Jumaat, 27 November 2009

Apabila Mr & Mrs Lembu Menangis


Raya korban hari ini bagi aku tak meriah sebab tradisi kawasan rumah aku nih raya kedua baru acara 'penghantaran lembu ke alam barzakh' bermula. Jadi, esok barulah meriah rasanya. Hari ini bagi aku sangat bosan. Aku ponteng solat sunat hari raya tapi tak kisahlah sebab sunat jer pun. Alhamdulillah solat jumaat aku berjaya pergi dengan cepat dan pulang dengan awal. Adil kan pergi awal balik pun awal.

Aku masih belum mendapat informasi berapa ekorkah Mr & Mrs Lembu yang bakal dipertaruhkan di medan perjuangan mereka esok. Kadang - kadang aku bersemangat untuk pergi melihat lembu - lembu itu untuk hayat mereka yang terakhir tetapi selalunya aku tidak mampu melihat semua kerana kepala aku bakal kepeningan dan aku merasa sedikit loya apabila terbau darah lembu yang tetiba aku rasa sangat busuk.

Ada lembu yang darahnya masih boleh diterima hidungku dan adakalah ada yang membuatkan aku menyerah diri dan pulang ke rumah dengan menyerbu katil untuk membaringkan diri aku yang sedikit 'lalok' akibat kepeningan kerana bau darah Mr & Mrs Lembu. Itu tak apa lagi. Aku hanya buat tak tahu sahaja.

Tetapi, pada suatu tahun sewaktu berlangsung juga acara yang sama iaitu menamatkan riwayat lembu - lembu ini. Aku sangat teruja mahu melihat lembu - lembu ini. Ialah, ada kadang - kadangnya lembu ini terlepas dan mengejar orang - orang yang mahu menyembelihnya dan perkara itu agak lucu sebab tak tahu siapa sebenarnya nak dikorbankan. Haha. Cuma ada sekali itu tetiba aku terpandang lori yang membawa lembu - lembu itu dan mereka masih di atas lori itu.

Aku terlihat mata seekor lembu yang menitiskan air mata dan tiba - tiba hatiku tersentuh. Pandangan lembu itu sangat sayu. Mungkin memikirkan nasib anak - anak di kampung halaman yang ditinggalkan. Mungkin juga lembu itu berfikir mampukah anak - anaknya menghadapi cabaran di masa akan datang tanpa dia di sisi mereka. Dan kulihat lembu itu menyerah diri kepada manusia tanpa melawan dan beliau mati dengan aman dan tenang.

Aku sangat sedih dan sewaktu membawa pulang daging lembu aku bercerita kepada emak tentang hal tersebut. Tiba - tiba mak aku berkata bahawa jikalau aku sedih maka tidak bolehlah sekalipun memakan daging lembu tersebut. Lalu sebagai alasan untuk malas melihat lembu disembelih dan untuk bermanja - manjaan di atas katil maka aku menggunakan alasan ini.

Jadi, tugasku setiap tahun hanya pergi mengambil daging lembu sahaja dan boleh makan daging lembu tanpa ada apa - apa perasaan bersalah pada mereka. Kepada Mr & Mrs Lembu yang masih selamat buat masa ini janganlah kalian bersuka ria. Esok dan lusa masih ada. Hahahahahaha(gelak jahat)

P/S : Tak Sabar Mahu Makan Mee Kuah. Esok Mesti Dapat Bahagian Tulang Lembu. Nyum Nyum!!

P/S Lagi : Saksikan Episod Akhir Nur Kasih Pada Pukul 9.00 Malam Ini Di TV3 Untuk Menjawab Semua Persoalan Anda. Apalah Nasib Gua(Adam) Pada Episod Akhir Ini? Haha

Lagi - Lagi P/S : Click Nuff Gua Dengan Rajin Yer...Hahaha...

28 ulasan:

  1. huhuhu...

    simpati benar..

    ape kate..

    kalo ko mnumpang dua2 kaki ko tok menangis plus meratapi brsama mereka..

    huhu

    BalasPadam
  2. mane yg byk kna sembelih?..mr or mrs...

    BalasPadam
  3. asal p0nteng?
    bgun lambat la tu..

    BalasPadam
  4. bulan ni kurang lah sedikit populasi lembu di kandang.

    salam Aidul Adha.

    BalasPadam
  5. Ghostone : hahaha..ko dah xgi solat jumaat dgn sunat aidiladha..apa nak jadi la hantu batu nih

    hisham : xpasti la bro..haha..xkan nak belek2 plak kut..malu dkt orang haih

    sharamli : dah nekad maa...bangun awal juga tapi tdor balik

    Drsam : haha...betul2

    BalasPadam
  6. btol..
    mmg kt kedah time bt korban raya kedua kot..
    =P

    BalasPadam
  7. sib baik darah lembu diharam utk ditelan,bro..kalo tak ramai yg akan jadi pontianak ha3

    BalasPadam
  8. Zack : ada juga start raya pertama

    Budak Kuning : darah lembu busuk kut

    Pyanhabib : Sama - sama raya

    BalasPadam
  9. best siot tgk org sembelih lembu...
    lagi2 lembu liar...
    mmg best...

    BalasPadam
  10. hehe..td pkcik kordi tumbgkn 6veko lmbu n seko kbau wak..letih...=)

    yg pntg mkn wak!hwhehe...

    BalasPadam
  11. lah..ponteng solat ke??penat aku tanye td..dpt dah jwpn..hoho

    mee kuah??ko org penang ke??

    BalasPadam
  12. aku x boleh tgk apa2 binatang di sembelih.. nanti aku tak sampai hati nak makan....

    kalau dah siap2 masak.. aku ngap jek!!!

    ha ha ha

    salam aidiladha!

    BalasPadam
  13. depan umh aku pon ada 9 ekor lembu ditambat..esok baru sembelih..

    BalasPadam
  14. adam tetap untuk nur..ekeke... lari topik tak?

    BalasPadam
  15. heheh..ari nih sekorembu terlepas kat umah aku..giler garang lembu tuh..

    BalasPadam
  16. tumpang singgah baca kisah lembu
    lol,siap mnangis lg lembu tuh,haha
    selamat hari raya aidil adha

    BalasPadam
  17. wah!! peminat setia dlm penyembelihn
    lembu nmpk..
    hhehehe :P

    BalasPadam
  18. aku ingat dulu time aku tengok orang sembelih lembu, lembu tu mengamuk..
    pergh.. cuak gile..
    hahaha

    BalasPadam
  19. betol la~
    mak aq pon ckp mende yg same!
    hee~

    aq penah 1 kali jerk tgk owg kurban!
    sedih!

    hee~

    BalasPadam
  20. dah click ur nuffnang.
    ok itulah duit raya untuk kamu.
    salam aidiladha :)


    p/s: aku pon kesian tengok wajah2 lembu yg menunggu masa untuk dikorbankan. diorang cam tahu2 je kan?

    BalasPadam
  21. Firdhaikal : kesian xleh makan..haha

    Chentamaya : hahaha..

    Nabilah : setia ambil daging jer kut

    Arief Art : haha..ko kena kejar ker?

    Pena Berkala : haha..tau xper

    Sya Mansor : haha..thanks..sah2 lah tahu tgok member dia sekor2 mati

    Useriez : adam hidup kut..bahagia dengan nur..

    Si Tedi : hahaha...ngap jgn tak ngap

    Kejoar : iakah?apa jadi?orang kena tanduk ke?huhu

    Iylenaz : sini 11 ekor

    Chokio_Nia : sila lihat my profile

    Mier@Meer : lari sungguh topic

    Pakcik Kordi : wah,rajin pakcik kordi...gabriel selamat tak tahun nih?huhu

    Ries Lee : hahaha..tau xper..sonok

    BalasPadam
  22. lembu2 tadi putus tali ko tahu!
    haha.
    maunya lari aku dengan duk khusyuk snap gambar.

    kah3.
    dah selamat.
    duk kerja potong daging kat dapur pula ni nak bahagi2.

    BalasPadam
  23. Pisey : hahaha...nasib ko selamat weih..huhu

    BalasPadam
  24. Salam..Slmt Hari Raya AidilAdha,Hans..Maaf Zahir Batin!

    p/s: X sempat la tgk Nur Kasih final episode coz tertido x sedo diri dh smlm..Huwawaaa..

    BalasPadam
  25. Ieda : tak apa...ulangannya ada kul 7.30 malam dkt tv3...huhu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com