Jumaat, 23 Januari 2009

Biar Botul Ekau Nih!!!

Post entry kedua hari nih lepas entry dekat bawah tu. Hari nih aku terpaksa bangun awal pagi kerana ada kuliah(musnah mimpiku yang indah). Hasil kerjasama rakan – rakan sekelas yang budiman iaitu Kodik dan Daydek ditambah ringtone Christmas hp aku yang maha bising nih maka berjayalah aku bangun dengan jayanya untuk ke kelas. Alhamdulillah tak jadi macam kelmarin(tidur mati).

Tapi aku dengan classmate aku si Kodik nih memang dah merancang nak pergi kelas lewat jadi tak kisahlah sangatkan. Sempatlah menggelamun 3-4 jam sebelum mandi. Mengambil tema Tahun Baru Cina sebagai alasan untuk aku memakai baju ala – ala cheong sam menggantikan baju melayu, kiranya aku redah jer lah ke kelas. Menjadi tumpuanlah sekejap baju tu dalam kelas. Hahaha(gelak riak lagi angkuh).

Tak ramai yang datang kelas sebab dah ramai yang balik ke kampung halaman masing – masing. Aku rasa macam nak balik plak tapi itulah pasal. Keinginan nak balik tu wujud sewaktu tiket – tiket semua sudah sold out. Adess!! Jadinya, kelas hari tu habis tersangat awal(sebenarnya tak belajar apapun tadi..haha) dan yang paling best tu adalah pensyarah aku tu belanja kami semua satu kelas makan dekat café blok Y(macam tahu – tahu jer semua budak – budak tengah save budget).

Ooooo Mai God……hari ini dalam sejarah. Sejarah dalam ini hari. Pertama kali nih situasi macam nih berlaku dari aku part 1 sampai part 5. Dari mata sesepet Rain(mengantuk lah tu) menjadi sebulat mata Shah Rukh Khan(aku la tu..hahaha)..tunggu lagi..segeralah menyerbu dengan pantas tahap wali – wali kan ke cafe. Ditambah perut aku sudah menyanyikan lagu black metal menandakan tahap kelaparan adalah setinggi atmosfera bumi.

Aku telah menjadi rambang mata apabila tiba di café terbabit dan perasaan malu aku telah hilang sama sekali apabila aku terpandang aneka makanan yang terdampar di setiap meja dan rak – rak roti dekat café tu. Aku pun mengambil nasi lemak sebungkus dengan roti hot dog tu sebiji di campur dengan teh ais. Wah, ikut hati macam nak tapau jer tapi sebab perasaan malu tu sedih sangat nak tinggalkan aku maka aku pun bersyukur sajalah dengan apa yang ada. Gagagagaga!!

Kami satu kelas menyambung semua meja dalam café tu dan makan sekali dengan pensyarah yang bermurah hati tu. Panjanglah kami semua berborak dengan beliau. Tengah pensyarah nih rancak berkata – kata dengan suaranya yang merdu tu tetiba aku terlihat sesuatu jatuh dari mulutnya. Owhhh!! Kami semua terdiam seribu bahasa. Ada yang menekup mulut dengan tangan. Ada yang tersenyum. Aku sedikit tersenyum tapi kasihan juga pada beliau.

Gigi palsunya tertanggal sewaktu beliau tengah berborak. Owh, aku memahami perasaan beliau. MALU!!! Haih, haruslah kekantoian beliau ini tidak dapat diselindung lagi mahupun dihapuskan dari memori kami semua. Dari rancak berborak beliau terus berkata,”Class Dismiss”. Yeahhh!! I like it!!

Apa-apapun trimas yang tak terhingga pada beliau atas kesanggupan membuat amal jariah kepada kami semua dan diharap pada minggu – minggu akan datang pun beliau akan melakukan rutin yang sama macam hari nih. HAHAHAHA(gelak Oggy & Cockroach)

P/S : Wajiblah Setiap Jumaat Aku Pergi Kelas Beliau Dengan Penuh Bersemangat Waja.

12 ulasan:

  1. teringat zaman belajar..

    haih..

    BalasPadam
  2. isy, da tua2 pun malas bgn pg lg.. hoho, lecturer aku penah wat cmtu gak oh.. die cancel class, suh sume kumpul kt dinings, nk mkn sesama.. tp malangnyer, aku ngn kengkawan aku ber5 pose Ramadan.. sengal tul..

    BalasPadam
  3. wakaka..dasyat tol lect hg tu..

    cian mesti dia conrtol macho+malu

    BalasPadam
  4. aiyooo..malu nyeee..
    klu i bhenti mngajar dah.lol

    BalasPadam
  5. lect mana lh yg pkai gg palsu 2??

    BalasPadam
  6. jangan lah cakap yang lect tue adalah mr fazlul haque!
    hahahaha...

    BalasPadam
  7. chuuuumel tol lcturer tuh!!!
    hahaha

    BalasPadam
  8. buleh pulak org tua tu terjatuh gigi palsu tengah syok berburak. gagag

    BalasPadam
  9. aih..
    tumpang senyum jer tapi cian plak dier..

    oleh kerana dier baek hati, so..
    tahan ke ar senyum..
    hehe..

    **dier dok diam2 baca entri neh..

    BalasPadam
  10. hlang slere mkan..

    BalasPadam
  11. razor : ko dah tua..xpayah nak ingat2 dah..haha

    nur fadhilah : haha..best kan kalau semua lecturer macam tu

    gadis kampung separa bandar : mestilah..haha

    rikhman : haha..itu U rick..

    pikato ezora : mana leh bagitahu..nih media ethics..kena censored dia punya nama..huhu

    helmi razali : haha

    danny ocean : bukan daaa..kalau orang tua tu mesti aku dah mention nama dia besar2 dkt tajuk entry nih..kahkahkah

    violetbiru : mana tahu dia comel?

    cikgu wiween : haha..tu la pasal..kan dah kantoi dgn student

    lotsoflove-pearls : itula..nasib dia belanja...huhu

    sengkool : time tu aku dah settle dah melahap..nasib..haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com