Ahad, 29 November 2009

Kenangan Di Rumah Sewa

"Asal dengan kau nih Hans ? Asyik - asyik cerita pasal hidup kau jer. Asyik - asyik cerita pasal rakan - rakan kau jer", kata sebilangan manusia. Adoi, pelik betul aku. Dah nama blog aku suka hati akulah nak cerita pasal apapun. Bukan aku paksa suruh komen jauh sekali membaca. Terpulanglahkan sebab benda nih bukan wajib dibaca. Jadi, kalau lu tak suka gua pun tak mahu cakap banyak. Sendiri mahu ingatlah.

Aku mula menjadikan hostel atau asrama sebagai rumah kedua bermula di waktu tingkatan satu sehinggalan semester 5 di kampus. Akhirnya, masa dan keadaan telah mengajarku untuk mencuba tinggal di rumah sewa pula. Apapun, aku rasa aku tak menyesal langsung tinggal di rumah sewa. Kebebasan memang terasa sangat - sangat waktu tu ibarat burung yang sudah lama di penjara di dalam sangkar emas dan akhirnya dibebaskan. Walau apapun pandai - pandailah kita menghargai kebebasan tu. Antara kenangan - kenangan yang sukar aku lupakan sewaktu berada disini ialah :-

1) Hari pertama aku seorang jer berada dirumah sebelum petang itu saudara Acid datang menemani aku sebab saudara Kuri tak jadi datang awal. Nasib kau datang kalau tidak agak cuak juga mahu tidur malam - malam di kawasan rumah yang waktu tu masih sunyi dan tiada lampu jalan.

2) Hari itu juga aku bertemu dengan seorang jiran sebelah. Namanya Suhail. Seorang yang bijak dan agak baik mengikut pandangan aku yang tidak mengenalinya secara teliti. Datang memberi salam dan bertanyakan khabar lalu bertanya kepada aku,"Sebelum nih tak pernah tengok pun dekat hostel ker dekat dewan makan ker." Aku hanya senyum sahaja tapi di dalam hati aku,"Budget kau femes ker apa aku nak kenal kau?" Hahaha.

3) Lepas tu aku berehat - rehat sekejap di ruang tamu dan tiba - tiba Suhail nih bawa pula budak - budak rumah dia datang rumah aku. Aku nih kan insan yang pemalu lagi baik hati(hahaha) dan terasa sangat malas mahu membuka pintu. Tetapi, rasa macam tak baik pula kalau aku buat endah tak endah jer lalu pergilah bertemu mereka dan mengunjungi sekejap rumah mereka. Mak ayah mereka pun ramai. Aku rasa seperti batu pula sewaktu di situ dan mungkin aku lebih suka berbual dengan orang tua lalu bersembanglah dengan ayah - ayah mereka. Haha.

4) Mencuci semua bahagian rumah dengan saudara Acid. Sangat seronok dan gembira aku membersihkan rumah. Memang bersih sebersih - bersihnya. Malam itu pula membaca Yassin sempena hari pertama dan warga pertama yang tinggal dekat rumah itu. Yang 'bagusnya' tu kitaorang hanya baca Yassin tapi tak solat pun sebab tak tahu kiblat dekat mana. Adoi!!

5) Keesokkannya jiran sebelah rumah(ini rumah lain) pula datang dengan ayah mereka. Berita baik kerana mereka adalah wanita dan mula membayangkan proses tukar menukar makanan akan berlaku. Haha. Cuma satu peristiwa memalukan berlaku apabila ayah salah seorang jiran perempuan ini bertanyakan arah kiblat di mana. Tak ker kantoi dengan pakcik tu. Adoi, sebab malu sangat aku pun call sahabatku si Fazura Pikah bertanyakan arah kiblat sebab beliau pun pernah menetap di taman ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar selepas itu.

6) Dari rumah yang kosong bertukar menjadi penuh dengan macam - macam benda seperti dapur, peti ais, komputer, tv dan sebagainya dan sebab itu bil elektrik agak tinggi. Haha. Seronok sewaktu pergi membeli bantal dan tilam di Mydin bersama jiran sebaris tetapi jauh di situ. Macam tak percaya pula aku dengan tenangnya mengangkut bantal dan tilam dekat dalam Mydin tu sampai makcik - makcik datang tanya harga tilam tu. Bukan cantik pun tilam tu. Haih!

7) Melepak dekat kedai mamak adalah antara kegiatan yang menarik juga. Lepas puas main kad pakau apa entah yang ada colouring, royal flush, pair apa tulah...kitaorang selalunya akan pergi lepak dekat mamak dalam pukul 1 pagi atau 2 pagi. Waktu nih kalau nak tengok mamak lalok memang best lah. Lain yang dipesan lain pula yang dibawa.

8) Pergi menonton wayang satu rumah naik kereta awek seorang budak rumah aku. Mula - mula nak tengok G.I.Joe tapi tiket full macam waktu aku nak tengok film 2012. Lepas tu terpaksalah tengok film Land of the Lost ker apa entah yang pelik - pelik jer cerita dia. Habis tu, kereta pula kena saman sebab letak tempat salah. Aku dan beberapa orang lagi dah kata parking dekat dalam tapi degil. Akhirnya, terpaksalah kongsi - kongsi bayar.

9) Teringat waktu memasak maggi. Waktu tu masing - masing masak dan aku yang memang dah lama tak masuk dapur nih pun nak masak maggi. Aku tengah best jer memasak waktu tu sampai saudara Kuri datang dan duduk sebelah aku seolah - olah aku sedang dalam rancangan 1001 Babas. Saudara Kuri nih gila - gila remaja sikit dan aku tetiba rasa cuak. Aku kalau cuak nih mulalah apa aku buat semua tak jadi. Maggi yang aku buat tu sebenarnya hancur rasanya tapi sebab ego aku yang tinggi ditambah aku tak nak malu jadi aku makan dengan slumber jer lah. Konon - konon sedap tapi hakikatnya haram tak. Haha. Hish, seksa kut aku nak habiskan tetapi lepas - lepas tu aku masak kalau ada orang dekat sebelah pun aku tak kisahlah.

10) Pergi tengok G.I.Joe dengan saudara Acit,Jumud dan Sengkul naik 2 buah motosikal dari Lendu ker GSC Dataran Pahlawan. Gila best! Waktu tu diorang semua makan dekat satu kedai nih. Aku memang meragui tahap kebersihan dia dan tiba - tiba terpandang tikus dalam kedai terus aku tak jadi makan. Diorang semua sebab dah order terpaksalah makan tetapi nampak gaya macam tak sedap. Tak tahulah aku. Lepas tu diorang bawa aku pusing - pusing dekat Ocean. Aku pelik apalah diorang nak buat nih. Rupa - rupa saja - saja pergi tengok Mak Nyah bersepah di situ. Macam celaka!! Cuak kut. Buat maknyah - maknyah tu kejar tak ker pasal. Adoi!

11) Waktu balik tu tengah menikmati pemandangan alam tiba - tiba ada sekumpulan mat rempit merempit dekat sebelah aku dan dan saudara Acit. Kitaorang pergi sebelah taknak campur. Tiba - tiba dari belakang saudara Sengkul dan Jumud mengikuti rapat mereka seolah - olah mereka pun merempit sama. Sangat lawak kut. Budget diorang rempitlah. Haha. Malam tu juga berlaku tragedi motosikal G.I.Joe apabila saudara Sengkul dan Jumud terbabas di jalan raya akibat jalan yang berbatu dan berpasir. Nasib terbabas betul - betul di kawasan lampu isyarat sebab ada lori 18 tayar ker berapa tayar dekat belakang. Kalau tidak entahlah. Mungkin hilang 2 orang housemate kut. Adoi!

12) Bertengkar dan ditegur oleh seorang manusia di dalam rumah akibat tidak membasuh bekas - bekas makanannya yang aku langsung tidak sentuh makanannya langsung. Katanya, duduk di rumah sewa kena bertolak ansur. Aku juga dituduh mengambil kesempatan dan tidak membuat kerja rumah. Siap cakap mahu tendang aku lagi(ingat aku nak duduk diam kalau kena tendang). Haha. Waktu tu aku sedang menonton Pilih Kasih dan agak emo juga. Aku malas mahu bertekak sebab nak duduk rumah sewa bukan sehari dua tapi 5 bulan jadi aku sabar ajalah. Nasib rakan - rakan lain memahami dan menyokong aku. Diorang tahulah aku pun selalu bersihkan rumah. Takkanlah waktu ada budak tu baru aku nak bersihkan rumah. Macam tak ikhlas pula. Haha.

13) Saudara Kuri dan Saudara Acit terlupa bawa kunci. Jadi, masing - masing call aku, Sengkul dan Jumud pada pukul 3 pagi tapi tidak berangkat. Maaflah, kami semua tidur mati. Walaupun mereka berdua sanggup datang belakang rumah dan ketuk tingkap bilik tetapi lagi sekali aku meminta maaf. Aku langsung tak sedar. Haha.

14) Seronok dapat melihat kepakaran Chef Jumud memasak karipap, donat coklat dan sebagainya. Bagi seorang lelaki, aku rasa masakannya memang sedap. Aku juga menjadi tukang hantar karipap untuknya(satu rumah jer aku hantar). Haha.

15) Stok maggi diserang semut sewaktu cuti H1N1. Terpaksalah aku membersihkan dapur seorang diri hari tu dan menyelamatkan maggi yang masih belum dicemari semut - semut. Tiba - tiba bila ada seorang budak rumah cakap aku makan semua maggi tu aku sangat - sangat panas. Ingat aku tak ada duit ker nak makan nasi? Hari - hari aku keluar kut makan luar. Memang ada aku masak maggi juga tapi taklah banyak sangat. Setakat 3-4 bungkus untuk seminggu okay apa? Yang lain aku masak nasi dan goreng telur atau ayam. Sakit hati juga aku kadang - kadang dengan orang yang cakap lepas nih.

16) Rumah diserang banjir bukan semulajadi. Kejadian berpunca dari pam tangki air berbentuk bola dan terapung(yang imbang air macam dekat toilet tu..aku tak tau nama dia..lemah sikit bab - bab nih) yang rosak. Aku dan saudara Sengkul dikejutkan oleh Saudara Kuri. Saudara Kuri nih suka melawak jadi aku ingatkan memang dia bergurau. Rupa - rupanya betul. Nasib bilik aku baru dimasuki air sedikit. Bilik saudara Jumud yang basah teruk. Kasihan mereka.

17) Rumah dimasuki pencuri. Sebuah laptop hilang dan laptop itu bukan ahli rumah tetapi jiran yang datang membuat assignment bersama saudara Aden. Wah, aku yang tak tahu apa - apa nih pula kena ikut Aden pergi balai polis. Petangnya polis datang dan menyoal siasat kitaorang. Garang nak mampus polis tu tetapi sampai sekarang tak tahu siapa yang curi. Seronok salah seorang polis tu marah si Sengkul dengan cakap loghat negeri 9,"Potik topi tongah menyalo jang,". Panas jer saudara Sengkul siap sumpah - sumpah lagi. Haha.

18) Kejadian kecurian itu juga menjadi 'femes' akibat kehebatan memberku saudari yatie a.k.a daydek yang menulis tentang kejadian kecurian itu di muka buku beliau. Ramailah yang sms dan call tanyakan kitaorang semua. Budak - budak rumah panas jer sebab tak tahu siapa yang bagitahu. Aku buat muka tak bersalah jer tapi akhirnya aku mengaku juga sebab aku tahu diorang bukan marah jenis mahu gaduh - gaduh. Haha.

19) Teringat lagi bawa biskut raya dan biskut aku paling hebat tahun nih iaitu biskut kacang. Saudara Kuri masih meragui kehebatan aku di dalam arena pembuatan biskut sehingga diyakinkan saudara Jumud dan Acid kesedapan biskutku. Akhirnya, beliau berkata biskut ku sedap dan tidak henti - henti makan. Aku merasa seperti mendapat pujian dari Chef Wan pula dikala itu. Haha.

20) Kami juga ada mencipta panggilan sendiri untuk jiran - jiran wanita kami seperti Tuter, Ulat Nangka dan sebagainya. Selalu bertukar - tukar makanan dan mereka selalu pinjam barang dari rumah kitaorang. Awal - awal aku duduk rumah sewa tu ada seorang budak nih dah kasi nasi dengan ayam masak lemak dah. Baik tul tapi masakan diorang tak setaraf chef Jumud. Haha. Paling aku tak tahan tu kitaorang bagi makanan apa entah dekat diorang. Tak silap aku dadih dan diorang balas dengan buah pulasan yang dibuang kulit. Gila kitaorang kutuk kaw - kaw kut. Haha.

21) Seronok bila dapat pergi makan nasi lemak dekat kedai Mak Jan pagi - pagi gila tu. Aku pergi dengan saudara Acit dan Kuri. Saudara Jumud tidak mahu bangun. Haha. Saudara Sengkul pula tiada dirumah. Adoi. Bilalah lagi ada peluang dapat makan dekat situ.

22) Lupa plak. Lagi satu pasal kes lelaki tua dekat myspace yang add aku. Ada aku buat entry yang sudah - sudah pasal MNASH tu. Kaki penghasut ialah saudara Acit dan Jumud. Tukang gelaknya adalah saudara Sengkul. Sudara Kuri aku tak pasti tahu ker tidak berkenaan lelaki tu bernama MNASH tu.

Apa - apapun langit tidak selalunya cerah dan hari tidak selalunya indah. Biasalah kehidupan mesti ada suka dukanya. Apapun aku gembira tinggal dengan mereka semua. Boleh keluar pagi - pagi. Tak payah risau tengok jam pukul 11 malam ker tak lagi sebab pagar Uitm akan tutup pukul 11 malam. Tak perlu sangat nak bawa kad matrik kemana - mana melainkan tengok wayang atau main bowling. Insyaallah dengan dunia yang semakin hari semakin canggih seperti canggihnya muka buku dan telekomunikasi maka silaturahim tu akan sentiasa berkekalan. Insyaallah! Terima kasih semua budak - budak rumah sebab bersusah payah, jasa baik korang dan bersuka ria dengan aku selama ini. Akan kukenang semua tu.

P/S : Minta Maaf Pada Semua Yer. Tidak Semestinya Apa Yang Aku Buat Atau Pandangan Aku Itu Betul. Anda Bebas Memberikan Pendapat Anda Sendiri.

37 ulasan:

  1. hahahahaha.. betul tuh.. dah blog ko.. ko x paksa saper2 nak bc pon kan.. hahahahaha.. aku sokong ko hans..

    BalasPadam
  2. Kawie2020 : ahaha..itula pasal...ku bengang sikit tu bukan apa kawie..setiap masa tanya aku benda yang sama..adoi...nasib ko xmacam tu..haha

    BalasPadam
  3. peh! bangga tu.
    nama PENUH aku ditulis. hahaha.
    makasih2.

    BalasPadam
  4. ala.. rileks jer... ceria jer.. kalau bleh komen balik dgn jokes...

    tapi aku puji ko menangani hisham n para.. apatah nama dia.. susah nk sebut dalam isun Chin Peng..

    bagi aku ko ni matang la beb n x cepat melatah...

    BalasPadam
  5. laa..dkt je rupanya..ko uitm melaka..aku unikl melaka..heh

    BalasPadam
  6. kawie : haha..kadang2 mood tak ok tu tak leh balas dengan jokes...ish, jgn puji sangat..tipulah kalau aku tak marah..marah juga sebab aku tak suka orang tegur dengan cara yang kurang ajar nih...tapi kalau melatah pun tak guna dan buang masa..dia pun ada bagi ilmu juga so kena terima kasih kan tapi itulah..pendirian aku masih tetap..haha...

    piqah : pak rashid kasi nama ang tak dak fazura kut..haha

    Kuch : ko lambat gtau..aku dah grad dah pun..haha

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. hehehe~
    relax Hans~
    pedulik apa dengan orang cakap~
    aku lagi selalu kena kutuk, kaw3 punya~
    hahaha~

    apa pun, ku suka apa kau tulis~

    =]

    BalasPadam
  9. wah..semut2 umh ko makan maggi??mmg advance..kuih kacang yg ko buat aku nk rasa gak raya thn dpn..

    BalasPadam
  10. fuh,byk cite ko..cam best je duk rumah sewa
    uni ak mmg kena duk hostel je
    nice story bro!

    BalasPadam
  11. huh itulah pahit manis tinggal umah sewakan.

    aku pun dah nak dekat 2 thn tinggal umah sewa. bebas betul rasanye. haha.

    tapi kes banjir n kecurian aku tak tempuh lagi. nasib baik.

    BalasPadam
  12. bro nak biskot air tangau u cket bleh? meh laa bagi aku test lak..huhu

    BalasPadam
  13. Cik Haa : ekau order apo nih?den tak faham

    Lord Zara : haha..letih nak menjawab sebab tu tulis 1st para tu..senang..thanks..

    Iylienaz : asal namanya manusia makan semua semut dalam rumah tu datang serang..haha..gua buat jual lah macam nih...mahu sila tempah..haha

    Pena Berkala : hahaha..aku rajinlah menaip tadi tu banyak tu

    Yobsumo : bakal lah tu kau tempuh..haha..minta simpang la noh

    BalasPadam
  14. adat berumah sewa..macam2 ko akan lalui lagi..

    BalasPadam
  15. gilew dowh!!!

    mmg ingatan mantap siot!!!

    huhuh...

    BalasPadam
  16. wakakakak, tergelak aku sambil bace blog ko nie!nak tanye....
    1.sape marah ko 2?
    wah banjir yg xdpt dilupakan...
    excident pon....
    hahahaha nice post!

    BalasPadam
  17. Cik Zatil : haha...beli arr...

    Kejora : biasalah tu...pasnih dengan orang baru..tempat baru..minta2 okay jugalah

    Ghostone : kalau otak aku nih sama macam waktu aku study kan best..haha

    BalasPadam
  18. Izzad a.k.a sengkul : haha..siapa yg marah tu tak perlulah bagitahu..cess...dasar wook..dah tahu buat2 lupa..haha

    BalasPadam
  19. wait, abang ko ker?
    motip wook lak jd mangsa!wakakakaka

    BalasPadam
  20. Izzad : hahaha...abang ko kut...ahahah

    Useriez : tadi rajin sekarang dah malas..haha

    BalasPadam
  21. minah2 tu tw x dy0rg dpt nama gelaran?

    BalasPadam
  22. minah2 tu tw x dy0rg dpt nama gelaran?

    BalasPadam
  23. Sharamli : tak dapat dipastikan..haha

    BalasPadam
  24. pergghhh orang dop kutuks kata entri lol panjang.

    ghupenya ada ag yg panjanggg.


    hambekkk ko. nggeee :)

    BalasPadam
  25. Miss Loly : haha..aku ingat nak wat cerpen tadi tapi malas..huhu

    BalasPadam
  26. rumah sewa is not a good idea for me...for homesick person..
    sbb tu aku pilih untuk belajar dekat dengan rumah supaya aku tak perlu menyewa...yeay!pelaburan yg bagus!

    nway..salam ziarah hans...

    BalasPadam
  27. haha..
    boleh plak nak cuak makan maggi..

    kalau aku, aku cuak sebab takut kena pau dengan budak2 lain..
    hahahahaha

    BalasPadam
  28. fuh, habis gak aku bace.
    aku tertanya la.
    cter gi.joe tayang lagi ker?

    BalasPadam
  29. aku suke no. 2..
    ayat last tu best. hehe

    BalasPadam
  30. betui wey...blog kite sukati ler nk tulis ape...tp n3 kaw kali ni dah macam artikel kat surat khabar panjangnyer...hahahha

    anywya betui 2...idup kat umah sewa lagi baguih wey..dulu aku duk hostel macam SI** siot..ye r kene ikut jadual n disiplin yg ntah hape...ni duk umah sewa even pokai sikit tapi hati senang

    BalasPadam
  31. wah pjg giler entri...

    biasa yg kutuk2 ni dieorg jeles dgn blog kita...

    BalasPadam
  32. dapat penghuni umah sewa yang ok mmg sonok tapi kalau sebaliknya....hahahhaha makan dalam wei. :p

    BalasPadam
  33. haha..taleh blah tym ko angkut tilam dr mydin tu, pastu makcik2 tu dok tanye..haha

    btw mang bes dok umah sewa..tapi risiko dituduh byk..biaselah..pro n kons kan..

    BalasPadam
  34. chentatiku : salam ziarah too

    Arief Arf : hahaha..ar ar kan..nasib diorang xminta rasa..alah..semua dah makan waktu tu..betul2..lagi cuak kalau diorang minta..haha

    Sya Mansor : hahha..aku suka juga..

    Suehann : itulah pasal..haha..dah rasa dah semua tu

    Chokio_Nia : hahaha..itulah ku cakap kena pandai bawa diri

    Syaf : hahaha..itula.panjang kan?yups..betul walau pokai tapi senang hati

    Dilot : hahaha...aku malas peduli..mulut orang takkan tutup..ingat benda tu sudah

    Ries Lee :pakcik oit...nih memori aku masa duduk rumah sewa...aiyo..bukan citer kelmarin...ini citer 5 bulan maa dalam satu entry..aiyak...skrg mana ada dah G.I.Joe dkt wayang...

    BalasPadam
  35. Phewww!Hansss..Entry/Essay SPM paling panjang abad ini!Hans..pandai buat Biskut Kcg?!Betul ke?Kalo yea..Raya taon dpn nk order 10balang!Huhu..

    BalasPadam
  36. Ieda : hahaha...nak bagi lagi pakar la kalau macam tu...bentuk dah xsama..ada besar ada kecik..rasa jer sama..kang buat jual xmanis dipandang..haha..panjang erkk?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com