Rabu, 25 Februari 2009

Pabila Hujan Menitis......

Minggu Khamis lepas aku lepak depan tasik dengan beberapa orang member sambil menghadap juadah – juadah yang diborong dekat pasar. Tengah best borak – borak tiba – tiba hujan plak. Nasib tempat lepak dekat dengan satu pondok tu. Berteduhlah kami semua beramai – ramai dekat situ. Nama jer pondok tapi tetap basah juga sebab tempias air hujan.

Rasanya dah lama aku tak main hujan!! Rasanya dah lama aku tak mandi air hujan!! Rasanya dah lama aku tak bau air hujan!!! Aku teringin nak melakukannya serentak walaupun tahap kesihatan aku adalah tahap berjaga-jaga(separa demam). Aku suka air hujan tu membasahkan diri aku. Aku tak tahu kenapa tapi air hujan tu seakan - akan aromatherapy pada aku waktu tu.
Aku sangat teringin mahu mandi air hujan macam zaman bebudak dulu.

Waktu dulu kalau mandi hujan kantoi dengan mak ayah memang nahaslah. Tak dapat habuan mesti kena dengar leteran punya. Tambah – tambah kalau main hujan waktu dalam perjalanan balik rumah dari sekolah. Esoknya pergi sekolah dengan kasut yang lembap sampai melahirkan bau stoking yang memang aku tak sanggup pun nak hidu.

Aku ingat lagi ada satu petang tu hujan turun tersangat lebat. Rumah aku tak ada siapa – siapa pun. Aku dah mandi dah masa tu tapi sebab aku fikir bila lagi nak dapat peluang macam nih..MANDI HUJAN PUAS – PUAS BERJAM – JAM..nak tunggu dah besar??Tapi mesti tak sama macam waktu kita kecil. Aku dah tak peduli walaupun waktu tu kilat dengan guruh seakan – akan berperang sesama sendiri. Aku redah jer mandi hujan depan umah sorang – sorang. Lepas tu penat mengeringkan lantai rumah. Haha.

Aku dapat satu kepuasan waktu mandi hujan masa tu. Walaupun minggu selepas tu aku demam agak teruklah tapi aku tak menyesal langsung. Aku tak tahu sebab apa aku tak pernah menyesal pun tapi mandi air hujan waktu tu memang indah. Kuasa air hujan yang Allah turunkan tu memang hebat.

Teringin plak aku nak wat kerja gila nih dekat sini dalam masa terdekat nih. Ajak ramai – ramai budak kelas mandi air hujan pun best juga. Tapi nak ker diorang?? Haha...

Seronok jadi budak – budak waktu macam nih. Jadi budak tak payah nak fikir pasal apa – apapun. Fikir seronok...seronok..dan seronok jer.

P/S : Indahnya Hidup Kanak – Kanak..................

7 ulasan:

  1. it does feel good!

    ALL WET!

    kalau budak kelas aku, aku rasa ON jeh!

    tapi weh, bermandi hujan kat melaka, gila vavi sejukkkkkkkk

    BalasPadam
  2. waa betul-betul.
    kembali zaman kanak2 ternyata indah!

    doraemon! mahu alat kembali masa boleh? :)

    BalasPadam
  3. memang zmn kanak-kanak hanya tau fikir seronok, seronok, seronok...

    aku pon ska main hujan..

    nanti kita wat reunion mandi hjn ramai2..

    amacam bro????

    BalasPadam
  4. Wahahaha..
    jom..
    aku pun suka main hujan..
    suka sangat..

    seronok sungguhhhhhhhhh..

    BalasPadam
  5. boleh je, nak mandi tasek pon leh

    BalasPadam
  6. aliya azmi : budak kelas aku pun aku rasa on jer..huhu..sejuk ke hujan melaka???macam sama jer...

    Aa : kalau ada doremon tu aku nak pergi zaman dinosour ke firaun ker..leh amik gambar dgn diorang..hahaha

    Gadis Kampung Separa Bandar : nak wat reunion time hujan kah? aiyo..

    Lotsoflove-pearls : jom..haha

    Sengkool : tasik??adoi...air biawak tu..huhu

    BalasPadam
  7. Saya juga sangat cintakan hujan!!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com