Sabtu, 12 September 2009

Persoalan Yang Tak Mampu Dijawab??

Al-kisah berbunyi......

Seorang anak yang tidak mengganut sebarang agama langsung kerana pening memikirkan yang mana satukah agama yang sesuai untuknya. Sejarah kehidupannya sangat tragis. Si ibu dan si ayah bercerai sewaktu beliau berumur 2 tahun. Ibunya yang berasal dari Filiphina kembali kepada agama asal manakala si ayah tetap dengan agama Islam.

Kedua - duanya lepas tangan di dalam penjagaan anak mereka. Lalu, anak ini dibesarkan di sebuah gereja. Dia ada meminta untuk dibesarkan di tempat penjagaan Islam tetapi segala panggilan dan surat - surat langsung tidak diendahkan.

Sekarang, beliau masih mencari - cari kebenaran setiap agama. Beliau percaya setiapa agama mengajar penganutnya membuat amal kebaikan. Dan beliau telah pergi ke semua bangunan - bangunan setiap agama untuk berdoa kepada Tuhan supaya menunjukkan jalan kebenaran yang harus dipilihnya.

Semua melayan beliau dengan baik di setiap tempat ibadah yang beliau pergi kecuali masjid. Apabila beliau ke masjid, ramai mempertikaikan perkara ini. Beliau menuduhnya yang bukan - bukan sedangkan niatnya hanyalah untuk berdoa kepada Tuhan yang beliau masih tidak temui.

Apabila beliau dalam kesusahan, beliau cuba meminta bantuan dari organisasi Islam tetapi tidak dilayan dan terpaksalah beliau meminta dari organisasi bukan Islam. Dia merasa bersyukur kerana organisasi bukan Islam ini sudi membantu beliau. Beliau tidak kisah jika organisasi Islam tidak membantunya tetapi beliau mempersoalkan kenapa orang Islam sendiri yang menghadapi kesusahan tidak dibantu oleh organisasi Islam sendiri sedangkan orang itu memang betul susah dan akhirnya organisasi bukan Islam juga yang membantu orang itu.

Beliau mempersoalkan kemanakah perginya wang - wang yang didermakan atau sumbernya dari hasil zakat masyarakat Islam lain? Beliau juga hairan kenapakah orang - orang Islam yang kaya tidak cuba membantu bangsa mereka yang miskin dengan duit mereka sendiri. Bukankah Islam itu menggalakkan bantu membantu?

Beliau tidak menyalahkan agama kerana beliau percaya semua agama mengajar penganutnya kebaikan tetapi beliau kesal dengan sikap penganut agama ini yang sentiasa berburuk sangka kepadanya. Dan beliau masih mencari kebenarannya.....dan entah bila beliau akan menjumpai kebenaran itu!!Beliau juga belum pasti!!

P/S : Islam Itu Indah Dan Berbeza Dari Agama Lain Cuma Sayangnya Segelintir Penganutnya Tidak Menunjukkan Islam Itu Berbeza Dari Agama Lain.

P/S Lagi : Pandanglah Islam Itu Dari Suduh Kebenaran Dan Janganlah Menilai Islam Itu Dari Segi Penganutnya Kerana Bukan Semua Mengamalkan Islam Yang Betul - Betul Islam

23 ulasan:

  1. Persoalan ini mampu dijawab sbenarnye... Tp pada yang betul2 taw ttg islam... Nak blajar pn kene betul2.. x susah sbb islam ney universal.. Islam smemangnye indah klu dplajari dengan betul... sbb sumenye berkait antre satu dgn lain... Allah Maha Besar...

    BalasPadam
  2. inilah masalahnyer, bukan islam itu yg kurang...susah nak komen
    islam is the way of life ;D
    salam ramadhan ;D

    BalasPadam
  3. Agama ISLAM itu sebenarnya indah, mudah dan merangkumi dalam semua aspek...persoalan sekarang bagaimana umat ISLAM itu sendiri mengamalkannnya....sikap sambil lewa dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada agama lain menjadi salah satu sebab mengapa ISLAM itu disalahertikan... semoga cerita ini dijadikan iktibar. Sesungguhnya kepada sesiapa yang ingin mencari kebenaran dan keredahaan ALLAH akan ditunjukkan jalan yang benar. Amin...

    BalasPadam
  4. kalau mengikut pengalaman saya, islam itu sebenarnya amat mudah dan indah.but sometimes when culture norms are mix with religion, that is when we feel like islam is the most difficult religion for one to practice. and also sometimes the act of the followers of islam themselves, show a very false image of the religion to the non-followers.

    BalasPadam
  5. fuh! entri yg pno bermakna!
    aku setuju dgn P/S n P/S/S ank tu. :)

    BalasPadam
  6. islam adalh agama yang merangkumi aspek kehidupn kita..
    ramai yang mengetahuinye..
    tapi ramai gak antara kita yg menyebbkan agama isalm di pandang serong oleh org yg non-muslim..
    knp?
    hnya kerana perbuatan yang kita lakukan tnpa kita sedari bhawa ia menggmbarkn bhawa islam adalah agama yg memntingkn diri..
    umat isalm juga sering merasakn mereka hebat,
    dan sering mengadili orng lain tnpa mempedulikan ajaran islam,
    hnay kerana merasakn diri anda hebat...
    tpi sebenarnye hnya keangkuhan..

    keadaan ini yg menyebbkn orng bkn islm sering memndng serong dan menganggp islm terorist..

    umat islam perlu mengenl diri sendiri lu,
    b4 kita mmpu mengadili orng..

    sekirnya kita ahli agama,
    maka sewajarnye kita berkongsi ilmu,
    memberi kata2 n perbuatan yyg lembut,
    kerana nabi tidak pernah berksar walaupun dengn musuh baginda..

    BalasPadam
  7. Agama itu Suci...

    cuma penganutnya mungkin yang menjadikannya berbeza..

    BalasPadam
  8. huhu! sedeyh ah bce cte ni.. erm senang cte la kan org Islam zaman skang nih ramai yg x amalkan ajaran yg betul.. derang sendiri x paham ngan Islam tuh.. kadang2 tanye rukun Islam ngan rukun Iman pon leh lupe.. So amik la iktibar psl cte nih.. bgus gak ko post cte nih.. aku bce pon leh la menyedarkan diri aku ni.. :D dlm bulan yg mulie ni byk kan lah beramal... sesungguhnye Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. :D

    BalasPadam
  9. sbb itu Islam meletakkan guru d tmpt yg mulia.

    mberi tnjuk ajr dan didikan.

    BalasPadam
  10. Islam itu indah. Lebih indah bila kita boleh buatkan insan beragama lain bberasa indahnya amalan dalam Islam.

    Org Islam sekarang ni terlalu ramai yang memntingkan hubungan indan-dengan-Allah.... tapi mengabaikan hubungan insan-dengan-insan.

    Orang Islam seperti ini lupa, Hubungan insan-dengan-insan ini yang byk beri jalan ke neraka Allah.

    p/s: Benar. Saya ada pengalaman spt ini. Saya kadang2 rasa pahit untuk mengakui Orang Islam tidak bagus dalam menghargai Insan lain terutama yang berlainan agama. Ini realiti yang pahit untuk dibicarakan secara terangan.

    BalasPadam
  11. tu sebab la ada satu kali dalam paper tu ada sorang bapa hampir murtad di sebabkan nak mintak belas kasihan dari jiran2, tapi jiran2 x ambik peduli.mintak tolong ngan gereja,bukan stakat dapat nasihat,siap dapat duit belaja lagi.lepas tu mula la jiran sibuk2 mengata.terus kluar tv.maka para pemerintah pun mula menampil kan diri menghulur kan simpati.

    walaupun x de kaitan ngan entri ni,bagi aku masyarakat melayu islam kita kat m'sia dah jadi macam satu budaya.iaitu budaya kau2,aku2.yang kaya bertambah kaya,yang miskin papa kedana.HENTIKAN PENINDASAN!!!

    BalasPadam
  12. Salam, salam ramadhan.. gue coba menjawap sekareng en.Hans cyg..

    Buat insan yg tercari2 agama seperti dalam crite diats, andai hatinye ikhlas Allah itu maha mendengar, cuma mungkin jlnnye berliku ckit,mungkin nnti Insyaallah Tuhan bagi jalan dekat dia,dipermudahkan dikemudiannya.. dan buat kita teman2 yg terbaca kisah ni, kita bole berdoa utk dia bertemu ape yg dicari.. kekuatan kita umat Islam ade dalam doa yg ikhlas..

    Setiap org dibagi dugaan berbeza2 krn kekuatan kita juga berbeza2..
    Ttg isu Islam tidak crminkan islam yg sebenar,itulah pentas dunia, mmg kita diuji disini.. dn sbb itulah adenye syurga dan neraka.. mcm dlm iklan tv tu, "hati yg suci sukar dicari"... makin dicari klau salah jalannye,gelap lah hati dn jadik lah perkara Islam tak serupa Islam..

    p/s : yg mengomen juga tgh muasabah diri, mancari Islam sebenar di hatinye, krn manusia itu tidak sempurna dn perlu selalu bermuasabah..

    p/s lagi : ini ajelah yg bole dikomentar kan.. idea sepontan ptg2 ari.. bole rr kan..

    BalasPadam
  13. Aku tak rasa Islam macam ni. Aku rasa cerita ni kena dekat melayu Islam.

    BalasPadam
  14. really??
    xmungkin...
    cube g jais...
    derang pasti nolong

    BalasPadam
  15. cita btol ke neh??ishh mmg x patot dorg wt cmtu

    BalasPadam
  16. jawapan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata..=)

    BalasPadam
  17. Singgah nak ucap..slmt hari raya..huhu :D

    BalasPadam
  18. Orang Masjid selalu gitu....

    BalasPadam
  19. Selamat Hari Raya. Maaf zahir Batin

    BalasPadam
  20. wah mendalam maksud...
    papepun satu post yg bagus dan membuka minda

    BalasPadam
  21. Kepada Semua : Terima Kasihlah Pada Siapa - Siapa Yang Sudi Meninggalkan Komen - Komen Anda Pada Entry Kali Nih.....Penulis Tak Boleh Nak Komen Apa - Apa....Yang Boleh Ditulis Ambil Apa Yang Baik Dan Buang Apa Yang Buruk...Selamat Hari Raya Semua

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com