Jumaat, 23 Januari 2009

Sehari Bersama PD

Hari Rabu ari tu aku dah janji dengan group classmate aku nak pergi survey chalet dekat Melaka atau PD untuk projek video clip(Dato bakal jadi pelakon nih..kahkahkah). Cadangnya pukul 1 tengahari tetapi tiba – tiba bertukar ke pukul 11 pagi. Maklumlah aku nih penat shooting filem lalu macam biasalah(tidur mati selalu). Jadi, berkejar – kejarlah aku mandi dan menyiapkan diri dengan pantas dan tangkas tahap dewa – dewa berjogging.

Yang mengujakan hatiku ini ialah apabila mereka berkata bahawasanya bawalah baju lebih sekali sebab nak pergi mandi laut. Wah, dah lama gua tak mandi laut nih beb . Bolehlah jumpa Squidword dengan Patrick. Yes!! Segeralah mencari baju dan seluar dengan kelajuan tahap anaconda membaham lembu Pak Ali. Adoi, beg aku nih macam sedikit besar dan aku malas nak pergi blok member – member aku ni. Tapi sebab junior aku puji beg tu cantik kiranya lepas nih aku lebih yakinlah dengan imej beg tu. Hahaha(gelak riak). Nasib diorang datang ambil aku dekat depan blok(aku kan Dato mesti mahu berjemput..gagagaga).

Tiba – tiba group assignment aku yang lain mesej nak buat meeting tapi nasib diorang faham situasi aku nih. Kiranya aku pergi dengan hati yang tenanglah(wah, ayat macam dah arwah plak aku nih). Destinasi pertama kami semua pergi ialah Tanjung Bidara. Waktu nak masuk tu ada seorang guard nih jaga pagar. Kami bagitahu dia kata kami nak survey chalet dekat situ. Dia kata boleh. Jadi, kami semua pun pergilah meronda dengan hati yang gembira berbunga - bunga. Ewahhhh!

Tengah kagum melihat keindahan chalet yang mengadap pantai tu tiba – tiba guard nih datang dengan motosikal dia dan dengan tiba – tibanya marah – marah kami semua. Dia kata kami tak boleh masuk padahal tadi dia yang kata boleh. Nih buat aku tetiba rasa nak gergaji kepala guard nih. Apahal plak orang tua nih? Adakah guard a.k.a pegawai keselamatan semua perangai macam nih??? Seorang ahli kumpulan aku nih jenis baran so terus dia minta no ic guard tu. Tahu plak cuak guard tu.

Lepas tu kami pergi dekat receptionist chalet tu. Kami semua pun meluahkanlah pasal hal nih dekat makcik sorang tu. Ingat kami semua takder duit ker nak pergi rompak barang – barang dekat chalet tu. Makcik tu kata kami boleh tengok chalet. Tak ada masalah. Dah lah tetiba macam mana entah aku terlepas beg aku. Terkeluar perfume mahal. Tunggu lagi. Aku cakap lah kuat – kuatkan harga perfume tu depan makcik tu. Hahahaha(gelak riak + angkuh tahap wali – wali). Jadi, dia pun minta maaf lah pasal masalah tu dan chalet dekat situ semua dah habis ditempah dalam 3 bulan. Hilang mood kami semua.

Jadi, kami terus pergi PD. Dalam perjalanan tu jumpa lah bebudak sekolah lah kerbau lah. Yang best tu jumpa askar dengan kereta kebal. Sampai dekat PD singgah dekat umah makcik member aku nih. Wah, makcik dia masak sedap – sedap(macam tahu – tahu jer Dato nak datang). Kahkahkahkah(gelak bersyukur). Aku makan ikan dengan sambal tu memang terangkatlah beb. Cuma ketam jer aku tak sentuh(aku sayang Mr Crab). Member aku yang lain dah macam Israel dengan Palestin jer berperang melahap ketam. Lepas tu aku tengok rancangan kartun kegemaran aku tahun nih Wonderpet(telefon berbunyiiii…ada haiwan dalam kesusahannnn…apa yang penting kerjasamaaa…mari kita selamatkan anak unicorn). Wah, memang bestlah tahap dewi - dewi!!

Kami teruskan perjalanan dan cari punya cari akhirnya jumpa chalet – chalet yang sesuai untuk projek nih. Lepas tu apa lagi…mandilah dekat Teluk Kemang. Semangat aku beli seluar pendek untuk mandi. Adalah dekat 2 jam lebih mandi sambil main macam – macam permainan dalam air tu. Memang memenatkan tapi bestttttttt. Lepas tu makan Ice-Cream apa entah yang mahal – mahal tu kalau tak silap aku sambil memandang matahari jatuh. Trimas pada member – member yang belanja ice – cream nih dan apa – apa yang berkaitan. Enjoy beb. Tak sia – sia ponteng kelas petang tu. Hahaha(gelak bersyukur lagi).

Singgah dekat surau sekejap(Dato menjadi baik seketika). Orang – orang kampong dalam surau tu semua tegur – tegur aku(minat aku lah tu tapi taknak mengaku). Hahahahaha(gelak perasan). Lepas tu balik ke Melaka balik.

P/S : Keesokannya, aku terponteng satu kelas sebab bangun lambat. Hahahaha(gembira bukan kepalang)

5 ulasan:

  1. bru jumpe u kat blok...
    tapi malu bertegur.
    gituu..lol

    BalasPadam
  2. ko post la kat cni nanti muvee korang tuh...

    BalasPadam
  3. apsal hg slalu ada mslh dgn pak guard ek???

    BalasPadam
  4. hahaha.
    pak guard tuh nk mntk tndatgn sebenanyer.hahaha.

    BalasPadam
  5. Rikhman : itulah...ingat u tak kenal I...haha

    BurungBelatuk : haha..insyaallah..kalau siap dan dibenarkan group project aku..aku publish sini..

    Gadis kampung separa bandar : mana ada...pak guard tu selalu ada masalah dengan aku...

    farah suke cookies : itulah pasal..nak minta malu2 kan..haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com