Isnin, 16 November 2009

Antara Perkara Yang Bikin Hati Gua Panas!!!!!

Sepanjang aku hidup dekat muka bumi nih, ada banyak benda yang boleh merubah mood aku yang tengah bergelak ketawa kepada mencaci maki lain. Antaranya :-

1) Keadaan Tandas


Sebelum tu maaf atas gambar yang terlampau jijik di atas. Sila salahkan Atuk Google kerana menunjukkan gambar itu padaku. Hahaha!! Kesalahan menyebabkan tandas kotor ini hanya melibatkan dua pihak sahaja. Kalau bukan salah pengguna mesti adalah salah pemilik tandas(kedekut nak betulkan paip) ini. Kesalahan pengguna yang paling aku tak dapat terima ialah tidak mengepam tandas selepas digunakan. Takkanlah kau berak lepas tu orang lain nak cuci. Sendiri punya najis sendiri kasi bersihlah(ayat penjaga tandas yang mengomel setiap hari).Kalau memang dah paip air ker atau tandas tu rosak aku boleh maafkan lagi tapi masalahnya tak ada apa yang rosak pun. Kalau betul sibuk dengan hal duniawi sekalipun takkan lah nak pam tandas pun tak sempat. Hanya perlu tarik dan tamat. Ikut hati aku mahu saja belajar sihir dan selepas itu sihirkan punggung manusia - manusia nih supaya tak boleh buang air besar selama sebulan. Baru diorang serik agaknya.

2) Gula - Gula Getah


Sangat menyakitkan jiwa ragaku apabila terpaksa membersihkan 3G(Gula-Gula Getah) nih daripada kasut aku. Kalau nak buang 3G nih macam buang kertas dalam tong sampah tu aku tak kisah tapi masalahnya tahap kelekatan 3G nih pada kasut sangat hebat. Dan, sekali lagi ditegaskan aku sangat musykil dan sentiasa berfikir dari mana 3G nih dilahirkan(maksudnya dari mulut manusia celaka manakah terhasilnya 3G yang jijik nih).

3) Kedai Nombor Ekor


Kepada pakcik - pakcik tua yang 'Rumah Kata Pergi, Kubur Pun Kata Pergi' yang tak sedar diri lagi tu diminta bertaubatlah(walaupun aku tahu pakcik - pakcik nih tak ada blog dan tak ada masa nak baca blog sebab masa diorang lebih kepada kelab - kelab dangdut). Dah tua nak mati pun tak tahu nak taubat lagi. Ialah, nak kata pasal mati nih yang muda - muda pun boleh mati juga tapi secara zahirnya yang muda nih masih ada harapan untuk hidup selagi bernama muda dan tua itu sebagai tanda bahawa masa untuk pergi semakin dekat. Sudahlah beli nombor ekor, siap dengan kopiah putihnya. Budget kau warak dan alim ker pakcik tua??Tapi beli nombor ekor???Malu sial aku tengok bangsa seagama aku buat macam nih tambah - tambah dah tua gedehek macam nih.

4) Kucing


Mungkin peminat atau penjaga kucing tak bersetuju dengan perkara ke-4 nih..tetapi aku tegaskan sekali lagi(dah macam debat pula) ini adalah antara perkara - perkara yang buat mood aku berubah menjadi teruk. Bukannya aku benci kucing. Tidak. Kucing itu makhluk Allah juga. Aku cuma tak suka kalau sewaktu aku makan, tiba - tiba beliau datanglah menggesel - gesel dekat kaki aku, lompat atas meja dan memanjat peha aku. Sangat membuatkan aku marah. Dan aku merasakan kepada pemilik - pemilik kucing yang mahu membela kucing tapi tak mampu untuk menjaga kucing dalam kuantiti yang banyak agar mengkasi sahaja kucing - kucing anda. Saya juga mengesyorkan kepada pemilik - pemilik anjing. Ini untuk mengelakkan anda membuang haiwan peliharaan anda di pasar - pasar atau di kedai - kedai makan dan akhirnya anda sendiri yang berdosa

5) Kedekut


Aku bukannya sasarkan kedekut ini pada peminjaman duit. Itu memang kena berkira sebab manusia nih perkara paling senang nak buat ialah meminjam duit dan perkara paling susah nak buat ialah membayar hutang. Aku bengang dengan manusia yang kedekut dengan tanah ciptaan Allah. Pengalaman ini berlaku dekat Melaka(aku sangat tension dengan orang - orang tua dekat Melaka). Maaf yer orang Melaka tapi ini pengalaman aku. Ada satu ketika tu, aku dan rakan - rakan tersesat jalan. Termasuk taman mana entah. Kebetulan rumah pakcik nih berdekatan dengan Nagoya. Sebelah menyebelah jer. Kami cadang nak merentasi jer parit tu dengan memarkirkan kereta berhadapan dengan rumah pakcik nih.Rumah pakcik nih luas. Dalam rumah dia ada tanah lapang. Tetapi, kami bukan nak parkir dalam rumah beliau tetapi di depan rumah beliau yg ada sedikit tanah yang sangat luas. Kalau kami letakkan kereta di situ pun tak akan menghalang beliau atau orang untuk masuk rumah beliau kerana langsung tidak melibatkan pagar rumah. Sebab mengenangkan kami nih orang muda dan konon nak berbudi bahasa sikit maka memberi salam dan minta nak tumpangkan kereta kejap. Tetapi, dia kata tak boleh! Disuruhnya kami pergi park kereta dekat nagoya juga. Masyaallah! Tak bagi parking satu hal. Riak muka pula nak masam. Kami nih cakap punyalah lemah lembut dah tak macam kami dah(ialah kitaorang nih susah sikit nak cakap lembut lemah lutut nih). Haih, kedekut - kedekut!!

*Sumber Gambar Dari Atuk Google

42 ulasan:

  1. 1st!! ahaha..ko takot kucing ke??? kucing umah aku mesti skekat ko..haha

    BalasPadam
  2. penat aku tulis komen tadi..dahtu die ilang..bengnag btol..(salah satu bnde buat mood aku teruk jugak)...huh

    BalasPadam
  3. haish.
    tandas kotor tu aku benci.
    ada 1 toilet dkt masjid pun kotor.
    masyaAllah.
    depa ni tak reti aim tahi ka?
    bodoh!

    BalasPadam
  4. kalau awek gesel2 kat ko wtu ko mkn, ko suka x? aku suka...

    BalasPadam
  5. azizollaoshii : aku tak takut kucinglah tapi aku tak suka kucing buat perangai macam tu..paling aku pantang naik atas meja...memang kenalah dengan aku...

    azizol lagi : hahaha..tahniah

    pikah : hahaha...depa xtau nak aim taik depa dkt lubang ka dkt simen..haha

    razman : owh,no komen(hahahaha)

    BalasPadam
  6. musykil btol..mane ade kucing nk dekat ngan ko..confirm kucing tu kena tendang nant..

    BalasPadam
  7. oi oit..
    yang pasal kucing tu, itu kucing tepi tepi jalan.
    kalau kucing belaan kt rumah,
    mereka well behave tau.
    heh emo ni, emo ni.. haha :D

    BalasPadam
  8. 1. tanda - gila jijik gambo yg ko gugel.. yg ini aku setuju.. buang tebiat ke kau yg membuang nak sirih cleaner pulan flush!!

    2. aku dah lama x jumpa gula2 getah? ada lagi ek kat Malaysia atau dah jadi Singapura?

    3.dulu keje lama aku tingkat bawah dia semua kedai nombor ekor.. $d, sport toto, magnum.. yg kelakar tu.. org melayu kalau nampak aku lalu mereka akan tuduk setunduk tunduknya.. dengan manusia malu pulak... dengan Allah?

    4.kucing- haiyaaa.. dengan bintang yg x de akal pun boleh bikin hati panas ke? ha ha ha.. bagi aku kucing ajar aku jadi sabar. dia kalau dtg n gesel2 kat kaki ko pasti ko halau2 dia.. ko bukan yg penyabar.. he he he..

    5. orang melak? okey! aku orang melaka/. ntah!! kat nagoya ek? nanti aku skodeng rumah pakcik tu.. ha ha ha.. aku x kesah jek.. janji ko jangan nak halang kereta2 kat rumah aku nak keluar. x pe lain kali ko g melaka.. parkinglah kat rumah aku.

    ha ha ha

    sekian!

    BalasPadam
  9. wahhh...aku sebagai org melaka amat marah ngan pak cik kedekut tu..tak pe..nanti biau aku hambat org tua tu...hawau lagi lahabau..buat malu aku jer..

    BalasPadam
  10. hans: ko salah tempat nak citer pasal kucing..si Tedi amat sensitive dgn org yang anti kucing..hahahaha

    BalasPadam
  11. pasal tandas aku stuju and yg lain2 jugak..
    except yang part kucing tuh.
    dush3.
    kucingla makhluk tercomel tahu.

    BalasPadam
  12. ieylinaz : kucing suka aku maaa...sikit2 datang minta makan...tau lah aku suka makan pun..hahaha

    hanida lavida : ceit...sama jer...

    si tedi : aku penyabar maaa...kalau macam member aku siap tendang2 lagi..lagi kejam..aku halau jer..

    imam : ko gi bakar umah pakcik tu leh x??hahaha

    nuraimyasmin : xder2...kucing menganggu manusia makan

    BalasPadam
  13. aku ngah bengang ngan kucing jiran aku...dia boleh beranak kat atas syiling bilik aku..skunk bau taik ngan kencing dia dia kasi pakej baik punya utk kongsi sama dgn aku..ngok ngek betul...

    BalasPadam
  14. 1. TANDAS
    - sokong laa sangat2x
    2. 3G
    - Sokong jugak.. tapi tak kena kat kasut.. kena kat Baju... lagi la wat sakt hati..

    BalasPadam
  15. haha bab tandas aku setuju....semalam merana aku g tandas sbb ada kucing berak merat2 n makcik cleaner off pulak...huhu...shial tol haha

    BalasPadam
  16. tua kedehek tu ape?

    haisho,pak cik kedek sampai macam tu tahap kedek dia. nak kene ni...

    BalasPadam
  17. eeyyyuucckkzz....

    xsuka tandas kotor...
    terbantut hajat..hahaha...


    woit2..kucen comey taw...hehe

    BalasPadam
  18. ingat nak buat entry pasal zubaidah
    ohooo

    BalasPadam
  19. Aku ske kuceng!
    Tp aku xske gak ble kuceng2 tu dtg mase aku mkn...
    especali ble die tunjuk buntut die mase tu gak...
    tbantut nafsu mkn aku!
    Huhu

    :P

    BalasPadam
  20. alvin : hahaha...kucing skrg suka duduk atas bumbung umah..umah aku pun jadi mangsa..dekat toilet la tu...nasib dah cuci

    cik daya : mak aih...macam mana bleh kena dkt baju?

    prof takamine : hahahah..simpati dkt ko weih...

    miss izyan : tua kedehek tu kalau bahasa baik dia dah sangat tua...kalau bahasa yang teruk sikit TUA NAK MAMPUS...haha

    mier@merr : haha..tahu xper..kucing comel...tapi comel2 dia pun menganggu jer...

    joegrimjow : zubaidah?kedai makan mahal tu ke?

    msindependant : yups..tahu xper..buntut dia kotor...haha

    BalasPadam
  21. aku pantang toilet kotor!!
    :D

    BalasPadam
  22. eeeuiii mnggelikan..xlalu ak tgk....

    BalasPadam
  23. 1. Tandas?
    Kujuga sama. (pict tu memualkan aku. Tak suka amat ngn insan2 yg pengotor.

    2. Gula Getah
    Selalu kena. Sakit hati.

    3. Kedai No ekor..
    Tak bergiat. So, no comment.

    4. Kucing
    Tak suka sangat tapi tak delah benci. Tapi time makan, memang tak suka kucing gesel2. Geli.

    5. Kedekut
    No comment. Tapi kalau 'share2' tu no hal sebenaranya.

    6. Nuffnang (tetiba)
    Aku tak puas hati ni :)

    BalasPadam
  24. hallo hans-san....
    haha! sabor ja la....dalam dunia ni mmg banyak perkara yang boleh buat kita sakit hati and terasa nak marah. angin satu badan...

    well, one thing....u can't just easily used dat unnecessary words like celaka n etc...coz if u realy want to give people advice, do it in a right way....k. nice blog. i'll come again...ciao...

    BalasPadam
  25. btul2..
    sume ak stuju.
    xsuke gile..
    nyampah gile kucing tuh..
    aish//xde selera/.
    ko taw ritu siap nmpk kucing kncing dlm plate ag..
    then plate tuh kite mkn..
    arghhh...
    trus ak xjd mkn..
    cm hanj btul..

    BalasPadam
  26. dobot : haha...penah aku dah tahap kritikal tapi tiba2 hilang rasa sakit perut sebab toilet macam tu..haha

    batrisha : sila muntah di tandas dan cuci bersih2..hehe

    lotsoflovepearls : tgh bengang dgn nuffnag nih..haha

    cjalhafiz : thanks..owh pasal penggunaan perkataan celaka tu...xbleh nak buat apa la hafiz..macam aku tulis JUST BE MYSELF...itulah aku...maybe cara teguran tu kasar tapi sukati la mereka nak terima atau tak..aku hanya luahkan apa aku xsuka jer..haha

    wan sheva : haha..salahkan manusia yg membuang kucing2 itu

    BalasPadam
  27. haha....hans, jgn guna hafiz guna cj da cukup kot....x pnh ada org panggil aku hafiz kwa3....

    u have the points la..pasal tandas, gummy n pasal parking lot umah pakcik tu..haks! btw...its ok to be urself..coz i am myself tu. well.. nice to share opinion with ya dude..

    BalasPadam
  28. dude! kedekut tu mmg aku fuck.. adoi..

    salam kenal

    BalasPadam
  29. ekau mesti tk gi umh pakcik kordi,sbb umh pakcik kordi penuh kucing...=)

    yeah!siapa buang 3g merata2 mmg pikachu!sakit ati aii tau taks?!!


    org yg berak tk reti pam,dgn tuan punya premis yg tk reti nk baiki sistem perpaipan.mmg nk kena naruto ultimate ninjutsu dari gua!!!

    BalasPadam
  30. tandas kotor penyakit lama org kita.. huhuhu...

    rileks2 lar.. jgn marah2 sgt.. meh aku belanja cokelat.. hahahahaha...

    BalasPadam
  31. cj a.k.a hafiz(hahaha) : haha..thanks for ur opinion...

    encik luth : adoi...tu ler...kedekut benda yg xperlu dikedekutkan

    pakcik kordi : hahaha...banyak kucing ker?

    lea : hahaha..kotorkan?thanks pada atuk google

    kawie2020 : coklat?coklat mahal saya mahu la pakcik..haha

    BalasPadam
  32. euwww!!! gmbr tnds tu yg xleh blahh!!! adeh leh migraine..

    BalasPadam
  33. 1st time aku nak lepak sini nampak toilet yg sgt jijik pulak sambut aku.


    aku sokong benar no4 tu.

    BalasPadam
  34. kalo nak tanggalkan 3g kn, sapu peanut butter kat 3g tuh. nnt benda tu akan tanggal.

    BalasPadam
  35. toilet tu mmg betul2 geli
    loya tgk..
    yarkssssss

    BalasPadam
  36. argjhhhh....
    ak x mo ingt gmbo tandas tue...

    kucing??
    i love kcing so much..
    but in the condition stated...
    ala..
    yg datang mase makan tue..
    leh mnyebabkan ak rase nak amik kucing tue..
    n humbankan kat ats meja!
    arghh...
    (pengaruh WWE)

    BalasPadam
  37. Suka kucing tapi xsuka bila jd mcm tuh.

    BalasPadam
  38. klu nk berak..bole hilg feel tgok jmbn cmtuh......weh..kucing sgt sweet..

    BalasPadam
  39. arieza : ahahahah...fobia ker?

    yob sumo : haha...xsuka kucing per ko nih?

    nitz89 : owh,iaker?baru tahu...

    min : salahkan atuk google..haha

    ghostone : hahaha...mimpikan toilet tu yer..haha

    cik cookie : huhuhu...tahu xper

    aminah : hahaha...kalau saat2 genting pun hilang feel weih

    BalasPadam
  40. aku suka kucing
    contast kita ni
    haha

    BalasPadam
  41. fatt chin choy : hahahaha...memang xsama...ko muka cina..aku bollywood maa...haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com