmmmmm (mat rempit kalau ajak aku rempit pun confirm diorang menang)….. Aku pun memulakan deruan pertama dengan gembiranya.

Sedang seronok memandang sambil menghargai pemandangan alam tetiba dari jauh aku ternampak adalah seorang pakcik dalam lingkungan 30-an nak melintas jalan. Dengan kereta yang banyak di belakang dan di depan aku jadi aku rasa mungkin pakcik nih takkan jadi melintas. Siapa tak sayang nyawa kan?

Tetapi, alih – alih pakcik tadi membuat cubaan berani mati dengan lagak ala – ala nak melintas jalan. Aku yang maha terkejut nih memperlahankanlah motosikal sehingga kelajuan menyamai siput babi melintas. Lepas tu tengok – tengok pakcik tadi tak jadi nak melintas. Tahu takut kena langgar dengan aku..hahahaha (gelak jin). Aku pun mulalah melajukan kembali motosikal aku.

Tetiba pakcik tadi membuat cubaan berani mati kedua nak melintas lagi. Terkejut tahap mega punya aku waktu tu. Dah dekat gila dengan motosikal aku. Sial betul orang tua nih. Nasib aku sempat brek mengejut. Lepas tu dia boleh pula pandang aku macam tak ada apa – apa yang berlaku. Ikut hati aku yang panas membara nih nak jer aku…….lihat situasi yang mungkin berlaku :

Ini mungkin antara dialog dalam hati masing – masing dan situasi yang bakal berlaku.

Situasi Pertama

Hati Aku : Haih, pakcik! Butakah tak nampak aku dengan kereta – kereta nih?
Hati Pakcik : Aku memang buta pun. Hang ja tak tau!!
Mungkin : Berlalu pergi meninggalkan pakcik tu terkapai – kapai melintas.
Fakta : Dia tidak buta sebab dia nampak aku

Situasi Kedua

Hati Aku : Sabaq lah pakcik oit! Tak kan hang tak nampak aku yang besar nih kut!!
Hati Pakcik : Maaflah nak oii…pakcik rabun…maklumlah dah tua kata orang!!
Mungkin : Hon dibunyikan bertalu – talu.
Fakta : Mungkin juga.


Situasi Ketiga

Hati Aku : Tak sayang nyawa btui..mau jer aku hon sampai jadi tuli orang tua nih!!
Hati Pakcik : Maaf nak. Pakcik memang nak bunuh diri. Dah tak sanggup hidup lagi!!
Mungkin : Aku memang bakal terlanggar dia kalau dia nak bunuh diri.
Fakta : Gaya pakcik tu memang macam tak sayang nyawa

Situasi Keempat

Hati Aku : Kim*k betul orang tua nih. Buta kut! Kalau hang mati aku plak dikata salah!!
Hati Pakcik: Bab* punya budak. Tak nampak ka aku nak melintas!!
Mungkin : Aku patah balik pastu langgar dia lepas tu lenyek – lenyek dengan moto aku.
Fakta : Pakcik tu mengjengkelkan aku

Bengang jugalah aku dengan pakcik tu. Nak kata tua tapi muda lagi. Kalau tua sangat tu lain lah ceritanya plak. Kalut nak pi mana pun taktau. Kalaulah aku terlanggar pastu dia mati plak dekat situ. Mesti aku disalahkan atas sebab aku pembonceng motosikal. Dan mungkin juga tak pasal – pasal aku dikatakan plak mat rempit(layak ker?haha)…padahal punyalah baik aku bawa motosikal tadi. Nasib! Nasib!

P/S : Melintaslah Dengan Memandang Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Kiri dan Kanan Sehingga Betul – Betul Diyakini Diri Anda Selamat Dari Malapetaka.


23 ulasan:

  1. sy kwn jazli.
    yg knl gitu2 je. hahaha. :D

    link anda i've put at my sidebar.
    so next time sng jenguk2.
    bole? :)

    BalasPadam
  2. realitinya, ank buat pa?
    situasi 1, 2, 3 atau 4?
    (sbnqnya aku musykil cbb aku tau ank berpotensi utk melakukan kesemua situasi..:P)

    BalasPadam
  3. irma ain : owh member jazli..okay..saya pun dah link kamu...sama2 rajin..

    Kembara Politik : sebab sabar la..kalau tak memang langgar lari la jawabnya..haha

    Pikato Ezora : ang agak2 la...yg ang agak tu kira betoi la..waakkakaka

    BalasPadam
  4. belah ja pakcik tuh..
    pastuh hang bagitau kat dia.. oii pakcik, hang nak lintaih jalan pi la naik jejantas kat peka rabu tu.. selamat pon selamat..
    leh dapat pahala sedekah sama sebab ramai pengemis..
    hahahahahaha

    BalasPadam
  5. dekat mana oi ang nk langgaq org?
    aku nk p langgaq pakcik tuh truih!
    kecik2 xmau mampoih!
    dh besaq nyusah kan org
    ayat mcm aram g aku!

    BalasPadam
  6. Jazli Safwan : gila kejam ang ni rupanya..nampak jer baik...haha..nanti aku praktikkan nasihat nih

    dzulagil : aku tak tahu la masalah dia

    Taqie : umuq dia panjang tapi akai dia xpanjang...nak wat lagumana..sabaq ja la

    BalasPadam
  7. hahaha xtidow lagi sahabatku ini...
    emmm saba2 tpi yg penting selamat btolkan

    BalasPadam
  8. ko nie.. halal beralal je ngan owang tua.. nak raye aji nie..

    BalasPadam
  9. biar laju asalkan selamat! harharhar!


    " Nobody gonna take my car
    I'm gonna race it to the ground
    Nobody gonna beat my car
    It's gonna break the speed of sound
    Oooh it's a killing machine
    It's got everything
    Like a driving power big fat tyres
    and everything..."

    highway star
    deep purple

    BalasPadam
  10. aiii...
    xkn suma ank wt??
    melampau lh 2..
    ank xmau cta ka apa jd pas ank lakukan keempat2 situasi tersebot??

    BalasPadam
  11. hep hep..aku la pak cik tu.. o hang kutuk aku na?

    aku bukan buta, rabun pun tak jugak...

    aku kejaq marka kat depan nuh. hang budak2 apa tau?

    hehe..

    BalasPadam
  12. ermm..
    yup..
    utp kat tronoh..
    hehe, atceli toronto.. =P

    BalasPadam
  13. Teddi : haha..tu la pasal...nasib2

    Tirumacamanyss : bukan tua sangat pun orang tua tu...

    Gayour : haah3..thanks gayour comment blog gua...huhu..biaq laju asai selamat noh..sokong2..nyanyi plak dia

    Pikato Ezora :xmau..xmau..wakakka

    Razor : ko ker pakcik tu?silap aku xpatah balik pastu langgar ko sampai lumat...wakakkak

    Hapeace : owh,sama dgn member aku

    BalasPadam
  14. Alahai,pakcik itu mamai kah?hehe.brani btol

    BalasPadam
  15. naik jer bas..
    pastu langgar..
    abes citer..
    =P

    BalasPadam
  16. princess liyana : tak tahu lah mamai ke tak..mata celik jer ku tgok...

    hapeace : kejamnya hang...mengalahkan zionis..haha

    BalasPadam
  17. die nyayok kot.nanti ko dah tue jadi mcm 2 bru tau.

    BalasPadam
  18. Sengkool : ko pernah rasa x macam mana mulut kena cili?haha

    BalasPadam
  19. gile kelakar lar baca dialog2 tuh hahahaha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com