G.I. Joe Best Giler Dan Aksi G.I.Joe Menaiki Motosikal Pun Best Juga!!

Maaflah kalau rasa macam dah lama filem nih dekat wayangkan..sebenarnya dah lama aku tengok tapi aku baru dapat update hari nih...

Aku sebenarnya tak tahu apa - apa langsung pasal filem ini. Asalnya dari komik ker atau kartun atau apa - apapun. Jadi,kiranya aku pergi sebagai seorang yang sangat neutral dan alhamdulillah tak rasa rugi langsung duit yang aku habiskan untuk tiket dan semestinya pop corn yang sedap dekat GSC tu.



Filem ini memang banyak dibantu oleh teknologi - teknologi computer untuk menghidupkan hampir 90% jalan cerita dalam setiap babak filem ini. Kadang - kadang aku menjadi sedikit penat kerana terlalu banyak aksi yang disogokkan dalam filem ini tetapi nasib watak seorang pelakon berkulit hitam agak melucukan dan secara tidak langsung aku dapat membuat aku boleh bernafas seketika.

Apa - apapun rasa - rasanya memang tidak rugi kepada sesiapa yang meminati filem aksi fiksyen sains seperti filem ini dan aku sudah semestinya tidak sabar mahu menonton sekuel kedua filem ini.

Lepas aku dengan 3 orang bebudak rumah aku habis tengok...kitaorang pun meredahlah pagi yang berkabus(padahal jerebu) dengan dua buah motosikal. Sejuk!! Tiba - Tiba sampai dekat satu traffic light, salah seorang member aku nih membuat aksi dalam salah satu babak G.I.Joe menggunakan motosikal beliau. Tergamam!!Kaku Seketika!! Nasib lori 16 tayar di belakang bergerak sangat lembab. Bayangkan jika pemandu lori itu membawa dengan kelajuan kereta F1?? Nauzubillah!!!Nasib nasib!!

Mula - mula tengah berfikir mahu simpati atau mahu ketawa. Akhirnya, keputusan dah dicapai. Lakukan kedua - duanya sekali. Hahaha. Kepada sahabat yang membuat aksi G.I.Joe itu, janganlah anda fobia membawa motosikal anda kerana benda dah memang nak jadi. Kami bertiga sentiasa menyokong anda dari belakang. Hahaha!!

P/S : Lepas Nih Nak Tengok Filem Apa Pula? Ada Cadangan?

5 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dah lama LoL tak nengok wayang...
    apa cerita seterusnya pun dah tak tahu..

    huhu...

    tertinggal, ketinggalan..

    BalasPadam
  2. besh gila kowt!
    xsempat bernafas.
    suma part ada action!
    bila msia nk wt filem cmni ek?
    (-.-")
    5 star ar for dis movie!!
    xrugi tgk wyg!

    *ok.dh2 lh tu kwn update psl movies.ank p wt xtvt lain lh lak*

    BalasPadam
  3. berani ko kutok aku!huh!
    hahaha

    BalasPadam
  4. lotsoflove-pearls : banyak2...skrg ada Up,District 9, Orphan, banyak lagi lah...

    nuraimyasmin : hahaha...faham2

    pikato ezora : betul2...

    izzad : berani aja

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama