Khamis, 7 Mei 2009

Pabila 3 hari Lepas Habis Exam(Part 2)

Hari Kedua

Pagi nih kami semua pelajar semester lima kena berkumpul untuk taklimat final project bagi semester depan. Banyak jugalah kerenah dan kontroversinya sewaktu dan selepas taklimat nih selesai. Tapi, abaikanlah!!!!

Aku & the gang(Geena Moralez, Mama Yokies, Fatinazwa dan Nukmanitoz) memang dah rancang nak keluar. Kitaorang keluar dengan seorang mamat iaitu rakan pada salah seorang geng aku nih. Cadangnya nak pergi main bowling dekat MP jer tapi entah tetiba mamat nih tukar rancangan nak main bowling dekat Seremban. Lagi pun beliau yang bayar duit minyak kereta beliau jadi ikutkan jer lah.

Letih!!! Ini perkataan yang dapat digambarkan sewaktu perjalanan ke Seremban. Aku rasakan ibarat sedang mendengar ceramah dari Dr. Fadzilah Kamsah dalam keadaan yang sangat lapar. SENGAL jer mamat nih. Apalah yang beliau meraban pun aku tak tahu. Adoi!!

Kebetulannya, memang suara mamat tu sebijik macam Dr. Fadzilah Kamsah jadi terpaksa layan jer lah. Dalam waktu yang sama aku taip mesej dekat hp aku mengutuk si mamat tu dan bagi member sebelah baca. Gelak – gelak kitaorang dalam kereta tu.

Sampai jer dekat tempat tu, masing – masing pergi makan dekat food court yang namanya Thai Food. Aku beriya – iya lah dengan muka yang kelaparan tahap dewa - dewa pergi memesan makanan dekat situ. Lepas dah bayar baru perasan tukang masaknya India. Mana pergi janji manismu(makanan thai)???? Sudah tentulah jawapannya makanannya tak sedap. Tak rasa langsung rasa THAI nya. Malang betul!!!!!

Lepas tu...bowling. Mamat tadi ada banyak kupon main bowling free. Masing – masing mencarilah bola yang sedap jari memegangnya. Tapi, bola dekat sini semua berat – berat. Nasib mamat nih memang dah professional tahap Shalin Zulkifli dan beliau pun tidak kedekut ilmu mengajar kitaorang semua maka prestasi permainan masing – masing meningkat dengan mendadaklah. Hahaha(gelak bangga).

Masing – masing ada strategi dan kebolehan masing – masing dan ini kedudukan kitaorang selepas main 3 game(tolak mamat yang pro tu) :-

1st : Fatinazwa = Gaya ikan patin(setaraf mamat sengal tu kadang – kadang)

2nd : Hans = Gaya slow motion(ibarat gerakan ulang tayang dekat tv...haha)

3rd : Mama Yokies = Gaya bola senget(arah bola mengikut arah badan)

4th : Nukmanitoz = Gaya silang kaki Zulmazran Zulkifl

5th : Geena Moralez = Walau mendapat tunjuk ajar dari Mamat Sengal tu tapi beliau masih ketinggalan(setia dengan perjanjian AXIS...hahaha)

Selepas menjadi gila seketika bermain bowling, kitaorang mengukur pula setiap sudut bangunan yang tak berapa nak besar tu. Macam – macam kedai kitaorang masuk dan tawaf. Akhirnya, masing – masing dah penat jadi lagi sekali kitaorang membazir duit masing – masing menketedarah(makan) dekat Old Town Coffee. Wow!! Memang betul cakap orang. Mee Kari dekat sini memang sedap. Layan sudah!!!

Tiba - tiba mamat nih baik betul nak belanja kitaorang makan dekat Secret Recipe dekat sebelah Old Town Coffee tu plak. Bak kata si mamat tu, rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Jadi, pergi jer makan dekat situ. Hehehehe(ketawa hingga ke telinga).

Aku dengan Nukmanitoz pesan Choc Indulgent sementara Fatinazwa dengan Mama Yokies pula dengan Tiramisu Cake. Fuh, dua – dua sedap yang amat ditambah dengan Hot Chocolate yang kaw gila tu. Aku rasa macam anak orang kaya pula masa tu. Hahaha!!

Lepas tu kitaorang semua baliklah dengan mamat tu. Dengar lagi ceramah beliau. Aku pun malas nak layan. Ikut jer lah apa yang dia meraban malam tu. Apa yang aku tahu perjalanan yang jauh nih sangat menjimatkan duit aku. Haha!!

Sampai jer dekat depan Uitm, masing – masing minta maaf. Banyak dosa aku dengan mamat tu. Hahaha. Memang penat gila tapi sebab dah tak ada apa nak fikir(exam pun dah habis) jadi rasa memang sangat bahagialah.
Thanks Mamat Sengal!! Jasamu kukenang!!! TO BE CONTINUE......

10 ulasan:

  1. wah2.. sakannye kamu..~

    BalasPadam
  2. dah decide nak buat ape next sem??

    BalasPadam
  3. isya : agak sakan lah...hahaha

    namkhir : in process...

    BalasPadam
  4. Mak aih,jauh btol g main bowling.huhu yana tgh imagine gaya slow motion 2.ahaks!

    BalasPadam
  5. Princess Liyana : Haha..contoh macam permainan bola sepak...tv ulang balik gol yang dijaringkan tu...slow macam tu lah..lambat jer bola sampai..tapi strike juga kadang2.,haha

    BalasPadam
  6. mamat tu sgar dady ko ke?? habis die sapot ko hjug rmbut smpi hjg kaki?? ha3

    best gle ko dtaja.. =p

    guro je

    BalasPadam
  7. cm lain ja gn ank cta kt aku ri2.
    *dlm keadaan musykil*

    BalasPadam
  8. mamma mia! : dia nak tackle member aku la..gila kah aku nak simpan sugar daddy...

    pikato ezora : kalau nak citer dari mula sampai awal aku malas..xlarat nak tulis..

    BalasPadam
  9. Gaya silang kaki Zulmazran...
    Ha.ha.
    *Can't imagine*

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com